Sebagai anak kampung yang membesar dalam suasana kedesaan, pantang larang memang menjadi sebahagian dari pengalaman kehidupan kami masa itu. Banyak larangan yang mak ayah berikan dan siap beri jawapan pula tu kenapa itu tak boleh buat, jangan buat macam ni dan sebagainya. Bila kita kaji dengan akal yang tak berapa cerdik sangat ni, kebanyakannya adalah tak lojik akal pun. Tapi itulah kami dahulu, cara pemikiran kami yang kalau dah di beritahu jangan buat, memang selalunya cuak sangat lah nak lakukan. 

Bila hidup kian meningkatnya usia ni, banyak yang kita fikirkan semula, kebanyakan pantang larang yang mak ayah kita cakap dahulunya itu sebenarnya ada simbolik di sebaliknya. Setiap larangan tersebut di kaitkan dengan kesan akibat dari perbuatan yang tidak baik. Mak ayah dahulu banyak memberi teguran dan nasihat dalam bentuk kiasan. Inilah dia peradapan bahasa mendidik yang kini sudah tidak relevan lagi. 


Image result for kampung /anajingga


Warga net masa kini, lebih gemar berterus terang, straight to the point kata orang putih. Tak kira lah apa pun kalau rasa nak komen, nak tegur taip sahaja terus terang, janji sampai apa yang nak di nyatakan itu. Beza dengan orang dulu-dulu, nak marah pun dalam bahasa yang penuh kiasannya. Jadi kami anak-anak yang lahir dan membesar di era dahulu kala ni kebanyakkannya terdidik dengan cara sebegitu. Takut nak tegur depan-depan nanti ada yang terguris hati, ada peradaban dalam pertuturan yang harus di guna pakai. 

Nak bercakap dengan mak ayah lain, nadanya, nak berkata dengan guru dan orang yang lebih tua lain ayatnya, tak sama dengan berkata dengan kawan sebaya. Dari situlah anak-anak dididik dengan peradaban dan budi bahasa yang kini pada pandangan peribadi ana kian lenyap di dunia maya. Sopan santun, perasaan malu itu sudah tidak penting lagi dikalangan sesetengah insan khasnya dilaman-laman media sosial. Sedih kan.


Image result for kampung /anajingga


Cuba kita selusuri semula antara sebab di sebalik pantang larang orang dahulu yang ada relevannya dengan kehidupan atas prinsip sebab dan akibat. Contoh lah , bila mak kita melarang menyanyi di dapur, nanti dapat laki tua katanya. Tetapi apa sebenarnya di sebalik larangan ini ialah supaya anak-anak gadis tidak leka ketika memasak di dapur. Banyak akibat buruk boleh terjadi seperti masakan terhangus ke atau lebih dahsyat lagi bimbang berlaku kebakaran atau kemalangan di dapur akibat leka melayan perasaan dengan menyanyi. Bila di takutkan dengan bakal mendapat suami orang tua, anak-anak dahulu memang lah tak nak dapat suami orang tua kan.. Semua pun nak suami yang hensem-hensem gitu hehe :) 

Satu lagi pantang larang yang terlintas di fikiran ana ialah jangan duduk atas bantal, nanti bisul. Haa!! Pernah dengar tak? Mak ana dulu cukup marah kalau duduk atas bantal, bisul bontot nanti katanya. Dan kami pun tak lah duduk atas bantal sakit uii kalau kena bisul nak duduk pun tak boleh. Simboliknya yang dapat ana fikirkan ialah bantal tu alas kepala untuk kita tidur, jadi kalau kita duduk atas bantal kan tak molek. Kotor lah jadi bantal tu duk jadikan tempat duduk. Betul tak ? Lagi pun masa tu bukan ada kusyen pun di kebanyakan rumah, bantal tidur jer la yang ada kan.. :) 

Kemudian bila ada isteri sedang mengandung pula, lagi banyak pantang larang yang harus di ikuti oleh suami dan isteri itu sendiri yang pasti ada simbolik disebaliknya. Ada yang melarang suami keluar memancing atau berburu ketika isteri sedang hamil, bimbang akan lahir bayi yang tidak sempurna sifatnya kata mereka. Dan sebalik simboliknya pula , ana rasa orang tua-tua itu hendak mendidik anak yang bakal lahir agar tidak menyakiti sesama makhluk Allah swt. Jadi buatlah pekerjaan yang baik-baik sahaja ketika si isteri sedang hamil, In Shaa Allah akan lahir zuriat yang baik-baik juga sifatnya.




