Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia khasnya dapat menyaksikan majlis istiadat pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 16. Sesuatu yang harus di tonton oleh generasi muda khususnya untuk mengenali adat istiadat Diraja Melayu yang masih terpelihara dengan nilai warisan dan kesopanan yang tinggi. Inilah keistimewaannya payung mahkota Raja-Raja Melayu yang harus di pertahankan kedaulatannya.

kredit foto : warisanpermaisuri.blogspot.com

Bukan sahaja Raja-Raja Melayu bahkan di seluruh dunia juga institusi raja-raja ini penuh dengan adat dan protokol yang tinggi nilai santun nya tak kira bangsa dan anutan. Sewajarnya kita menghargai nilai-nilai peradaban yang tinggi ini yang kian pupus di arus dunia moden masa kini. Didiklah anak-anak kita agar kenal nilai peradaban bangsa,kesopanan dan adat istiadat selagi tidak bercanggah dengan hukum syariah. 

Hari ini, ana tertarik sekali lagi untuk kita sama-sama mengenali wajah-wajah wanita-wanita yang pernah bergelar Raja Permaisuri Agong dari yang pertama hingga lah ke hari ini,tahun 2019. Semoga ia satu coretan yang penuh nostlagia yang bakal di kenang sepanjang zaman.


Raja Permaisuri Agong Pertama Hingga Kini 2019



Seri Paduka Baginda Almarhumah Tunku Kurshiah Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin Raja Permaisuri Agong Pertama 1957 hingga kemangkatan Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960.



Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah Almarhum Raja Ahmad merupakan Raja Permaisuri Agong Kedua 14 April 1960  sehingga kemangkatan Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 1 September 1960



Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail merupakan Raja Permaisuri Agong Ketiga sejak 21 September 1960 sehingga 20 September 1965, permaisuri kepada Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.


Image result for tengku intan zaharah


Almarhumah Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja yang merupakan Raja Permaisuri Agong Keempat bermula 21 September 1965 hingga 20 September 1970. 


Related image

Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahmad Raja Permaisuri Agong Kelima 21 September 1970 hingga 20 September 1975


Almarhumah Tengku Zainab Almarhum Tengku Mohamed Petra merupakan Raja Permaisuri Agong Keenam mulai 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979 


Related image

Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Hajjah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad merupakan Raja Permaisuri Agong Ketujuh mulai 26 April 1979 sehingga 25 April 1984


Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Panglima Raja Ahmad merupakan Raja Permaisuri Agong Kelapan sejak 26 April 1984 hingga 25 April 1989



Tuanku Bainun binti Mohammad Ali merupakan Raja Permaisuri Agong Kesembilan mulai tahun 26 April 1989 hingga 25 April 1994




Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin merupakan Raja Permaisuri Agong Kesepuluh mulai 26 April 1994 sehingga 25 April 1999



Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman merupakan Raja Permaisuri Agong Kesebelas mulai 26 April 1999 hingga 21 November 2001. 


Image result for tengku fauziah tengku abdul rashid


Seri Paduka Baginda Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid Raja Permaisuri Agong Kedua belas .


Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah menjadi Raja Permaisuri Agong Ketiga belas pada 13 Disember 2016 .



Seri Paduka Baginda Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun merupakan Raja Permaisuri Agong Keempat belas.


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terkini Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Alhaj.


Rujukan sumber  : 
https://www.nona.my/kenali-wajah-wajah-raja-permaisuri-agong-pertama-hingga-yang-terkini/

2 Comments