Buah belimbing besi antara yang kian di lupakan
Ketika ana di rumah adik di Seri Manjung baru-baru ni, terpandang lah sepohon pokok rendang di hadapan rumah jirannya. Ada rantaian bunga-bunga halus nampak cantik di dahan, ana tanya pada anak-anak, bunga buah apa ni ? Dua-dua pun tak tahu.. Bila ana selak di celah-celah daun nampaklah buahnya. Owh!! Buah starfruit ibu.. Belimbing kan..
Anak-anak yang di besarkan di bandar, gitu lah kan, buah nya kenal, pokok dan bunga tak kenal. Bukan salah mereka pun, persekitaran kehidupan yang berbeza antara kita dan mereka. Jadi bila ada kesempatan waktu yang di pinjamkanNya, bertemu dengan alam yang pernah sebati dalam kehidupan kita, kenal-kenal kan lah pada anak-anak. Tambahkan ilmu kehidupan ini dengan pengalaman bukan sekadar kenal dari gambar di dunia maya.
bunga buah belimbing besi |
Buah belimbing besi
Ana sendiri pun dah lama benar tak makan buah belimbing besi ni. Nak jumpa di pasaraya pun tak banyak. Pasar basah mungkin ada tapi kami di sini jarang ke pasar basah. Kalau beli lauk pun di kedai Acheh, barang dapur pasti nya ke pasaraya. Pasar tani pun jarang nampak buah belimbing kampung macam ni, kalau ada yang di usaha kan secara komersil tu, besar-besar dan cantik buahnya.
Rasa macam nak ke nurseri Sungai Buloh pula nak cari benih anak belimbing besi. Belimbing buluh ada sepokok di kebun belakang rumah ana ni, cuma dah kurang berbuah. Belimbing besi ni dahulu, kami kait je dari dahan pokok belakang bilik mandi rumah arwah Tok. Gosok-gosok kat baju, ngap terus. Ye lah pokok kampung mana ada sembur racun serangga atau berbaja apa pun, tumbuh sendiri je la kat situ, tapi tetap berbuah. Tapi kan zaman kanak-kanak dulu tak fikir pun bab-bab bahan kimia racun serangga bagai ni, tahu ambik ngap jer hehe :) Dan sifat Allah swt yang Maha Penyayang tu, elok je sihat anak-anak kampung masa tu, kan.
buah belimbing besi |
Buah belimbing besi ni tawar je rasanya, manis-manis buah gitu. Kalau buat jus sedap juga kan, buh secubit garam dalam nya baru kaw!! Kalau tak pun kami cicah dengan kicap dan gula pun dah jadi kudapan bawah pokok atas pangkin beramai-ramai di waktu petang.
Ada juga ana terbaca pelbagai khasiat dari buah belimbing besi ni. Daripada buah sampailah ke daun belimbing besi ni di katakan ada khasiat untuk rawatan tradisional lama. Hat tu korang kena cari sendiri lah kan, ana kalau tak mencuba sendiri dan lihat keberkesanannya jarang nak tulis. Tapi ana percaya, zaman dahulu memang orang tua-tua menggunakan sumber alam di sekitar kehidupan untuk merawat pelbagai penyakit ringan. Maklumlah nak hospital atau klinik ada lokasinya yang agak jauh. Jadi dengan pengalaman hidup ini mereka menggunakan sumber alam sebagai rawatan alternatif. Dan dengan izin Allah swt, ia sembuh maka tercetuslah pelbagai petua dan cara rawatan alternatif dari tumbuhan di sekitar rumah. Waallahu a'lam.
16 Comments
banyak khasiat
ReplyDeleteowh ye ke Anum. Kak AJ tahu makan je hehe :)
Deletesedapnya buah belimbing nie.. suka makan dengan garam..
ReplyDeletekan Sha makan dengan garam sedap kan :)
Deletememang dah lama sangat tak makan buah belimbing besi nih
ReplyDeletetuu laa Aryan kan lama dah tak makan buah belimbing :)
DeleteCantiknya bunga dia. Betul, jarang-jarang dah dengar pasal buah ni. Nak nampak pun susah huhu
ReplyDeleteCantik kan Syaza, lama dah tak makan buah belimbing kan :)
DeleteSekarang orang tanam untuk ternakan kelulut.
ReplyDeleteowh macam tu ye WP :)
DeleteBanyak khasiat buah ni, sedap pulak tu
ReplyDeleteJual Rumah Di Bangi
itulah ada juga yang kata banyak khasiat buah belimbing ni :)
DeleteSedap.. Fav saya ni.. Tabur garam Pastu ngappp
ReplyDeletekan Alia makan dengan garam sedap :)
Deleteaida ni x kira buah apa, semua nyer suka.
ReplyDeleteni jarang dpt, AJ.
payah nak mencari.
bukan dilupakan.
tu laa Aida bimbang lama-lama nanti kian dilupakan :(
Delete