Begitu juga mak ayah kami dahulu selalu pastikan anak-anak berada di dalam rumah bila waktu senja, jangan main di luar rumah waktu senja nanti malam kena sampuk mengigau bukan-bukan. Sah-sah lah mak ayah kita hendak pasti kan anak-anak berada di dalam rumah pada waktu Maghrib. Waktu Maghrib kan singkat jadi kena lah siap sedia dalam rumah untuk solat dan banyak keburukannya jika terus bermain sehingga hari dah gelap malam kan. Cantik sekali simbolik di sebalik larangan ini kerana bagi kami dahulu di kampung, Maghriblah times up nya untuk berada di luar rumah. Bila masuknya waktu Maghrib tak berani dah duk luar rumah, melepak atau sebagainya. 

Banyak lagi sebenarnya pantang larang orang dulu-dulu yang tersirat pengajaran di sebaliknya. Cuma sampai hari ini yang ana tak pasti apa sebab nya ialah bila kami di larang menunjuk pelangi, kononnya nanti jari kudung hehe :) Agaknya apakah simbolik di sebalik larangan ini kan, Waallahu a'lam. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk cukup sekadar sebuah pengajaran. Apapun dan bilapun zaman yang kita tumpang berteduh dan bernyawa sentiasalah  amalkan dan didik lah dengan perkara yang baik-baik sahaja agar pengakhiran hidup kita semuanya akan baik-baik juga.. Aamiin.  

12 Comments

  1. Betul tu...adanya pantang larang pun bagus juga. Kebanyakannya berkait rapat dengan adab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Azian, orang dulu-dulu mengajar tentang adab :)

      Delete
  2. Betul Ana. Hidup kita dulu penuh dengan pantang larang dan selalunya kita ikut tanpa membantah tapi ada satu pantang larang dulu kala yg aruah mak bgtau buat kami adik beradik ketawa terbahak bahak. Mak cakap orang tua zamannya ada cara nak halang dari lelaki dan perempuan bercampur. Kalau bercampur sentuh hujung jari pun boleh mengandung. Cuba fikir betapa mendalam dan tersiratnya pantang larang orang dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penuh simbolik cara mak-mak kita mendidik kan kak mala.

      Delete
  3. Satu pantang larang orang dulu2 yang wak masih ingat : Kalau cabut bulu ayam jangan berbual, nanti tumbuh semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha :) ada juga ye macam tu Wak, ye lah zaman dulu2 kn sembelih ayam kampung pastu kena cabut bulu nya bagi bersih sebelum di masak hehe :) Sebenarnya tak bagi kita borak nanti lambat siap kerja nya kan ,lambat lah dapat makan :)

      Delete
  4. a'ah kan terfikir gak ape motif tak boleh tunjuk pelangi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ke sudah tak ada jawapan nya kan RAZ :)

      Delete
  5. Betul kak Ana...orang dulu-dulu banyak "jangan"nya..dan zaman itu anak cucu sentiasa patuh dan mendengar..mungkin ada yang macam mengarut sahaja tetapi bila difikir dan dianalisis semula sebenarnya banyak baik dari buruknya untuk membentuk akhlak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dulu bila di tegah kita takut nak lakukan, berbeza dengan zaman sekarang, malahan yang ditegah agama pun orang ingkar, akhir zaman kan PC :)

      Delete
  6. Ada betulnya pantang larang orang dulu-dulu. Banyaknya cuma simbolik dan kiasan ^^ Yang baik kita ikut, yang buruk kita jadikan sempadan. Betui dak Kak Ana? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu Syaza, selagi tak bercanggah dengan hukum Islam, anggap lah ia satu maksud yang baik2 untuk mendidik :)

      Delete