Kucing... haiwan kesayangan Rasulullah saw. Ini yang ana tahu dari pelbagai perkongsian ilmuan-ilmuan bijak pandai. Pandang sahaja pada haiwan bertubuh kecil ni hati terus berasa belas dan simpati yang teramat. Tak mampu melawan hanya suka meminta belas simpati manusia untuk makan dan tempat tidur. Bukan nya jahat pun, tapi tidak semua manusia yang berakal ni punyai sifat ehsan. Kenapa dan di mana lah silap agaknya ? Hati.. di situlah lahirnya jiwa ehsan, bukan sahaja terhadap kucing malah pada sekalian makhluk alam semesta.

Kenapa Allah swt jadikan kehidupan ini dalam pelbagai bentuk kejadian ? Ada haiwan , ada tumbuhan, adanya alam ghaib dan manusia itu sendiri yang di anggap pengemudi di muka bumi. Manusia di zahirkan dengan sifat yang paling sempurna miliki akal dan nafsu. Kerana itulah bila kita fikirkan dengan mata hari. setiap kejadian itu ada tujuan penciptaanNya. Paling tidak pun anggap lah ia sebagai satu ujian dalam melayari kehidupan.


kredit photo @ikhwanbertauhid 


Kembali kepada kisah kucing yang kadang-kadang muncul ketika kita sedang enak menikmati rezeki di meja makan, adakah sedikit belas ehsan kita terhadap mereka ? Ana tertarik untuk menulis tentang ehsan belas ini selepas melihat poster di atas yang mana tersentuh nya hati dengan caption dan foto si kecil yang tidur. Allahu mengalir air mata.. memang benar tak semua makhluk Allah swt ini punyai makan minum dan tempat tidur yang sempurna, malah kebanyakannya bersepahan di seluruh bumi Allah swt yang maha luas ini meneruskan kehidupan mengharapkan simpati manusia yang punyai akal fikiran yang waras. 

Yakinlah pada hadis-hadis di atas yang mana banyak Nabi saw mengajar kita untuk miliki sifat belas ehsan terhadap haiwan khasnya kucing. Teringat ana suatu kisah, dalam perjalanan kami ke KLIA, Sepang dua minggu lepas, sampai di persimpangan lampu isyarat di bandar Shah Alam, berhampiran Giant dan Politeknik Shah Alam, tiba-tiba lori tidak bergerak walaupun lampu telah bertukar hijau, sangka ana, lori tersebut rosak dan kenderaan lain membelok ke kiri sedikit sebelum terus ke hadapan menuju persimpangan Federal Highway tu. 




Allahu... rupanya lori tersebut melindungi sebuah kereta Myvi Ungu di hadapannya yang berhenti kerana dua orang anak muda lelaki yang dikurniakan Allah swt sifat belas ehsan meyelamatkan seekor kucing yang melintas di jalan raya empat lorong di tengah-tengah bandaraya Shah Alam yang sesak dengan kenderaan. Subhanaallah... siapapun kamu dua anak muda lelaki Muslim tersebut, hanya Allah swt sahaja yang mengurniakan pahala yang berpanjang buat mu anak. Tersentuhnya hati, mereka sempat membelai-belai anak bulus sebelum melepaskannya ke seberang jalan yang agak sunyi dari kenderaan. Kawasan kediaman. 

Ana tersentuh sungguh , betapa bertuahnya ayah bonda anak-anak yang di didik dengan penuh sifat ehsan sesama makhluk. Didik lah anak-anak kita dengan sifat ehsan ini wahai ibu bapa sekalian. Paling tidak pun ada rasa simpati sesama makhluk. Pandang dengan penuh kasih sayang, ana yakin jika ia menjadi sebahagian dari jiwa mereka, In Shaa Allah mereka akan terus membesar dalam kehidupan yang baik dan penuh kasih sayang. Kita sebagai ayah ibu adalah contoh yang terbaik buat anak-anak. Apa sahaja yang kita praktikan ia akan membentuk akhlak anak-anak. Waallahu a'lam. 




Teraskan sifat-sifat ehsan, belas dan simpati dalam jiwa anak-anak, pesankan sentiasa dan setiap masa agar takut dan taat pada Allah swt dan Rasul Nya. Ingatkan setiap masa bahawa apa sahaja yang kita lakukan tak kan terlepas dari pandangan Allah swt dan tercatat di bahu kiri dan kanan kitab amalan yang akhirnya akan di timbang untuk menentukan balasan kekal di akhirat nanti. Peringatan ini buat diri ana sendiri dan mungkin juga ada manfaatnya buat sesama insan yang sama-sama berusaha mencari keredhaan Allah selagi berkesempatan bernafas. 





2 Comments

  1. Allahu.Besar ganjaran untuk mereka dan sesiapa sahaja yamg berbuat baik sesama makhluk termasuk kucing.Rindunya kucing kat kampung.

    ReplyDelete