Memang amat menakutkan dan minta dijauhkan lah dari terjadinya serangga memasuki telinga. Bukan apa takut kalau mendatangkan kemudaratan kepada anggota dalaman. Bila ana terbaca posting dari rakan facebook Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ni, tergerak hati untuk kongsinya semula di blog. Kerana kemungkinan akan ada yang mencarinya dan mudah-mudahan dapat membantu dengan perkongsian ini.

Ana copy pastekannya disini dan kredit buat FB Dr Khairul Faizie atas perkongsian beliau. Dan kalau korang mahukan banyak petua dan tips penjagaan kesihatan serta pelbagai perkongsian informasi kesihatan sila following Facebook beliau Khairul Faizie Mohammad Kamar.


Image result for serangga masuk telinga
credit photo to owner ( Google Image ) 



Apa yang perlu dilakukan jika serangga masuk telinga?


Antara kes yg biasa datang ke klinik, ialah " telinga dimasuki serangga". Tak kisah la lalat ke, nyamuk ke...ulat gonggok ke...

Apa yg perlu anda buat?
Pertama sekali jangan panik.
Kedua, jangan sesekali cuba keluarkan serangga tu dengan putik kapas / besi /etc.
Jangan cuba titis cecair yg merbahaya..aku pernah dapat kes patient titiskan minyak petrol sebab nak bunuh serangga tu.

Apa yg perlu anda lakukan, ialah kita bunuh serangga tu. Bagaimana?
Kita lemaskan ia.
Guna OLIVE OIL.
Kalau takde sangat olive oil, guna minyak masak pun ok. Jangan guna petrol, minyak cap kapak, minyak gamat, minyak senyonyong.

Titiskan la antara 3-6 titis dlm telinga.
Insya Allah mati lemas la serangga tu.
Lepas tu gi jumpa doktor.

Okay , lepas ni pastikan hanya gunakan kaedah dan cara yang betul sahaja andai berhadapan situasi sebegini. Kebersihan amat penting kerana bimbang akan mendatangkan jangkitan kuman pada dalaman telinga dan pastikan lah kita berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya dengan kadar segera. In Shaa Allah.. semoga bermanfaat. 

1 Comments