Akhirnya kabinet dapur bebas lipas

Macam-macam petua dan cara kami dah cuba nak menghalau lipas dari dalam kabinet dapur rumah. Mak pernah bagi petua letak daun durian belanda, letak daun pandan, spray dengan produk serai wangi, perangkap dengan mentega dan susu pekat dan macam-macam lagi lah. Hilang lah sekejap pastu membiak datang bawa geng semula. Dari yang kecil sampailah yang bapak besar lipas membiak dalam kabinet. 




Kadang-kadang bila bangun nak minum air tengah malam, berdesit-desit depa lari lintang pukang. Barang dapur yang kami simpan dalam kabinet kena tahi lipas ni. Penatlah berkemas dan membersihkan bila hendak di gunakan. 




Nak jadi asbab, ana ternampak pek bungkusan pemusnah lipas ni kat kedai 2 Ringgit. Try la beli , kata pekedai tu buka dan taburkan dalam bekas, letak dalam kabinet. Suami pun cuba lah pastu kami lupa dan dekat dua minggu baru teringat nak buka kabinet ambil periuk besar. Haa.. bergelimpangan bangkai lipas. Padan muka kojol dari yang kecil sampai lah yang besar. 

Tak puas hati lagi, suami curahkan serbuk tu ke dalam lubang laluan air kat luar rumah. Rupanya kat sana lah saluran depa masuk ke dalam rumah. Ada sesetengah rumah macam rumah kami ni, ada satu plat besi di luar rumah tu untuk laluan air kan. Suami buka penutup besi tu, taburkan serbuk lipas tu dalam dia. 




Alhamdulillah dah dua bulan dekat dah tak nampak kelibat lipas. Semalam ana check kabinet dah tak ada dah kesan najis lipas. Syukur sangat, lepas ni kami nak repeat tabur sekali lagi mana tahu kut ada yang try nak masuk semula dan membiak kan. Jadi, kalau korang ada masalah lipas dalam kabinet ni boleh cuba cari serbuk ni. Kat pasar malam pun ada rasanya tak pun di kedai-kedai diy atau hardware. Tak mahal dalam RM2 je kalau tak silap ana. 

Cuma selepas lipas ni mati kita perlu bersihkan semula kabinet tu elok-elok takut juga ada kesan racun serangga ke apa kan. Tak elok untuk kesihatan. Lepas ana cuci kabinet, ana buka anginkan seharian ruang kabinet tu, baharu masuk kan semula peralatan dapur. Semoga bermanfaat..in shaa Allah .
Akhirnya kabinet dapur bebas lipas Akhirnya kabinet dapur bebas lipas Reviewed by Ana Jingga on September 20, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. Replies
    1. nampak sampai hari ini masih tak datang lagi sang lipas ni RAZ :

      Delete
  2. Wahhh. Berkesan jugak ya. Bagus. Lepas ni takyah runsing lagi pasal lipas lagi hee.
    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/book-haul-september.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan, terima kasih Ika sudi singgah ke sini :)

      Delete
  3. asben aida memang geli lipas.
    dia seakan-akan alert kalau ada lipas dlm rumah or kereta tau.
    mcm instinct hihi hi hi :)
    so, so far rumah aida ni bebas lipas la.
    cicak ajer yg merata...

    ReplyDelete
  4. i neeeed this Kak AJ thanks share. CT tak adalah takut sangat lipas just jangan kejar je. yang suka kejar2 tu nyampah hahaha.. elok ada langkah cegah cemni. x elok pun ada natang tu kat dalam cabinet. busuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa pii beli CT kedai hardware ada ni tak pun cari kat kedai dua hengget tu :)

      Delete

Powered by Blogger.