Nostalgia Bahulu dan Kopi O

Bahulu... salah satu menu kuih tradisional Melayu yang tak dapat di pisahkan dengan kedatangan Aidil Fitri. Untuk ana sendiri ia bagaikan satu singkapan nostalgia yang tak akan terpadam hingga lah ke akhir hayat kelak. Bahulu lah antara kuih raya yang wajib ada di rumah dari awrah tok dan opah masih ada, hingga ke hari ini. Mak yang kian kurang kudratnya kini tetap akan membeli bahulu dari jiran sekampung di Teluk Intan untuk pastikan ia ada di meja sebagai sajian di pagi raya. 

Kalau dahulu, mak dan arwah wan esah sedaya upaya memukul telur berpuluh biji untuk menghasilkan bahulu. Ia bukan satu proses yang mudah, bayangkan di bulan puasa, tepung gandum tu mak dan wan akan jemur dahulu di pancaran panas matahari, kemudian dari awal pagi lagi dah mula memukul telur sehingga 50 biji. Pukul dengan kudrat tangan pula tu tanpa bantuan peralatan elektrik, dengan menggunakan pemukul berbentuk spring di dalam pasu tempayan sehingga kembang. 


Bahulu tradisional 



Bahulu tradisional 


Tak habis di situ, dahulu mak dan wan akan membakarnya dengan kaedah cukup tradisional, bakar di dalam periuk peralaskan pasir dengan api atas dan bawah dari tempurung kelapa. Inilah oven mereka ketika itu. Berasap satu rumah namun bahulu yang lembut dan cantik terhasil juga, sama seperti kaedah moden dengan mixer dan oven elektrik. Itulah nostalgia bahulu yang akan terus bermain di benak fikiran setiap kali tibanya Syawal. 

Kini, wan dah tak ada lagi bersama kami menyediakan bahulu, kuih bakar dan wajik. Kuih bakar dan wajik juga dah terlalu asing pada kami di ketika Aidil Fitri. Tak ada siapa yang nak buat lagi dan tak ramai juga yang menjamahnya jika ada pun kerana hadirnya pelbagai menu moden yang jauh lebih dikenali dan trending masa kini. Semua itu sekadar sebuah nostalgia sepi yang kian pudar. 

Petang-petang ni, ana buka bekalan mak, sebekas kuih bahulu yang di tempahnya dari jiran sekampung. Ana bancuh kopi o panas, sambil menikmatinya satu persatu. Sedap.. dan penuh emosi dengan kisah silam. Masa silam yang tak akan berulang kembali. 

Tahun demi tahun mendatang, seorang demi seorang ibu saudara telah pergi mengadap Yang Maha Pencinta. Alhamdulillah.. mak dan abah masih bersama kami hingga saat ini. Walaupun kudratnya kian uzur namun cukup bermakna untuk kami masih merasai kasih sayang mereka. Kami walaupun cuma dua beradik tetapi kami akrab dengan sepupu-sepupu yang ada khasnya sebelah mak. Kerana kami di besarkan bersama, kisah kanak-kanak pun serupa dan inilah laluan perjalanan hidup kami. 

Generasi baharu peringkat anak-anak ni nampaknya haluan mereka berbeza. Mereka dibesarkan jauh dari kalangan keluarga kerana kami bertebaran mencari rezeki di merata. Cuma sekali-sekala dapat berkumpul bersama dan ketika itulah sahaja kesempatan waktu yang ada yang dapat kami semaikan ukhwah untuk mereka saling mengenali dan silaturrahim ini dipanjangkan. Kadang-kadang bermain di benak fikiran, andainya kami tiada lagi nanti, bagaimana agaknya anak-anak ini mencari saudara ? Cukupkah sekadar saudara terdekat sahaja kerana agak janggal untuk mereka bersama kelak. 

Dunia moden kini bagai ada batasan ukhuwahnya. Bertegur sapa pun berkurangan bila masing-masing leka dengan arus permodenan dunia internet. Cukupkah sekadar group whatsapp menjalin ukhuwah, bila bersua nak berborak sakan pun tidak kedengaran ? Inilah dunia hari ini kan. Biarlah.. mereka akan tahu nanti bila tiba ketikanya. 

