Alhamdulillah, hari ini 17 Ramadan 1440 H , sekali lagi kita diberikanNya kesempatan dan ruang untuk mengenang kembali satu lagi tarikh penting dalam kalendar umat Islam. Hari ini merupakan tarikh terjadinya Wahyu Allah swt yang di turunkan kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibrail. Dalam ayat yang mudah untuk kita fahami iaitu turun ayat pertama dalam rentetan kisah Nabi Muhammad saw menerima wahyu sehinggalah lengkapnya kitab suci Al Quran yang menjadi panduan untuk kita umatNya yang di tinggalkan sebagai rujukan kehidupan dari dunia hingga akhirat. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-40 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Malaikat Jibrail memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata : " IQRA' " yang bermaksud bacalah... yang merupakan mukjizat terbesar memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya. 




Akhirnya dalam tempoh masa 23 tahun ayat-ayat Al Quran di turunkan secara beransur-ansur 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah sehingga lengkaplah satu kitab rujukan panduan kita umat Islam hingga akhir zaman kelak. Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita, sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita. Membaca Al-Quran itu adalah satu ibadah dan marilah kita sama-sama bertekad untuk terus mengimarahkan bacaan ayat-ayat Al Quran di kalangan anggota keluarga kita sendiri dan pesan pada diri sendiri serta insan-insan di sisi agar jangan sekali kali meninggalkan Al-Quran. 

Beberapa fakta mengenai Al- Quran 




~ Jumlah ayat di dalam Al-Qur'an mengikut Ibn Abbas adalah sebanyak 6236.


~ Jumlah juz Al-Qur'an adalah sebanyak 30.


~ Jumlah surah di dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.


~ Surah pertama didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Fatihah.


~ Surah terakhir didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Nas.


~ Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah Al-'Alaq.


~ Surah lengkap pertama yang diturunkan adalah Al-Muddastir.


~ Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah.


~ Surah lengkap terakhir yang diturunkan mengikut Ibn Abbas adalah surah An-Nasr


~ Surah terpanjang dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Baqarah.


~ Surah terpendek dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Kaustar.


~ Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an adalah ayat 282 surah Al-Baqarah.


~ Ayat terpendek dalam Al-Qur'an adalah ayat 1 surah Al-Fajr.


*Rujukan sumber : http://www.mymasjid.net.my/?mod=article_content&mod2=211

2 Comments

  1. sekadar mengulang kaji sekali sekala agar tidak alpa kan WP , In Shaa Allah

    ReplyDelete