Kita tidak pernah tahu dengan siapa kita bakal jatuh cinta . Dari mula mengenal erti cinta sesama insan, kadang-kadang kita bertemu dengan pelbagai insan yang pada ketika itu, dialah yang akan menjadi teman sehidup dalam melayari bahtera perkahwinan. Namun, rahsia Allah swt tentang jodoh bagaikan satu permainan takdir yang mana akan kekal dan tertulis dia lah jodoh buat kamu. Dan bila sampai detik dan waktu, maka cinta halal termaktub dengan lafaz ijab dan qabul. Alhamdulillah... inilah rupanya jodoh buat mu. 

Perkahwinan sebuah permulaan percintaan yang benar-benar di uji. Perkahwinan bukanlah klimaks pada sebuah percintaan namun ia merupakan ujian untuk menuju cinta hakiki yang utamanya kepada Allah Yang Maha Esa dan kemudiannya rentetan ujian demi ujian buat hamba-Nya. Sejauh mana kita mampu mempertahan percintaan yang awalnya penuh keindahan ini hingga ke hujung nyawa. Kerana itu dalam melayari perkahwinan cinta ungkapan cinta sahaja tidak pernah cukup tanpa membuktikan kecintaan itu benar-benar wujud atau sekadar kiasan nafsu. 




Carilah cinta itu hari demi hari... Banyak sumber yang boleh kita jadikan rujukan. Dan pastinya cinta yang benar-benar luhur bukan sekadar mengucapkannya di bibir tetapi menzahirkan nya dalam perbuatan setiap hari. Asas yang kuat adalah bila kita meletakkan Allah swt nombor satu dalam setiap perbuatan dan perilaku dalam kehidupan khasnya dalam melayari bahtera perkahwinan. 

Suami... perlu ada ilmu dalam perkahwinan kerana kamu adalah pengemudinya. Carilah ilmu perkahwinan hari demi hari dan pastikan dalam apa jua pekerjaannya berlandaskan hukum Tuhan dan contohilah tauladan agong kita Rasulullah saw. Banyak yang Nabi saw ajarkan kepada umatnya sebagai panduan. Suami... kalau benar sayangkan isteri dan rumahtangga yang menjadi salah satu pintu untuk mu ke syurga Allah yang abadi, kenali dahulu dirimu sendiri, sejauh mana kamu menyintai Allah swt dan Rasul, kerana jika rasa cinta itu ada, pasti perjalanan rumahtangga akan terus berada di landasan yang benar. 

Manusia ini berbolak balik hatinya... Hari ini kukuh imannya tak mustahil esok goyah semula bila di uji dalam pelbagai sudut. Dah namanya ujian hidup yang tak pernah berhenti datang menguji hinggalah saat sakaraul maut sekali pun ada ujian menanti di pengakhirannya antara iblis dan malaikat. Tetapi Allah swt memberikan akal dan fikiran untuk hambaNya membuat pilihan. Jangan sekadar sandaran nafsu dalam menyemai cinta bahtera perkahwinan. 




Ramai yang meletakkan takdir jodoh sebagai alasan untuk menidakkan kesilapan diri sendiri. Ambil misalan, dah jodoh saya dengan nya terima lah seadanya.. Benar jodoh , perkahwinan adalah dengan izin Allah swt akan kejadiannya, namun kita masih di berikanNya untuk membuat pilihan dari isi hati kita sendiri. Teringat kata-kata bahwa jika kita memilih pasangan kerana harta, harta akan habis dan tak akan di bawa sampai mati. Jika kita memilih kerana kedudukannya, ketahuilah kedudukan yang sejati di sisi Allah swt adalah ketaqwaan.. Dan jika kita memilih kerana kecantikan dan kesegakan, ia juga tidak pernah kekal satu masa sampai ketika cantik akan pudar dan dimamah usia. Oleh itu pilihlah kerana agamanya kerana dengan pegangan agama yang baik akan tenang hidupnya, damai hatinya, syurga menanti dan Allah swt menjadi saksi. 

Oleh itu, teruslah kita menyemai cinta dalam bahtera perkahwinan hari demi hari. Jatuh cinta dengan pasangan setiap hari, terima kekurangannya dan perbaiki bersama bukan menggantikan dengan yang lain. Isteri yang kamu terima ijab dan qabulnya bersaksi dengan segala hukum adalah amanah yang harus di pelihara sebaik mungkin. Letakkan agama sebagai garis panduan agar kita tidak mudah tersasar. Segala yang datang itu adalah ujian semata. Bila engkau tewas , maka akan ada sebab dan akibat yang pasti menjadi rentetan sepanjang kehidupan. Benar, hidup ini tidak selalunya indah. Perkahwinan bukan lah bagai sebuah kanvas yang kamu di beri pilihan untuk mencorak dan mewarnainya dengan seribu keindahan. 

Tidak akan pernah terlewat untuk mencari  ilmu dalam perkahwinan . Perbaiki diri dan pasangan setiap ruang yang ada. Jangan menurut hawa nafsu kerana jangan lupa kita juga di anugerahkan akal. Waallahu a'lam. Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang khilaf di coretan ini adalah dari akal dan tarian jari yang menaip seorang insan alpa yang tidak pernah sunyi dari kesilapan. Carilah ilmu dari pelbagai sumber contohnya buku-buku tulisan ahli cerdik pandai dalam ilmunya. Tiga naskah di atas ana garapi sebagai naskah yang indah untuk terus membaja cinta dalam rumahtangga yang telah pun di usia senja ini. Nukilan yang indah yang boleh kita jadikan panduan ataupun cetusan idea dalam membina cinta keluarga sakinah . warahmah dan mawaddah... Aamiin, In Shaa Allah 

6 Comments

  1. Perkahwinan itu ibadah,perkongsian dan perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.. perbetulkan niat mencari syurga Allah swt

      Delete
  2. Harus ada usaha harmonikan rumahtangga..selalu doa mohon Allah rahmati dan bahagia bersama pasangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pesanan ETuza, In Shaa Allah

      Delete
  3. Perkongsian yang bagus kak Ana.. Perkahwinan itu tanggungjawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaing ingat mengingati dan berpesan-pesan kan Sha

      Delete