Habis sudah kopi o secawan, sambil mengenang kisah silam dan merenung masa hadapan. Ana bangga kerana membesar dalam persekitaran yang indah dan damai di kampung tercinta. Membesar bersama saudara mara sepupu yang kini masih ada kemesraan yang luhur tanpa sebarang kepentingan. Begitu juga dengan kawan-kawan sekolah, walaupun kini masing-masing ada kejayaan namun pada kami, kami hanyalah kawan sepermainan. 

Tak semua boleh kita rancang mengikut kehendak kita. Biarlah mereka mencorakkan perjalanan kehidupan mereka sendiri, dan sebagai orang tua, kita sekadar mampu memberi bimbingan dan pendapat yang mana mungkin masih di terima atau tidak. Waallahu a'lam. 


Nostalgia Bahulu dan Kopi O Nostalgia Bahulu dan Kopi O Reviewed by Ana Jingga on June 18, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Arwah mak dulu selalu bakar bahulu di waktu malam. Guna dapur kayu dan sabut kelapa. Selalunya dia buat bersama anak saudaranya. Anak daranya sendiri hanya tahu makan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang gitu lah kakcik, era zaman masa tu :) sama lah ana pun sampai sekarang ni tak pernah buat beli yang dah siap sahaja, remeh juga kerjanya

      Delete
  2. memang sedaplah bahulu ni, anak2 pun suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan AA, bagus anak-anak AA suka makan menu tradisi lama macam ni :)

      Delete
  3. Samalah dengan mak Mrs. A dahulu kira-kira 7 lapan tahun dahulu kot rajin buat baulu tradisional gigih pukul telor dalam pasu dari subuh sampai ke pagi pastu anak-anak pun sama kena tolong time bakar tu guna dapur arang atas acuan kuih tu letak pasir dengan sabut aduh! nostalgianya.

    Sekarang mak pun dah tak larat nak makan bauhulu order jer... tapi cara buat baulu sekarang pun dah beza sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanagt berbeza, sekarang agak mudah dengan peralatan elektrik berbanding zaman dahulu tu Mrs A :)

      Delete
  4. hai there! i'm blogwalking here^^

    btw, kuih bahulu is my favourite!!

    ReplyDelete
  5. sayu plak baca ayat2 yg akhir tu, AJ.
    bahulu & kopi masih lagi ada di kampung Aida.
    anak-anak aida masih lagi suka folo cara Atok Uwan nyer.
    sedap kan :)
    kebetulan, kat kg ada iks buat bahulu.
    bahulu memang kerap ada di rumah aida. kuih lama juga jadik pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sama-sama kita kekal kan menu-menu warisan lama macam ni kepada generasi muda , in shaa allah

      Delete
  6. Bahulu dan Kopi O gandingan serasi.
    Kita pun bila makan bahulu teringat nostalgia zaman kecik2 dulu. Mak dan jiran2 saling berpakat membakar bahulu, guna kayu api dan sabut sahaja. Part paling best bila nak keluarkan bahulu dari acuannya. Cungkil dgn lidi. Aroma bahulu panas usah cakap, sangat menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah cungkil di keluarkan PH, memang seap makan hat panas-panas tu lembut je kan :) Allahu Akbar memeori silam sungguh

      Delete
  7. Nostalgia bahulu tradisional tak dapat dilupakan.
    Kutip sabut, cari kulit biji getah, pukul telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. biji getah untuk apa agaknya WP, pukul telur sampai lenguh la kan hehe :)

      Delete
  8. Aroma bahulu tu yang buka selera kak..sekarang jarang orang nak buat bahulu..ada jual pun lazimnya berperisa..nak cari yang betul-betul ori dibakar dengan arang atau sabut..susah dah sekarang..sedpnya laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aroma bahulu ni hanya ada pada yang memasaknya kan PC bila dah beli ni dah kering tak ada aroma dah hehe :)

      Delete
  9. Lama dah duk cari baulu timbuk tangan ni. Tak jumpa2 lagi. Rindu nak makan baulu kampung. Memang sedap cicah kopi. Budak2 dulu rajin makan macam ni..😄😄

    ReplyDelete

Powered by Blogger.