Kalau kak ana terbitkan entri makan menu-menu antarabangsa gini, tak lain tak bukan Adik Ika lah yang ajar ibunya makan menu-menu bukan Melayu. Dia suka sangat bawa ibu dan ayah makan di restoran atau cafe yang citarasa luar .Sebab ibu ayah dah biasa makan menu Melayu dan tempatan katanya. 

 Super Saigon Pho Cafe


Tapi macam selalu sebelum nak masuk restoran dengan sajian luar negara begini, kami akan check dahulu status Halal depa. Alhamdulillah , Super Saigon Pho Cafe mempunyai sijil Halal Jakim dan boleh lah kak ana kongsikan untuk ampa pula kalau nak mencubanya.

Super Saigon Pho Cafe Halal Jakim


Super Saigon Pho Cafe, Sunway Putra Mall 


Dalam entri ini, kak ana makan di Super Saigon Pho Cafe ni dua kali dah dan di masa yang berbeza tapi dekat-dekat lah selang sebulan macam tu. Kali pertama ni cuma kak ana dan Adik Ika berdua. Sementara tunggu ayahnya ada urusan kerja hujung minggu, kami masuk Sunway Putra Mall dan Adik ajak makan tengahari di sini. 


Super Saigon Pho Cafe


Cantik dan tenang sangat untuk makan di sini kerana tak ramai pengunjung walaupun hujung minggu. Sunway Putra Mall ni memang kak ana selesa berada di sini kerana ia tidak sesak kecuali jika ada event besar di WTCKL tu barulah ramai. Contoh macam persidangan ke, konvokesyen atau pameran besar-besaran lah kan. 


Super Saigon Pho Cafe

Kak ana suka pada interior decoration nya yang bertema kan warna biru putih di adun dengan elemen rotan ala-ala Scandi Boho pun ada juga. Menu di Super Saigon menyajikan sajian negara Vietnam . Sebelum ni yang kak ana tahu, Vietnamese Roll sahaja, rupanya banyak lagi menu sajian Vietnam yang sedap untuk di cuba. 


Super Saigon menu

Ini menu yang kak ana cuba setelah membelek buku menu sekian lama. Nampak macam menarik pula poached egg dalam sup tu. Nama sajian ini adalah Saigon Beef Don . Yang sebenarnya kak ana ni lapar nasi. Menu ni nampak ada nasi jadi kak ana cuba lah. Tak lari mana selera Melayu ye.. 


Super Saigon Pho Cafe menu


Sajian ni di sertakan dengan nasi putih dalam mangkuk tu, sauteed beef , jeruk sayuran ,sambal cili dan semangkuk sup beef pho soup di dalam nya sebiji telur rebus separuh masak. Harga set ni RM20.90 . Kak ana dapatkan semula info menu di laman web depa supersaigon.com.my sebab tu macam terre sangat kan huhu :) 



Super Saigon Pho Cafe


Adik Ika pula dalam proses diet katanya dia pilih menu Rice Vermicelli Aromatic Fried Lemon Grass Chicken . Atau dalam terjemahan sendiri kak ana bihun bersama ayam goreng serai lebih kurang lah. Harga set ni RM22.90

Ianya sejenis salad bersama bihun yang di celur, di makan bersama ayam goreng serai dan sayuran , salad dan diberikan juga spring rolls atau popia goreng. Ia di makan bersama sos Vietnam yang sangat sedap pada kak ana selepas mencubanya. 



Super Saigon Pho Cafe

Untuk minuman kami pilih Vietnamese Black Tea Lemon dan ais kosong untuk Adik. Dia ni tengah cut-sugar katanya. Kak ana biar kan sahaja lah dah besar kan, asal tak mudarat tak apa lah. 

Black tea tu sedap lebih kurang Lado Tea yang Adik Ika belikan kak ana waktu di bercuti ke Vietnam bersama kawan-kawan degree nya tahun lepas. Vietnamese Royal Black Tea tu cuma RM6.90 sahaja. 


Super Saigon Pho Cafe Sunway Putra Mall

Di sebab kan ayahnya walau pun pejabat tak jauh dari Sunway Putra Mall tapi dia tak pernah pun makan di Super Saigon, sekali lagi Adik Ika bawa kami kali ni bersama ayahnya pula makan di sini. Waktu ni sebab kami nak jalan-jalan ke Sogo menaiki LRT dan ayahnya parkir kereta di pejabat, kami singgah makan di sini terlebih dahulu. 


Super Saigon menu


Untuk kali kedua ni, kak ana dah pandai lah nak makan makanan Vietnam . Kak ana cuba pula menu lain tapi Adik Ika masih nak makan bihun celur dengan ayam serai tu dan ayahnya tetap lah pilih menu nasi... 


Super Saigon Halal

Nampak macam kak ana boleh terima menu masakan Vietnam ni, agak kena dengan selera kak ana. Kak ana suka makan menu sup jernih macam ni memberikan kelainan pada rasa masakan. Ada bahan perapan yang sedap pada gorengan ayam goreng dan sambal serta banyak menggunakan ulaman dalam menu mereka. 


Super Saigon menu


Menu yang kak ana makan kali ni kalau tak silap kak ana adalah Chicken Pho'  . Hasil carian di internet Pho' tu bermaksud flat rice noodle dalam bahasa Vietnam. Betul kan kalau kak ana salah ye. Kak ana tulis hasil carian di internet. 

Macam kak ana cakap di atas, menu chicken pho ini lebih kurang macam mihun sup ayam dan di makan bersama ulaman daun selasih serta taugeh serta sos Vietnam. Sedap rasa sup jernih tu dan kak ana memang suka makan dengan daun-daun ulam beraroma macam daun selasih atau Thai basil tu. Harganya RM22.90 .


Super Saigon

Menu yang suami kak ana makan ni pula namanya Broken Rice. Di hidangkan bersama tauhu goreng, telur goreng, ulaman timun, tomato, jeruk sayur dan pilihan lauk suami pilih Fried Lemongrass chicken atau ayam goreng serai berharga RM20.90. 


rice vermicelli

Adik Ika kali kedua memilih menu yang sama Vermicelli Lemongrass chicken ala-ala salad kesukaannya. Patuh betul dia dengan diet dan cut-sugar nya. Huhu tak kisah lah kan. Dua kali kami makan di sini Adik Ika yang belanja dan dia selalu belanja ibu dan ayah bila makan hujung minggu. 


Super Saigon menu halal


Minuman kak ana dan suami ni tak ingat dah tapi sejenis teh Vietnam jugalah.. Alhamdulillah sejak Adik Ika dah bekerja hampir tiga tahun selepas habis degree ni, banyak tempat makan dia bawa kami berdua mencuba bila hujung minggu. 

Cuma kak ana selalu pesan dan ingat kan, yakini dahulu Halal nya restoran yang nak di kunjungi. Sekarang ni asal viral sahaja ramai yang serbu. Pastikan berstatus Halal atau pun milik Muslim baru lah kita makan. Kalau suka atau rindu makanan Vietnam boleh lah ampa ke Super Saigon di beberapa outletnya di sekitar KL dan Selangor. Semoga bermanfaat. 




1 Comments