Hasil dari tanam pokok kucai di laman

Haa.. projek tanam kucai pula ye :) Gini lah kalau jiwa kampung berkebun ni menjadi sebahagian dari hobi masa lapang ana. Benih kucai ni pemberian ibu saudara ana, Mak Sue dari Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh. Masa kami beraya hari tu, mak Su ada tanya nak ke benih kucai kebetulan mak pun ada cerita rumah mak Su banyak pokok kucai. Ana ambillah dalam tiga perdu, mak Su bagi. Sebenarnya nak bagi kat mak aje, sebab mak yang pesan suruh tanya Mak Su. Tapi mak pula bagi ana se perdu bawa balik. 




Suami pula yang tolong tanam dalam pasu panjang tu. Letak pun di halaman hadapan rumah ajer. Senang nak jirus kalau buh di belakang takut terlupa nak siram. Alhamdulillah, tiga hari lepas, dah pun merasa hasilnya. Ana potong dalam segengam daun kucai dari dalam pasu. Dan terhasillah menu cucur udang kucai untuk minum petang anak-anak di rumah.

Sedap juga kalau buat cucur udang buh kucai ni, ana tak letak taugeh dah. Bawang besar, isi udang, kucai dan serbuk cili merah dan sedikit garam. Gaul jadikan batter dengan tepung gandum. Goreng garing. Kebetulan ada lebihan kuah satay, kami buat lah ala-ala gado-gado femes kat Teluk Intan tu, gado-gado bumbung biru. 




Kucai ni ana suka juga makannya dalam masakan kuew tiau goreng misalnya tak ngam kalau tak ada kucai. Kalau Adik Ika suka makan panjeon alaaa cucur udang Korea tu yang masak atas kucai. 

Terima kasih kat Mak Su bagi ana benih kucai ni. Hasil dari bacaan di internet, depa kata kalau nak kucai terus hidup dan bercambah, rajin-rajinlah cantas daun kucai ni dan tinggalkan se inci dari paras tanah. Nanti akan tumbuh cambah baru.In Shaa Allah.
Hasil dari tanam pokok kucai di laman Hasil dari tanam pokok kucai di laman Reviewed by Ana Jingga on July 13, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. ni pun antara yg aida nak ada di dapur.
    kucai.
    baru jap tadi nak cambahkan daun bawang, AJ.
    ikut tips di fb :) hi hi hi hi...
    baru blaja blaja menanam edible plant.

    ReplyDelete
  2. best dapat merasa hasil dari ttik peluh sendiri.

    ReplyDelete
  3. kite kalau buat cucur pun suke letak kucai... sedap lor...

    ReplyDelete
  4. Daun kucai ni kawan baik dengan mee ,bihoon,kuey tiaw goreng..hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya cucur letak kucai tapi tu lah Man tak makan kucai lah pulak Ana..

    ReplyDelete
  6. haah memang tak ngam makan kuew tiau takde kucai ni hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.