Siapa sebenar yang boleh melihat status whatsapp kita ?

Boleh di katakan semua rangkaian media sosial sekarang ni membolehkan kita update status atau story buat friends atau followers. Kalau di Facebook, Messenger atau Instagram pastilah status atau story kita boleh di lihat oleh followers dan friendlist. Bagaimana pula dengan status di Whatsapp ? Ana rajin juga update status whatsapp ni khasnya untuk tujuan advertorial yang di terbitkan untuk mendapatkan lebih banyak views di blog dan social media ni. Tiba-tiba ada juga kegusaran bila kadang-kadang update something personal , siapakah sebenarnya yang dapat melihat status-status tersebut. 




Ana ajukan soalan ini di Facebook dan Alhamdulillah dari komen-komen yang ana terima sangatlah membantu dan melegakan di mana kita sebenarnya boleh mengawal privacy status whatsapp kita untuk siapa sebenarnya yang kita mahu ia dilihat dan siapa yang TIDAK perlu melihat status tersebut. Ana kongsikan semula di sini , manalah tahu ada juga insan-insan di luar sana yang sama spesis dengan ana ni kan... 


Cara bagaimana nak setting privacy status whatsapp 


1. Dipaparan whatsapp- pergi ke status 

2. Klik pada tiga dot di atas sebelah kanan dan pilih status privacy seperti gambar di bawah .



3. Dari pop-up menu tu buatlah pilihan siapa yang kita hendak atau TIDAK yang dapat melihat status kita .

4. Ada tiga pilihan di sana sama ada : 

My contacts ( semua yang ada dalam contact list kita ) 

My contacts except... ( semua dalam contact list kecuali XXXX , pilihlah siapa yang kita tak nak dia lihat status kita tu dari senarai contact yang keluar ) 

Only share with ... ( hanya boleh di lihat oleh XXXX , contact list yang kita pilih sahaja ) .





Jadi pastilah berasa lega dah kan, hanya mereka yang berada di dalam contact list sahaja yang kita mahu dia melihat sahaja yang boleh melihat status whatsapp kita setiap kali di terbitkan. Sebagai blogger ni ada ketikanya ana sendiri tak dapat mengawal siapa yang ada nombor whatsapp kerana selalu berurusan dengan PR, client dan sebagainya melalui whatsapp. Kadang-kadang terfikir juga takut kalau-kalau ada orang yang mempunyai nombor kita tetapi kita tak pula save nombor mereka ni dapat juga melihat posting-posting. Rupa-rupanya dari penjelasan rakan-rakan di FB status hanya dapat di lihat apabila sama-sama save nombor bererti hanya mereka yang di dalam contact list kita sahaja lah.. Ermm.. satu penjelasan yang agak melegakan buat ana.. Terima kasih sahabat FB yang prihatin.
Siapa sebenar yang boleh melihat status whatsapp kita ? Siapa sebenar yang boleh melihat status whatsapp kita ? Reviewed by Ana Jingga on January 09, 2019 Rating: 5

3 comments:

  1. SA memang set untuk my contact je kak ana..thanks sharing..sebelum ni pernah gak baca kat blogger mana ntah up pasal ni

    ReplyDelete
  2. Tak prnah Tau laa.. good info

    ReplyDelete
  3. tq utk ilmu ni.
    aida baru 3-4 minggu lepas tahu ada status di wasap tau ha ha ha ha...
    tu pun, anak2 dara aida yg ajar.
    hadoi lah! :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.