Bagi kanak-kanak dan remaja sekitar tahun 1980-90an, selalunya di sekolah, guru akan meminta kami mengisi kolum untuk cita-cita dan hobi. Kami yang membesar di zaman itu pasti ada pelbagai hobi untuk kegiatan masa lapang selain dari bermain. Ada yang minat bersukan pasti hobi mereka bermain bola sepak, bermain badminton dan sebagainya. Yang berbakat melukis pula akan menjadikan melakar lukisan sebagai hobi. Itu lah antara aktivi masa senggang kanak-kanak dahulu. Memancing lah, semua pun aktiviti riadah secara fizikal kerana waktu itu tidak ada telefon pintar dan internet. 

Kami bermain dan berkawan secara nyata dan fizikal, depan-depan kata orang. Berkawan, bergaduh itu lumrah kemudian kembali berkawan. Bukan ramai pun kenalan pada masa itu, kawan sekampung, se taman dan satu sekolah. Tak ada pun sahabat maya. 




Hobi mengumpul setem 





Dan untuk ana sendiri ketika itu, salah satu hobi yang paling ana suka lakukan ialah mengumpul setem. Kalau anak-anak sekarang mesti anggap skema kan. Boring ya amat kata depa. Tapi itu lah kepuasan pada ana masa itu. Bila nampak sahaja setem, bukan main excited minta dari empunya surat, gunting dan rendamkan dalam air. Kemudian setem tu akan tertanggal dan jemur bagi kering. Dah kering bolehlah masukkan ke dalam stamp album. 




Untuk setem-setem luar negara seperti di atas tu, selalunya ana dapati dari arwah ibu saudara ana yang bekerja dengan majikan orang Inggeris masa itu. Selalunya kalau ibu saudara ana balik kampubg, arwah akan bawa beberapa keping poskad dan setem dari luar negara khasnya England untuk ana. Arwah pesan suh simpan elok-elok. Alhamdulillah masa ada hingga ke saat entri ini di terbitkan. 

Anak-anak majikan arwah ibu saudara tu pun memang spotting, depa yang selalu kirimkan setem melalui arwah ibu saudara ana kepada ana. Kami selalu juga berhubung melalui poskad masa tu, tapi by hand lah bila arwah ibu saudara ana jadi posmennya. Paling ana sayang pastilah setem gambar mendiang Lady Diana ketika perkahwinannya bersama Putera Chalres. Sayang sangat setem tu. 




Setem dari England ni memang cantik-cantik dan klasik sangat kan. Nak nak kalau tiba musim perayaan Krimas, cantik-cantik sangat motif setem nya. Yang pasti setem dari England ni ada lambang kepala ratu England sebagai simbol negara mereka. Ia berwarna-warni mengikut nilai setem tersebut. Banyak ana miliki masa tu, teruja sangat bila dapat setem dari luar negara ni. 




Untuk setem tempatan memang mudah nak dapat masa tu kerana segala urusan dilakukan melalui surat menyurat. Selalu ada sahaja surat untuk ahli keluarga di rumah, jadi ana akan cop dulu setemnya, walaupun tak ada siapa nak pun kat rumah tu. Hehe :) Sekarang ni bil pun tak guna setem dah kan. Mana nak dapat setem dah. 



Biasanya ana akan susun mengikut negara. Ada satu album khas untuk setem dalam Malaysia, beberapa album lagi untuk negara Eropah dan Asia. Wahh!! Kan main, praktikkan subjek Geografi nampak ye. Dan ada juga setem yang ana beli di kedai buku atau pasaraya. Masa tu di Teluk Intan, pasaraya yang paling gah ialah Sungei Perak Supermarket. Dan kedai buku pula kedai buku Chung Seng, Buyung Yunos dan Sin Thye Lock. Adoi nostalgia sungguh. Ermm.. bila ada duit lebih, singgah mana-mana tempat ni, belilah setem luar negara. Setem original tau cuma kesemua setem yang ana kumpul ni telah di gunakan. Tak kira lah masa tu bukan fikir pasal semua tu, janji nak penuh kan koleksi setem. 




Kadang-kadang kami juga amalkan tuka-tukar setem. Bila bawa ke sekolah, ada kawan yang sama minat mengumpul setem ni, kami akan tukar-tukar setem. Contoh kalau ana ada dua tiga setem yang sama, ana akan tukarkan dengan kawan yang setem ana tak ada dan dia juga ada banyak. 






Dahulu selalunya akan terbit beraneka setem mengikut kempen atau bersempena dengan acara-acara istimewa negara. Sekarang ni di panggil setem hari pertama kan, cuma pengumpul setem tegar sahaja yang akan mendapatkannya di pejabat-pejabat pos. Kalau dahulu tak, setem-setem ini dijual di pejabat pos dan sesiapa yang ingin mengutus surat dapatlah membeli setem-setem khas ni. 







Ana bersyukur sangat di beriNya peluang untuk melalui zaman era 80-90an. Banyak kenangan manis yang kami cipta masa itu dan berkesempatan pula menceritakannya dengan anak-anak generasi masa kini. Dari pengalaman ini juga dapat ana kongsikan semula dengan mereka yang sezaman ketika itu. Dunia dan persekitaran kami dahulu berbeza dari sekarang, tapi kami juga berseronok dengan apa yang kami lalui. Alhamdulillah. 

0 Comments