Seronoknya bila dapat meluangkan masa bersama keluarga kan. Mencipta keriangan bersama walaupun anak-anak ana dah meningkat dewasa kini. Kalau dahulu, mereka masih kecil, lain cara riadah dan keseronokannya. Kini bila dah kian dewasa, ibu ayah pun dah meninggi usia lain pula keseronokan bila bersama. Kadang-kadang tak perlu pergi bercuti jauh-jauh pun, kita boleh berseronok. Contohnya, baru-baru ini, ana sekeluarga berpeluang ke Museum of Illusions, yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ni sahaja.




Bukan main seronok lagi, bermain dengan ilusi dan tertipu oleh pandangan mata. Best sangat tempat ni, sangat sesuai untuk kita explore bersama keluarga atau kawan-kawan. Bagaimana ilmu fizik mencipta ilusi sehingga kita yang normal dan dalam keadaan sedar boleh tertipu dari sesuatu sudut pandangan mata kasar. Agaknya begitulah permainan ilusi silap mata (magician menipu kita kan ). 

Museum of Illusions, Kuala Lumpur 

Museum of Illusions Kuala Lumpur ni lokasinya terletak di tingkat 1, Ansa Hotel, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tak jauh dari Fahrenheit, Pavilion, Lot 10 sekitar situ lah. Kalau korang naik MRT lagi mudah turun sahaja kat stesen Bukit Bintang tu. Kami datang dengan kereta puas juga lah nak meredah kesesakan trafik yang sangat normal di kawasan Bukit Bintang ni. Mujurlah suami dah biasa area ni dan parking di basement Fahrenheit tu sahaja, jalan kaki sikit dah sampai.




Untuk sampai ke  Museum of Illusions Kuala Lumpur ni, korang masuk lah melalui lobi Ansa Hotel tu ada escalator naik ke aras 1 depan tu nampak lah pintu masuk nya. Beli tiket dan enjoy !!! Berapa harga tiket masuk ke  Museum of Illusions Kuala Lumpur ? Harga tiket untuk dewasa cuma RM35 (dengan Mykad ) dan kanak-kanak pula RM25 . Kalau korang datang sekeluarga boleh sahaja dapatkan tiket family pakej RM90 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak dibawah 15 tahun ). Harga pelancong lain naa. *harga tiket adalah pada ketika entri ini di terbitkan, perubahan harga mungkin berlaku di masa akan datang. Waktu operasi pula Isnin-Ahad dari jam 9 pagi - 11 malam. Ermmm... datang lah ikut masa yang korang nak kan.

Apa yang menarik di  Museum of Illusions Kuala Lumpur

Dari tadi duk kata menarik seronok sangat datang ke sini, meh la ana nak kongsikan dengan korang beberapa tarikan menarik di dalam  Museum of Illusions Kuala Lumpur atau lebih di kenali singkatan MOI. Disini terdapat bilik permainan pintar, di mana korang boleh bermain sambil belajar dan menguji minda dengan teka teki yang mencabar. Terdapat pelbagai puzzle yang perlu di selesaikan yang nampak kacang sangat tapi percaya lah korang akan ambil masa yang lama nak settle kan. Serius ana sendiri dah give-up. Last-last minta staff depa tolong settle kan, magik sangat sap sap soi dah siap!! Adoiiyaii... 






Cuba korang tengok, sekadar sebuah puzzle kecil ini sahaja yang korang kena selesaikan supaya menjadi sebuah objek sfera. Jenuhlah pusing kut sana sini, sampai ke sudah tak berjaya. Banyak lagi permainan minda ada di bilik ini dan juga di sekitar muzium. Tak puas main kat sini korang boleh beli sahaja pelbagai puzzle dan cenderahati kat sini, bawa balik dan try buat sampai selesai.




The best part untuk anak-anak ana dan ana pasti ramai pun yang teruja nak explore ialah bilik ames ni di mana korang bermain ilusi pandangan yang visual di mana di dalam lensa kamera, dan pandangan mata korang akan kelihatan kecil atau besar melalui teknik ilusi visual.

Eksyen Kak Long buli ibu dah jadi kecil :)

Kesiannya Adik dah jadi kecil atas bangku tu :)

Banyak lagi sudut-sudut menarik di sekitar ruang pameran MOI KL ni untuk korang explore. Nak cerita satu-satu jenuh dua hari dua malam tak habis baca nanti. Ana belanja lah beberapa foto yang sempat kami rakam kan ketika bonding time di sini.









Di tingkat atas juga terdapat pelbagai lagi pameran dan bilik ilusi yang menarik untuk korang explore. Di sudut-sudut ruang juga banyak props cantik dan ekslusif untuk korang berposing sakan. Boleh shoot banyak-banyak mengikut kreativiti korang. Dan untuk teknik bergambar yang rare disini ada staff yang akan guide korang macam mana nak dapatkan sudut yang sesuai untuk penghasilan gambar yang unik mengikut visual agar nampak pelik-pelik tu.

Gambar ini jika di lihat jarak dekat kelihatan tampalan pelbagai foto sahaja kan :)

Taadaa!! Tapi bila kita lihat dari jarak jauh jelas kelihatan wajah Albert Einstein 


Tapi dalam banyak-banyak bilik, ruang ini yang paling gerun. Bilik ni bila korang masuk ada putaran bergema berwarna ungu biru di kelilingnya. Korang perlu melalui jambatan untuk ke hujung sebelah sana. Tapi dalam perjalanan tu korang akan rasa jambatan tu akan terbalik 90' . Mau tak menjerit dengan bunyi yang menyeramkan. Sebenarnya ilusi kita sahaja, jambatan tu tak bergerak pun, ilusi dari putaran gelombang tu sahaja tapi serammmm weii!! Tak percaya korang kena try sendiri alami ilusinya.





Haaa teruja tak nak datang sini.Mesti lah kan. Jadi kalau korang macam boring tak tahu nak pii mana hujung minggu nanti, plan dengan family atau kawan-kawan pakat datang ke  Museum of Illusions Kuala Lumpur. Kalau yang di luar KL tu jadikan Museum of Illusions Kuala Lumpur salah satu tempat yang wajib korang singgah bila shopping di kawasan KL dan Bukit Bintang khasnya. Memang awesome. 

2 Comments

  1. seronoknya pergi ramai2.. aktiviti bersama kluarga and best tempat macam ni macam2 gambar boleh ambil and jadikan kenangan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CT, seronok sangat budak-budak explore MOI ni seharian

      Delete