Lama kak ana tak bercerita kisah pokok tanaman dan bunga-bunga nii kan. Banyak berkisah makan-makan sahaja kebelakangan ni. Sebenarnya masih aktif lagi dengan kebun bunga dan tanaman kak ana di keliling rumah.

Cuma kadang-kadang kesihatan yang tak begitu mengizinkan untuk banyak melakukan aktiviti di kebun belakang rumah, sudahnya kian semak dengan rumput dan banyak tanaman terbiar. Baru-baru ni kak ana kembali ke kebun, beli semula pokok daun sup , pudina dan tanam semula bayam brazil benih pemberian arwah mak,kesum dan sebagainya.

Taman bunga kak ana , Alhamdulillah menjadi dengan sendiri nya. Bunga raya lepas cantas ni berkembangan sangat kuntumannya, tecoma pink, orange, kuning berkembangan dan ros arwah mak hampir tak putus berangkai kembang mengharum. 

Semua tu kak ana lebih banyak share di IG pokok bunga kak ana secara ringkas dan reels. Korang boleh lah follow di AJ Home Garden . IG  ni lebih sempoi laa kan..upload je senang kerja huhu :) 


plumbago putih


Bunga ceraka putih atau white plumbago


Kali ni kak ana teruja nak share dengan korang, kisah pokok bunga ceraka putih yang baru sahaja kak ana beli di nurseri kusta Sungai Buloh. Memang rare dan payah nak jumpa . Pernah kak an terbitkan entri bunga ceraka biru tahun lepas di SINI . 

Kak ana memang suka sangat bunga ceraka biru dan setakad ni dah ada 4 pasu kak ana beli dan hidup subur di laman. Bila bercerita kisah pokok bunga ni teringat kat blogger kesayangan kak ana, Kak Mala Saad , lama dah tak Kak Mala tak update blog, last posting tahun 2022 bulan Mac dan kesihatan Kak Mala tak begitu baik katanya. 


bunga ceraka putih


Plumbago putih ni kak ana jumpa di salah sebuah nurseri kusta Sungai Buloh dan dia jual dalam pasu gantung.Harga dia RM15. Agak mahal juga tapi sebab rare kan,kak ana pejam mata beli lah. Sebab kalau beli ceraka biru ni harga dia dalam polybag selalunya sekitar RM5 ke RM10 sahaja.

Mungkin dia buh dalam pasu gantung dia jadi harga gitu. Tak kisah lah dapat sepasu dah okay dah buat koleksi plumbago kak ana di laman. Harap-harap membesar dengan jayanya. Aamiin.

Cuma kak ana masih belum tahu cara untuk biakkan pokok bunga plumbago atau ceraka ni. Mungkin dari keratan batang tapi pernah la kak ana cuba tak menjadi. Tak pe biarkan sahaja dalam pasu dan ada masa nanti kak ana cari cara nak biakkannya.


pokok bunga ceraka biru


Hat nii ceraka biru. Warna biru dia slow sahaja dan hat putih tu putih bersih. Plumbago ni tak berbau dan ia kembang dalam rangkaian. Lepas habis berbunga kena trim dan buang, baharu akan naik tunas baharu dan kembali berbunga.

Kak ana letakkan di ruang terbuka dan mendapat cahaya matahari direct.Siram setiap hari ikut pada medium tanahnya dan baja ikut keperluan. In Syaa Allah cantik sangat bunga ceraka atau plumbago biru atau putih ni kalau lebat berbunga.

Inilah terapi jiwa kak ana di rumah, selain pokok bunga, dekor rumah dan anak-anak kucing jadi peneman bila suami dan Adik keluar kerja. Isi masa lapang, blogging, instagram dan layan juga tiktok ceramah Ustaz Wadi Annuar. Sambil-sambil tu zikir, selawat dan baca Al Quran.

Usia kak ana gini, banyak pengisian yang mencari ketenangan jiwa dan bekalan akhirat sebaiknya. Kita bukan lah insan yang baik tapi sentiasa berusaha untuk jadi yang lebih baik sebelum detik terakhir hayat. Dan mudah-mudahan pengakhiran kita yang terbaik.. Aamiin.... 

2 Comments