Sepanjang musim hujan dua bulan berlalu ni, badan amat rasa tak sihat. Tak pasti di mana silapnya, sakit belakang ya amat bila cuaca sejuk ketika musim hujan berpanjangan. Sampaikan suami usik, macam mana nak bawa pi Amerika tak tahan sejuk macam ni. Amerika yer!! Hehe . Nak kena jumpa doktor semula la nampaknya. 

Dalam pada tu, sempat juga lah gagahkan diri berkemas buku-buku sekolah anak-anak yang dah tak berguna lagi tu. Ana letakkan di luar rumah, tunggu surat khabar lama nanti boleh lah di jual untuk recycle. Sambil-sambil berkemas tu terjumpa cawan lama dan bekas kaca props untuk salah satu kempen yang ana terbitkan beberapa tahun lepas. Terdapatlah idea nak gunakan untuk menanam pokok lidah jin dan jadikan hiasan dalam rumah. Beberapa sumber yang ana rujuk menyatakan pokok lidah jin atau pun ada yang panggil 'snake plant ' dan ada juga yang panggil lidah mertua. Amboi marah mak mertua baru tau , hehe :) 



Pokok Lidah Jin Sebagai Tanaman Hiasan Dalam Rumah 



Pokok lidah jin di laman rumah ana ni memang bersepah tumbuhnya. Senang sangat nak hidup yang ada dalam pasu di dalam rumah sebelum ni pun hidup subur bercambah sahaja walaupun ada letak di dalam ruang tamu rumah seperti didalam gambar di atas tu. Bila dah jumpa dua bekas ni nampak macam sesuai untuk ana tambah kan koleksi pokok lidah jin ni lagi . 




Cara nak tanam pokok lidah jin sebagai hiasan rumah ni pun mudah sahaja. Korang carilah bekas yang sesuai dan isikan tanah. Tak perlu ada aliran air kerana pokok ni tak perlu di siram kerap. Seminggu sekali pun memadai dah. Jadi tak perlu siram air dengan banyak kerana ia akan bertakung dan akarnya akan busuk pula dan akhirnya pokok menjadi kuning dan mati. 




Untuk bekas kaca tinggi tu ana tanamkan benih lidah jin yang panjang, mana kala untuk cawan lama tu ana tanamkan lidah jin jenis rendah dan renek tu. Korang cabut sahaja pokok dari tanah sekali dengan akarnya tau. Tanpa akar pokok ni tak boleh hidup nanti. 

Selepas tanam, jirus kan air sedikit biar akarnya basah. Dan tutupi lah ruang atas bertanah tu dengan batu-batu kecil agar nampak kemas dan cantik. Mana nak cari batu-batu tu ? Kalau korang nak banyak boleh beli di mana nursery pokok bunga, tapi kalau sekadar nak sedikit sahaja, boleh beli di kedai akuarium ikan hiasan. Murah jer dan macam-macam warna ikut pilihan masing-masing. Pastu hias lah pokok hiasan ni di sudut mana yang di ingini. Cantik kan. Memang trend masa kini orang letakkannya sebagai hiasan di dalam rumah. 




Kebaikan meletakkan pokok lidah jin di dalam rumah 




Menurut lamanimpianku.blogspot , di nyatakan pokok lidah jin ni banyak menukarkan carbon dioxide (CO2) kepada Oxigen ( O2) di waktu malam. Dikatakan pokok ini juga menapis formaldehyde dalam udara. Spmodels.net pula menulis,  " lidah mertua juga sangat aktif untuk membantu menyerap radiasi. Salah satunya radiasi yang di timbulkan oleh barang barang elektronik. .Sansiviera ini merupakan salah satu model tanaman yang akan menghasilkan oksigen tinggi. Klorofil yang melimpah akan membantunya mempercepat melakukan fotosintesis. Hal ini yang menyebabkan tingkat oksigen yang di hasilkan oleh tanaman tinggi. " Untuk informasi yang lebih tepat dan sahih rujuk lah mana-mana laman blog dan website yang berkenaan kan. 

10 Comments

  1. Sekarang pokok ni ada dijual dengan pelbagai corak dan warna. Belum ada rezeki nak beli lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacukan barangkali kan Kak Mala bila banyaknya spisis baharu ni :)

      Delete
  2. Kaknoor tanam ja tapi tak tau namanya, hari ni baru tau rupa nya lidah jin yang kaknoor tanam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak Noor ada yang panggil lidah mertua lagi hehe :)

      Delete
  3. ade juga kat rumah ,,,, tapi tanam kat luar jew... lom bawa masuk dlm umah lagi... kena ambik mood nak berkebun plak ;)

    ReplyDelete