Kenapa ana panggil apam kampung ? Sebab nya apam ni lah yang selalu kami makan di kampung masa kecil-kecil dulu. Tak tahu lah tempat lain korang panggil apa pula kan :) Selalu kalau ada majlis kenduri kendara mesti ada apam ni warna pink atau pun putih sahaja. Potong-potong makan dengan kelapa parut. 

Paling sedap yang pernah ana makan ialah air tangan arwah opah ana, opah Teh. Memang tak boleh celen kata orang Perak. Kalau resepi arwah opah dulu, tak guna kan yis pun, arwah opah guna kan nasi sejuk semalam, dia rendam ke apa ke ana tak pasti. Maklum lah masa tu bukan nak ambil tahu pun, cuma ada lah teringat arwah opah duk bancuh adunan sampai berbuih juga kekdahnya. Pas tu teringat juga arwah opah ada sebut buh nasi tapi bukan lah nasi basi. Tak tahu sangat lah. 




Sekarang ni mudah sangat nak buat apam simple ni, cuma gunakan 3 bahan sahaja dah jadi. Ana pun dapat resepi ni dari jiran ana, Zura. Bila Zura post kat status whatsapp terus minta resepi. Petang tu juga try buat dan Alhamdulillah, menjadi dan sedap sangat. Sedap rasa apam lah kan, tambah dah lama tak makan selera pula dengan menu-menu ibunda ni. Bukan tak ada di jual di gerai-gerai, ada jer kadang tak terlintas pun nak beli. Lagipun ana jarang keluar belah petang nak beli kuih. 

Bila dah try menjadi shared lah kat group kawan sekolah kami, haa ramai pula yang cuba dan menjadi cantik gebu geban dari ana. Meh laa ana kongsikan semula kat blog ni, ramai lagi boleh mendapat perkongsian idea dan ilmu kan, In Shaa Allah. Semoga ianya bermanfaat buat semua. 

Resepi dan cara buat apam 


Bahan-bahan : 

Tepung gandum 1/2 paket ( dalam 500g ) 

Gula ikut kemanisan yang di perlukan 

Yis mauripan separuh paket tu -  rendam dalam air suam sampai naik buih.



Cara masak apam : 

1. Satukan tepung dan gula.

2. Masukkan yis yang telah naik berbuih tadi ke dalam adunan tepung. 




3. Gaul perlahan sehingga sebati, tambahkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan batter yang agak pekat, tak terlalu cair. 

4. Perap selama 1 jam atau sehingga adunan kembang membukit gitu :) 




5. Panas kan kukus sehingga menggelegak air. 

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam kukus. 

7. Penutup kukus tu cover dengan kain atau aluminium foil supaya air tidak jatuh ke dalam adunan, nanti tak cantik naik apam.Kukus sehingga masak. 

8. Tips nak tahu apam dah masak ialah bila kita cucuk dengan lidi tarik adunan tak basah tu maknanya dah masak elok lah kan. 





9. Sejukkan dahulu sebelum memotongnya, hidangkan dengan kelapa parut bergaram. 

In shaa Allah sedap dan lazat apam kampung ni. Kalau korang nak warna titis kan pewarna dalam tepung adunan awal-awal tadi atau boleh sahaja di biarkan putih kosong pun tak apa, rasa sama jer hehe :) 




Selamat mencuba puan-puan, sedap di jadikan menu minum petang tak pun buat potluck kan.. mudah nak sedia kan. 

18 Comments

  1. sedapnya. lama tak makan apam nih

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan apam ni.

    Mudah je rupanya buat apam ni. Guna 3 bahan je. Tq share kak Ana :)

    ReplyDelete
  3. Pandainya buat apam...nampk hasil tu elok kejadiannya ..salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru belajar KN Alhamdulillah menjadi nampaknya :)

      Delete
  4. Kecik2 dulu jumpa apam kampung yang putih tu pun dan sedap.
    Makan cicah kelapa parut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah wak kalau apam tu tak buh warna putih je lah jadinya hehe :)

      Delete
  5. Wah sedapnya Ana.. senang bahannya ya. Sue pernah cuba resepi versi letak nasi punya Ana, sedap juga. Lama dah tak buat... nanti boleh cuba resepi dari Ana pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang letak nasi tu belum pernah try lagi sue ada kesempatan nanti nak juga cuba kan :)

      Delete
  6. Mak nieyl dlu pun suka buat apam ni...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya AJ. Teringin nak cuba tapi tak berapa nak rajin hihi.. Simpan dulu resepi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe simpan dulu PH, ada mood nanti boleh lah try naa :)

      Delete
  8. Sedap ni kak Ana, lama tak makan :)

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa!! dulu-dulu masa kecik² apam ni selalu ade kat kenduri-kenduri kat kampung. menu sarap pagi atau minum petang sambil kopek bawang

    ReplyDelete