Lanskap bunga warna warni di laman

Alhamdulillah , hari ini 2 Ramadan 1440H. Pagi Selasa yang dingin ana ke laman dan melihat keindahan kelopak warna warni yang menghiasi di laman ruang yang kecil. Laman ana tak lah luas yang masih bertanah di bahagian hadapan. Sebahagiannya telah pun bersimen cuma ada lah sekangkang kera kata orang yang masih bertanah dan berumput. Rumput karpet tu pun telah lebih 10 tahun usianya sejak kami berpindah ke kediaman ni dahulu ana dan suami beli dan tanam menghiasi ruang bertanah yang di tinggalkan. 

marigolds


Dengan idea kreativiti sendiri, kami beli batu dan susun atur lah menjadikan ruang bervariasi. Walaupun batu tu batu refleksologi katakan, tapi ana tak larat juga nak berjalan atasnya. Tajam dan sakit tapak kaki hehe. Tinggallah ia sekadar hiasan yang ana selang seli kan dengan batuan putih. Renyah juga nak jaga kerana selepas beberapa bulan, rumput liar mula menjalar dan menutup anak-anak batu. Kenalah cabut rumput dan susun semula batu-batu tu untuk mencantikkan ruang. 




Alahai, rumah kita sendiri kan, terpulanglah pada kita untuk mencorakkannya. Bajet pun bukan besar mana, ikutlah sedaya yang termampu asalkan kita gembira tinggal di rumah. Inilah yang di katakan rumahku syurgaku. 



Kebanyakkan pokok ana tanam dalam pasu sahaja. Ada benih yang ana ambil dari kampung, ada juga yang ana beli di nurseri khasnya kat Sungai Buloh lah kan. Kadang-kadang menjadi bertahan beberapa bulan, kadang-kadang kojol juga. Tak kisahlah, ana beli pun bukannya pokok yang mahal-mahal. Kebanyakannya 3 pasu RM10 ajer. Kalau tahan enam bulan pun kira berbaloi dah kan, sempatlah mewarnai ruang laman. 




Kali ini yang ada dan sedang mekar berbunga ialah pokok bunga ros kampung benih yang mak bagi. Ana potong cantas dahan-dahannya dan Alhamdulillah makin banyak naik tunas baharu. Ada juga ana semai kembali batangnya menjadi pokok baharu di dalam pasu lain. Jiran ana Lechumy pun ada beri beberapa batang pokok bunga ros dan nampaknya sedang naik juga tu, In Shaa Allah. 

Petua cara lebatkan pokok ros berbunga 





Pokok bunga ros kuning tu ana baru sahaja beli dari Sungai Buloh dua minggu lepas, sekalilah dengan cocmos oren dan marigold oren tu. Petua yang ana amalkan untuk pokok bunga ros ni banyak berbunga ialah dengan menyiramkannya dengan air basuhan beras atau pun air bilasan ikan. Siram sahaja, In Shaa Allah menjadi juga petua ni . Mudah biak pokok cosmos dan marigold atau tahi ayam ni. Tabur sahaja biji benihnya bila dah tua nanti, In Shaa Allah naiklah anak pokok baharu. Sama macam cosmos kuning benih dari kampung tu, menjadi dah. 




bunga tahi ayam oren


Bunga balung ayam atau bayam ni pun benihnya ana taburkan sahaja di dalam pasu dari sekuntum bunga yang di berikan oleh pekerja nurseri Sungai Buloh tak berapa lama dahulu dan Alhamdulillah menjadi mekar berwarna pink bagaikan baldu. Sayangnya bila terkena hujan kuntuman ni berat dan akan melendut ke bawah tapi apabila panas ia kering dan ringan tegak semula. Cantik sangat kan warna pink baldu kuntuman bunga bayam ni. Biji benihnya pun ada ana taburkan semula mudah-mudahan bolehlah naik benih pokok baharu nanti, In Shaa Allah. 


bunga bayam



Gitulah kisah pokok-pokok bunga di laman astakona ana ni. Setiap pagi bila keluar ke laman, hati rasa terhibur sangat melihat keindahan ciptaan Tuhan yang amat sempurna. Bagaimana setiap satu kelopak itu begitu indah dan warna alam yang sungguh mendamaikan. Cintailah alam sekitar kita sebaiknya, jagai dan semoga ia dapat memberi ketenangan jiwa. Ana suka sangat dengan keindahan alam khasnya bunga-bungaan walaupun belum pernah melangkah kaki ke negara orang, apa yang ada di depan mata pun sudah cukup satu terapi buat jiwa yang kagumkan kebesaran Allah swt. 


Lanskap bunga warna warni di laman Lanskap bunga warna warni di laman Reviewed by AJ on May 07, 2019 Rating: 5

7 comments:

Powered by Blogger.