Istighfar ana bila masih wujud lagi insan-insan yang menyebarkan mesej-mesej berantai ni. Bagaikan jahil sangat pemikiran insan dengan mudah copy paste dan sebar dan terus sebar dari seorang ke seorang. Malah nak cepat lagi hantar melalui group-group whatsapp. Lebih sedih bukan di kalangan anak-anak muda tetapi mereka yang di usia ana ni, malahan pangkat mak ayah pada golongan muda anak-anak remaja. Mengapa ini masih terjadi ?

 Jika sebelum zaman sosial media ni berkembang sekitar tahun 1980-90an , ada yang sanggup membuat salinan photostat dan mengeposkan untuk mengedarkannya. Pernah ana terima di dalam peti pos yang tak tahu siapa kah pengirimnya, kini lebih mudah FOC hanya forward kan sahaja atau share di whatsapp atau mesenger. 

Image result for surat berantai haram


Pertama nya jahil dan kurang berilmu dan malas hendak menuntut ilmu. Bila mesej tersebut berkaitan dengan agama dan ganjaran pahala short-cut, lagi laju mereka ingin menyampaikan dengan harapan ganjaran yang di janjikan itu benar. Cuba ambil sedikit masa renung dan  baca, ia tidak benar sama sekali. Contoh ayat berantai yang ana terima, sebarkan kepada 20 orang wanita dan anda akan menerima ganjaran yang tak terjangka. Kenapa mesti ada perkataan 20 orang wanita, kenapa ? Dan kenapa kena sebar pada bilangan orang tertentu baru dapat ganjaran? Sedangkan pahala dan ganjaran Allah swt itu amat luas dan tidak terbatas. 

Kedua, kita sendiri tidak tahu dari mana sumber sahih kebenaran yang di sebarkan itu. Jadi bagaimana dengan mudah tanpa sumber dan rujukan kita boleh membenarkan sahaja penyampaiannya. Tidak terfikirkah dengan hanya copy paste boleh jadi ia suatu hadis palsu, kisah rekaan semata yang dengan mudah merubah kepercayaan umat Islam yang seharusnya tahu akan hukum dan kejadian. 


kredit foto : Malaysian Viral Story 


Tolonglah.. hentikan penyebaran mesej-mesej sebegini kerana ia boleh merosakkan aqidah kita. Amat bahaya. Ana bukanlah ahli agama yang boleh menterjemahkan hukum, namun ana membaca, menyelidik dan memikir sebelum bertindak. Jari ini mudah sahaja untuk klik dan share tetapi jari yang menulis dan menyebarkan itu ada tanggung-jawab yang harus di terima akibat dari perbuatan yang semudah itu. Dunia sosial media ini begitu luas capaiannya, bimbang tak mampu menanggung segala beban dosa ke atas insan lain dari jari jemari kita yang kerdil ini. Nauzubillahi min zalik. 

Untuk memperolehi rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal fikiran umat Islam.

Memetik sumber rujukan di SINI , ana salinkan semula beberapa penerangan yang boleh menjelaskan bahawa penyebaran surat atau mesej berantai adalah haram hukumnya dan boleh mendatangkan syirik. SILA KLIK PAUTAN DI ATAS UNTUK PENJELASAN YANG LEBIH TEPAT. 


Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah s.w.t. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah s.a.w. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun, “Surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ajaran Baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan Baginda”.

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si pengirim.”


2 Comments

  1. Buat peringatan kita semua.
    Peliknya masih ada yang percaya wsp2 berantai spt ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Wp nampaknya masih berlarutan hingga ke saat ini :)

      Delete