Tutorial ini ana ambil dari perkongsian Puan Marsyila di Group FB Kelab Kaki Deco Barang Eco/Mr Diy. Terima kasih buat Puan Marsyila berkongsi ilmu yang sangat kreatif dan cantik. Banyak kraf tangan boleh di hasilkan dengan kain felt ni, sebelum ini ana sendiri pernah terbitkan satu entri tutorial cara buat pin tudung dari kain felt di SINI . Lama dah entri tu tahun 2012 hehe. Adik Ika suka bermain dengan kain felt ni ketika dia masih bersekolah dahulu, siap jual lagi pin-pin dari kain felt ni. 





Dari perkongsian Puan Marsyila ni nampak cantik juga hasilnya kuntuman bunga apabila siap di gubah di dalam pasu. Ana panjangkan pula perkongsiannya di sini supaya ramai lagi yang mendapat manfaat dari perkongsian ilmu yang baik ni. Terima kasih Puan Marsyila. ( Kalau terjumpa sila email atau hubungi AJ di mana-mana link sosial media untuk kredit backlink puan ). 

Cara Buat Bunga Dari Kain Felt 




Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bunga dari kain felt antaranya kepingan kain felt, gunting, pen untuk melukis lakaran, lilitan hijau, dawai untuk batang dan putik bunga manik . 



1. Lakarkan bentuk kelopak bunga seperti di dalam gambar di atas. 



2. Gunting kuntuman lakaran kelopak bunga kain felt tadi. 



3. Jahit jelujur pada bahagian belakang kuntuman bunga felt. 




4. Jahit dan jangan putuskan benang seperti gambar di atas. 



5. Ini kerana kita akan tarik hujung benang untuk membentuk kelopak bunga terjadi. 



6. Buat potongan pada dawai dan bengkokkan bahagian hujungnya seperti gambar di atas. 



7. Kaitkan dengan putik bunga manik pada hujung dawai yang di bengkokkan tadi. 




8. Cucuk pada kelopak bunga felt dan tarik hingga ke hujung. 




9. Lilit dan kemaskan dengan lilitan hijau pada dawai membentuk batang bunga dan siap terhasillah kuntuman bunga felt yang comel. 




Tutorial yang ana berikan adalah berdasarkan gambar yang ada sahaja. Bolehlah gunakan kreativiti masing-masing untuk mengemas dan mencantikkan lagi hasil bunga kain felt korang. Selamat mencuba. 

10 Comments

  1. wahh...sangat bagus....
    nieyl pun suka bab DIY ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kak ana rajin nieyl, sekarang je tak berapa kreatif dah nak mengadap, faktor usia agaknya kan :)

      Delete
  2. sangat menarik..nampak mudah..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan ejulz sangat kreatif Puan Marsyila ni :)

      Delete
  4. wah cantik pulak bila dah jadi bunga .. kalau orang yang kreatif ni memang menjadi la buat apa pun kan :)

    ReplyDelete
  5. uuiit.. ni mau tangan yang kretip ni. kalo keras cem tangan cheq tak jadi2 le bunganya =D

    ReplyDelete