Sekali lagi ana nak terbitkan di sini mengenai rangkaian produk pembersih muka yang pastinya telah di kenali wanita di seluruh tanahair iaitu Safi. Safi kini telah banyak menghasilkan formulasi yang sesuai mengikut keperluan permasaalahan jenis wajah wanita mengikut usia. Jadi pengguna khasnya wanita dah boleh mencari solusi yang mana yang dirasakan sesuai dengan usia serta permasaalahan kulit wajah meraka kan. 




SAFI DERMASAFE Baharu 



Terbaharu rangkaian pembersih wajah Safi memperkenalkan Safi Dermasafe transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.

Jika ana pengguna tegar Safi Rania dan Safi Expert Solution yang serasi dengan wanita 40-an, kali ini Kak Long pula lebih serasi dengan penggunaan Safi Dermasafe yang katanya sesuai untuk menjaga kebersihan wajahnya seharian. Kak Long mempunyai jenis kulit wajah yang agak sensitif jadi, ana selalu memberikannya produk yang di yakini selamat di pasaran. Alhamdulillah sehingga hari ini, tiada lagi jerawat yang jika dahulunya terlalu banyak tumbuh di wajah. 



Sebagai penuntut pasti kekangan masa untuk menjaga kecantikan itu agak terbatas, namun naluri remaja tidak dapat lari dari mengikuti trend terkini dengan memakai solekan di wajah. Rajin pula di bersolek jika ada majlis-majlis yang dihadirinya.Dan ana selalu berpesan ' make-up, make-up juga, pastikan bila sampai waktu solat bersihkan dan tunaikan solat!!'. 

Selalunya Kak Long membersihkan wajahnya dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care . Dalam bentuk buih pembersih yang mudah menanggalkan solekan. Sering kali juga di gunakannya untuk membersih wajah setiap pagi dan malam. Tahan lama dengan sedikit pam sahaja dah dapat membersihkan keseluruhan wajah. 

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care & SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle




SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care, pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. 

Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

CARA PENGGUNAAN: Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM28.90  (150ml)

Selain dari SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care, korang juga boleh menggunakan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle yang hadir dalam bentuk gel pembersih. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

CARA PENGGUNAAN:
Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM19.90 (100g)




Untuk penyegar dan pelembab, Kak Long menggunakan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh. Patutlah selalu ana nampak dia akan spray pada wajahnya sebelum mengenakan solekan. Bila di tanya inilah untuk melembapkan wajah dan membuatkan solekan tahan dan tidak kering,ibu.. Owh, macam tu rupanya. Kiranya ia bagaikan toner dan pelembab dalam satu pakej lah kan. ermmm.. 

Diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

CARA PENGGUNAAN:
Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia  kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM 39.90 (100ml)

SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate





Untuk kelembapan wajah waktu siang juga, korang boleh menggunakan SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate sahaja. Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

CARA PENGGUNAAN: 
Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM35.90 (50g)


SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover 




Waktu malam juga wajah perlukan penjagaan yang setimpal di mana waktu malam lah kulit akan menjadi kering jika kita tidur dalam bilik berhawa dingin misalnya. Cuaca panas sekarang ni juga mengakibatkan kulit cepat kering jadi bolehlah sapukan SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover

Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.

CARA PENGGUNAAN: 
Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA:RM48.90 (50g)



Rangkaian produk SAFI DERMASAFE  boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia dan juga di farmasi serta pasaraya di seluruh Malaysia. 


6 Comments

  1. Nieyl mmg dah lama pakai rangkaian produk safi ni...

    ReplyDelete
  2. kita setia ngan safi rania gold beetox tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Kolin kak ana ko pun dah usia emas ni kena pakai Safi yang Gold2 juga lah hehe :)

      Delete
  3. sy pun penggunan safi juga & baru je try beli trial set Safi Dermasafe ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus ada trial set boleh cuba dahulu tengok pada keserasiannya kan :)

      Delete