Misteri laa sangat 😉😉 Tak ada maknanyaaa... Pisang awak ni ana bawa dari kampung kiriman mak hari tu. Tapi kenapa pula sikat pisang ni bercat ? Ada lah  kisahnya...





Petua elakkan tandan pisang di curi 


Pisang ni bercat kerana ia idea abah ana untuk mengelakkannya dari di curi sebelum tuan punya pokok dapat memakannya. Sejak kebelakangan ni, pokok pisang berbuah bertandan di belakang rumah mak abah di kampung di curi orang. Pokok-pokok pisang ni ditanam di belakang rumah dan tak jauh dari jalan besar di kampung kami. 

Jauh jugaklah dari dapur rumah. Pantang lepaa kata orang Perak, tahu-tahu dah kena tebang sebelum masak lagi, sebelum sempat mak abah nak tebang atau peram. Ada orang kata ni kerja mat pet atau penangih yang mencuri dan kemudian menjualnya untuk dapatkan duit. Waallahu a'lam. Walaupun mak ada pernah ternampak, mak tak berani nak tegur takut lain jadinya kan. 

Mak kata biarlah asalkan tak kacau mak abah kan. Tapi abah dapat satu idea bila pakcik kami bagitau abah suruh warnakan pisang yang masih bertandan di pokok tu di cat. Abah pun cat lah pisang-pisang yang masih muda tu di tandan pokok. Ikut dannn je abah cat, tu tengok tu siap warna pink lagi hehe 😊😊

Kononnya kata pakcik ana, bila pisang yang bercat macam ni tak laku kalau di jual. Jadi tak adalah si pencuri pisang nak curi dari pokok. Nampaknya mujarab juga petua pakcik ana tu, dapatlah juga beberapa tandan mak peram dan sedekahkan pada saudara mara dan jiran-jiran. Nampaknya dah boleh kenal dah pisang mak abah tanam, ada tanda bercat . 

Macam-macam dunia sekarang ni kan, kalau dah hilang kewarasan dan iman,sanggup mencuri untuk mendapatkan wang. Semoga dijauhkanNya dari kaum keluarga serta rakan taulan kita semua dari sifat-sifat yang membawa kepada dosa apatah lagi dalam mencari nafkah keperluan hidup biarlah dalam keberkatanNya... Aamiin.

10 Comments

  1. Alhamdulillah petua menjadi ..syukur lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah setakad ni jadi gak Etuza :)

      Delete
  2. Replies
    1. abah kak ana cat dari dia muda lagi PC :)

      Delete
  3. Good idea. betul jugak kan. siapa yang nak beli pisang yg dh dicat hehe. maunya org tak pandang.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/book-review-kacau-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ika, bila tak laku depa tak ambillah hehe :)

      Delete
  4. huuurm depa ni main amek je hasil pokok orang. amek kau da siap ber cat sekarang hehe..

    ReplyDelete
  5. Takut rasa atau bau cat pula isi pisangnya

    ReplyDelete