Ketika sedang banyak diperkatakan tentang majlis perkahwinan Fasha Sandha yang  sangat cantik dan mengekalkan adat-adat tradisi Melayu, kena pula dengan waktu ini sedang ditayangkan drama siri di Astro Ria HD lakonan Fasha bersama Dato Aaron Aziz, Zarul, Elly Mazlein dan ramai lagi yang sangat-sangat menarik untuk di tonton iaitu drama siri Patah Sayap Bertongkat Paruh. 

Drama dengan genre sebegini memang amat ana minati apatah lagi plot cerita yang menarik kisah kekuatan wanita dalam mengharungi ujian dan cabaran hidup akibat perbuatan wanita lain yang merampas kebahagiaan rumahtangga orang lain, di garapkan lagi dengan sikap tidak bertanggung-jawab suami yang sering mengabaikan nafkah anak-anak selepas berkahwin lain. Pergh!! Cukup mantap kan, nak-nak lakonan Fasha Sandha ni, tak perlu nak cerita lebih tonton lah sahaja sambil melayan emosi.



DRAMA PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH




Drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya Hana Ilhami yang  disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria . Menampilkan gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin. Drama arahan Along Kamaluddin, terbitan Zeel Production Sdn Bhd. ditayangkan bermula 3 April setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.Menampilkan lakonan hebat Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila, Ikhlas Jalil, Makjah





SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH



Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua? Sama-sama lah kita tonton sehingga ke episod akhir drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini untuk melihat di manakah Aliah akan mendapat kebahagiaannya bersama anak-anak.

(kredit info dan sinopsis : https://www.myinfotaip.com/2019/01/patah-sayap-bertongkat-paruh.html)

6 Comments

  1. pelakon dia semua kita minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa kak ana kalau Fasha Sandha berlakon suka sangat hehe :)

      Delete
  2. Mrs. A pun follow citer ni.
    Suka sebab FS dengan AA berlakon dan jalan cerita menarik.
    Menjadi sungguh watak kak Lina Pom Pom hahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann si Senahh tuuu laa haii, tapi dah habis dah drama ni Mrs A hehe :)

      Delete