Tak susah pun nak buat homemade Lamb chop
Kalau chicken chop atau chicken grill tu memang selalu juga kami buat di rumah ni. Paling senang pun nak buat kan, lagi pun kami gunakan ready made brown sauce tu. Tapi kali ini pertama kali nak try buat lamb chop pula. Kepingan daging lamb chop ni ana beli dari Pasaraya Segi Fresh hari tu. Dah siap kepingan-kepingan nipis jadi hanya perlu grill kan sahaja lah.
Macam biasa kalau western food ni pasti di sertakan dengan side dishes. Untuk menu lamb chop ni ana sertakan dengan garden salad, potato wedges, coleslow dan gravy nya pun kami buat sendiri tanpa menggunakan instant brown sauce.
Cara buat homemade lamb chop
Untuk perapan kambing nya, ana cuma letakkan garam dan lada sulah sahaja dan perap selama satu hingga dua jam sebelum meng grill nya di atas kuali leper. Balik-balik kan kedua-dua belah dan api jangan terlalu kuat untuk menggelakkan terlalu garing dan over cooked.
Untuk gravy Adik Ika yang sediakan dengan panduan resepi asal dari Khairul Aming siapa lagi kan. Bahan-bahannya seperti bawang holland, mentega, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam dan tepung gandum. Tumiskan bawang holland yang di dadu bersama mentega, masukkan sos tiram, kicap manis dan rasakan dengan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkannya. Jangan buh garam kerana sos tiram dan kicap manis pun dah agak masin kan. Kacau hingga mendapat tekstur kepekatan yang kita kehendaki.
Salad macam selalulah, dressing nya ana menggunakan thousand island sahaja. Coleslaw pun macam selalu hiris halus-halus kobis, parut lobak merah dan gaul sebati dengan mayo. Simpan dalam peti sejuk sebelum menghidangkannya. Untuk wedges, ana cuma gaulkan potongan kentang dengan serbuk cili merah dan sedikit garam, goreng dalam minyak panas.
Alhamdulillah memang lembut sangat dan cukup masak lamb chop kami malam tu dan gravy pun sedap tanpa penggunaan msg. Hidang kan di pinggan bersama coleslaw, garden salad dan juga potato wedges.
8 Comments
Wahhh dah ber lamb chop kak ana. Kinah dah buat dah aritu. Tak sempat pulak nak ambik gambar hehe😅
ReplyDeletenyum nyum sedap segar je daging kambing dari Segi Fresh ni Kinah :)
DeleteSelamat hari raya Ana. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteselamat hari raya juga buat kak mala sekeluarga :)
DeleteSedapnya.. buat sendiri lebih puas makan kan kak ana..
ReplyDeletekan Sha makan puas-puas Alhamdulillah
Deleteaduhai. sedap nyer...
ReplyDeletebuat sendiri lebih jimat, kan.
sedap ikut citarasa kita.
raya ketiga ari tu, adik-beradik aida berBBQ.
lamb. sosej. daging burger.
makan dgn homemade kentang lecek & sayur.
nyaman...
betul tu aida ikut selera masing-masing, Alhamdulillah kemanisan ukhuwah adik beradik terjalin indah.. :)
Delete