Subhanaallah... itulah yang ayat mampu ana ucapkan bila keluar halaman di pagi hari melihat sekuntum bunga ros berwarna pink yang sedang mekar berkembangan. Masyaa Allah indahnya ciptanMu , tambahan pula ia nya berbau harum mewangi. Tiada yang lebih sempurna dari setiap kejadian keindahan ciptan Tuhan. Kerdilnya hambaMu melihat keagungan kebesaranNya. 

                                                          


Pokok bunga ros kampung ni pemberian mak ana dari kampung. Dah lama dah mak bagi dan selama ni hanya lebat berdaun sahaja, tak pernah pun berbunga walau sekali pun. Baru-baru ni, ana cantas-cantas dahan-dahan nya dan tak sampai sebulan lebih kelihatan naik tunas-tunas baharu. Dari tunas-tunas tu, kelihatan ia mula berputik dan pagi ini sekuntum mawar merah jambu mekar berkembangan.



Setakad ni ana ada mempunyai dua pasu pokok bunga ros , satu yang merah hadiah dari suami beberapa tahun lepas sempena ulangtahun perkahwinan kami, orang lain bagi bunga bouquet bagai, suami ana steady je bawa balik sepasu pokok bunga ros merah, jaga dan siram katanya, tahan lama berbaloi hehe :) Alhamdulillah sampai hari ni masih ada dan tak putus berbunga. Satu lagi yang ni lah, warna pink pemberian mak dari kampung sekali dengan pasunya, baharu hari ini nak berbunga. 

Pernah juga ana beli sepasu dari Cameron Highland, tapi tak lama riwayatnya mati dah. Agaknya tak sesuai dengan cuaca panas kat halaman rumah ana kan. Lepas semangat tengok pokok bunga ros ni berbunga cantik, macam nak ke nurseri Sungai Buloh je rasanya, nak cari anak pokok bunga ros lagi. 



Batang dari pokok bunga ros pink yang ana cantas hari tu, ada beberapanya ana cucuk kan dalam pasu dan nampaknya ada dah yang hidup bertunas. Mudah-mudahan ia akan hidup subur membesar dan berbunga di masa hadapan, In Shaa Allah. Perempuan dan bunga berpisah tiada kan.. suka melihat keindahan ciptaan Tuhan. 



10 Comments

  1. Subhanallah cantiknya bunga ros tu. PH kalau jumpa bunga ros di laman orang suka cium. Harum boleh jadi terapi. Tapi itulah belum ada kesungguhan nak tanam sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Kesukaan anak Sha nie.. kalau nampak, dipetiknya nak buat mandi..

    ReplyDelete
  3. cantiknya warna dia..soft..:)

    ReplyDelete
  4. ni kalo hidu dekat2 tarik napas ni perhgh.. wangi =D

    ReplyDelete