Idea Dekorasi rumah dengan bunga-bunga kering ( dry flowers )
Baru-baru ni ana ke Cameron Highlands bersama keluarga. Antara salah satu tempat wajib singgah bila kita sampai di Cameron Highlands ni pastilah Kea Farm. Syurga membeli belah lah di Kea Farm ni kerana kalau di bandingkan dengan mana-mana tempat jualan produk tanah tinggi Cameron Highlands seperti sayuran, buah-buahan, beraneka ubi, strawberry, bunga-bungaan dan segalanya di Kea Farm lah yang paling murah kan.
Antara yang menarik perhatian ana dan Adik Ika ketika berada di sini ialah deretan gerai yang menjual pelbagai bunga-bungaan kering yang beraneka warna. Paling ana minati ialah bunga Baby Breath. Baby Breath yang asli berwarna putih, namun di sini ia di warnakan dengan pelbagai warna yang menarik. Pasti akan menghasilkan satu idea dekorasi ruang rumah yang unik dan cantik, kan. Adik Ika membeli sejambak Baby Breath warna putih untuk mendekorasi bilik tidurnya.
Bunga-bunga kering ini di katakan boleh bertahan selama dua tahun, dengan syarat tidak di rendam ke dalam air, maknanya biarkan ia kering. Ini kerana menurut penjual yang ana tanya di sana, bunga-bunga kering ini telah di awet.
Jika dahulu pun ketika ana ke Cameron Highlands, memang telah ada juga di jual bunga-bunga kering termasuklah bunga kekwa kecil yang kering berwarna merah dan kuning tu. Cuma ketika kunjungan ana baru-baru ini tak jumpa lagi bunga tersebut. Meh, ana kongsikan dengan korang beberapa bunga kering yang berwarna-warni yang di jual di Kea Farm, Cameron Highlands.
Jika dahulu pun ketika ana ke Cameron Highlands, memang telah ada juga di jual bunga-bunga kering termasuklah bunga kekwa kecil yang kering berwarna merah dan kuning tu. Cuma ketika kunjungan ana baru-baru ini tak jumpa lagi bunga tersebut. Meh, ana kongsikan dengan korang beberapa bunga kering yang berwarna-warni yang di jual di Kea Farm, Cameron Highlands.
Adik Ika meletakkan bunga kering Baby Breath yang di belinya ke dalam sebuah balang kaca tinggi bersama dua helai daun monstera di sudut bilik tidurnya. Nampak kelainan sedikit dan menambah seri pada ruang dengan kehadiran nya yang comel. Beberapa lagi idea dekorasi yang ana pinjam dari Google Image untuk perkongsian idea hiasan dalaman rumah dengan bunga-bunga kering atau pun dry flowers. Credit photos to owner 💖💖
credit photo Pinterest.com |
credit photo : ebay |
credit photo ebuy7.com |
credit photo Pinterest.com |
credit photo : aliexpress.com |
10 Comments
cantik cantik bunga dekorasinya.. bungga ni lebih tahan lama banding bungga segar
ReplyDeletehaah Bro di katakan tahan bertahun juga :)
Deletecantik
ReplyDeleteKalau kena dengan sudutnya kan CCL
DeleteJika tidak ada bunga segar bunga kering pun baik sebab ia masih asli.
ReplyDeleteKan :)
DeleteSangat menarik ni, suka la tengok bunga. Nanti nak letak bunga kering di kedai...
ReplyDeleteHaa nanti Zumal update naa :)
Deletekenalah dengan langsir tu mcam ngam hehe..
ReplyDeleteTq CT hehe :)
Delete