Kenapa ana panggil apam kampung ? Sebab nya apam ni lah yang selalu kami makan di kampung masa kecil-kecil dulu. Tak tahu lah tempat lain korang panggil apa pula kan :) Selalu kalau ada majlis kenduri kendara mesti ada apam ni warna pink atau pun putih sahaja. Potong-potong makan dengan kelapa parut. 

Paling sedap yang pernah ana makan ialah air tangan arwah opah ana, opah Teh. Memang tak boleh celen kata orang Perak. Kalau resepi arwah opah dulu, tak guna kan yis pun, arwah opah guna kan nasi sejuk semalam, dia rendam ke apa ke ana tak pasti. Maklum lah masa tu bukan nak ambil tahu pun, cuma ada lah teringat arwah opah duk bancuh adunan sampai berbuih juga kekdahnya. Pas tu teringat juga arwah opah ada sebut buh nasi tapi bukan lah nasi basi. Tak tahu sangat lah. 




Sekarang ni mudah sangat nak buat apam simple ni, cuma gunakan 3 bahan sahaja dah jadi. Ana pun dapat resepi ni dari jiran ana, Zura. Bila Zura post kat status whatsapp terus minta resepi. Petang tu juga try buat dan Alhamdulillah, menjadi dan sedap sangat. Sedap rasa apam lah kan, tambah dah lama tak makan selera pula dengan menu-menu ibunda ni. Bukan tak ada di jual di gerai-gerai, ada jer kadang tak terlintas pun nak beli. Lagipun ana jarang keluar belah petang nak beli kuih. 

Bila dah try menjadi shared lah kat group kawan sekolah kami, haa ramai pula yang cuba dan menjadi cantik gebu geban dari ana. Meh laa ana kongsikan semula kat blog ni, ramai lagi boleh mendapat perkongsian idea dan ilmu kan, In Shaa Allah. Semoga ianya bermanfaat buat semua. 

Resepi dan cara buat apam 


Bahan-bahan : 

Tepung gandum 1/2 paket ( dalam 500g ) 

Gula ikut kemanisan yang di perlukan 

Yis mauripan separuh paket tu -  rendam dalam air suam sampai naik buih.



Cara masak apam : 

1. Satukan tepung dan gula.

2. Masukkan yis yang telah naik berbuih tadi ke dalam adunan tepung. 




3. Gaul perlahan sehingga sebati, tambahkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan batter yang agak pekat, tak terlalu cair. 

4. Perap selama 1 jam atau sehingga adunan kembang membukit gitu :) 




5. Panas kan kukus sehingga menggelegak air. 

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam kukus. 

7. Penutup kukus tu cover dengan kain atau aluminium foil supaya air tidak jatuh ke dalam adunan, nanti tak cantik naik apam.Kukus sehingga masak. 

8. Tips nak tahu apam dah masak ialah bila kita cucuk dengan lidi tarik adunan tak basah tu maknanya dah masak elok lah kan. 





9. Sejukkan dahulu sebelum memotongnya, hidangkan dengan kelapa parut bergaram. 

In shaa Allah sedap dan lazat apam kampung ni. Kalau korang nak warna titis kan pewarna dalam tepung adunan awal-awal tadi atau boleh sahaja di biarkan putih kosong pun tak apa, rasa sama jer hehe :) 




Selamat mencuba puan-puan, sedap di jadikan menu minum petang tak pun buat potluck kan.. mudah nak sedia kan.