Alhamdulillah ini tahun ke empat kejiranan ana mengadakan sambutan majlis hari raya untuk lorong kami. Taman ni memang agak besar jadi kami kecil-kecilkan kepada komuniti mengikut lorong kediaman sahaja untuk lebih mudah berkomunikasi dalam hal kejiranan. Dan dah empat tahun lorong 3/1 ni telah berjaya dengan meriahnya menganjurkan majlis sambutan hari raya. 



Komuniti lorong kami ada dua group whatsapp golongan lelaki dan satu lagi group Suri Anggun gituew. Walaupun kami jarang berborak di group dan hanya muncul jika ada sebarang kemusykilan dan hal-hal yang penting kejiranan. Maklumlah masing-masing ada urusan kerjaya dan rumahtangga yang harus di dahulukan namun bila ada kesempatan sesekali berjumpa keindahan ukhuwah itu cukup mesra terjalin. 


Group lelaki bergambar 

geng Suri Anggun 

Seperti tahun-tahun yang terdahulu, majlis hari raya di bahagikan kepada dua bahagian, kaum Adam lah yang mengetuainya di mana setiap rumah akan membayar sumbangan dan di kumpulkan kemudian di bahagikan untuk menu utama dan persiapan khemah, audio dan sebagainya. Dan kami geng-geng ibu-ibu ni pula ada sumbangan potluck. Hat ni paling best lah kan bila tiba masanya macam-macam menu yang muncul di meja hidangan. Meriah sangat. 




Jom lah ana kongsikan semula disini beberapa keping foto sekitar majlis hari raya 3/1, di komuniti kediaman kami untuk kenang-kenangan. Dua terbitan tahun-tahun yang lepas pernah ana terbitkan di RAYA 2016 dan RAYA 2015  . Tahun 2018 tu ana tak dapat hadir sebab apa tak ingat dah pun hehe :) Dan ini pula untuk tahun 2019, Alhamdulillah dengan izinNya masih di berikan kesempatan untuk hadir bersama keluarga. 






Jiran comel ana, Zura dan Ieta 

suami ana, Man dan Abg Nabil 

jiran sebelah rumah Mr & Mrs Leoang pun turut hadir 

antara menu pot luck yang ada 

Menu-menu potluck raya yang menarik 


Sebagai food & lifestyle blogger ni paling suka ana nak update kat blog pastilah tentang makanan kan. Sekali lagi ana nak shared di sini beberapa menu potluck yang di bawa oleh jiran-jiran tersayang sempena majlis Hari Raya kami tahun ini. Semuanya sedap-sedap sokmo. Siapa yang bawa ana tak sempat catatlah pula dan sebenarnya ada juga yang tak sempat di rakamkan gambarnya. Apapun terima kasih buat jiran-jiran yang awesome. Korang memang best!! 



pinggan ana malam tu meriah kan mcama-macam ada 

Aiskrim buruan anak-anak pastinya 

Satay antara menu utama, serius memang sedap satay ni besar dan berlemak, I like !! 

Mee Kari by Murni salah satu menu utama juga 

tart dan puff sardin serta ketupat palas dan rendang 

pecal 

roti canai 

serabai dan kuah durian by Zura 

sedap sangat tauhu bergedil 

krim puff dan rojak buah 

pizza dan mihun goreng 

agar-agar by ana jingga :) 

Macam ana bagitahu tadi ada banyak lagi sebenarnya menu potluck yang di bawa jiran-jiran tak sempat nak ambil semua. Alhamdulillah majlis sangat meriah dan dapat di lihat penyatuan dalam sebuah komuniti kejiranan yang amat baik. Benarlah dikurniakan jiran yang baik-baik itu juga adalah salah satu rezeki yang amat di syukuri. Semoga jalinan ukhuwah dan kedamaian yang kita kecapi ini akan kekal terjalin selamanya. In Shaa Allah. 

12 Comments

  1. Sesekali jumpa dan berkumpul lain macam manis dan eratnya kan kak..itu yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sesekali berkumpul meriah sangat PC :)

      Delete
  2. Wah meriahnya :) Bukan senang tau nak jumpa kejiranan yang macam ni. Syaza nampak makanan favorite Syaza : Tauhu Bergedil! Sedapnyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu syaza, masing2 ada komitmen kerja dan rumahtangga ada kesempatan baru dapat berjumpa beramah mesra

      Delete
  3. meriahnya sambutan
    meriahnya makanan
    Semoga ukhuwah bertambah erat

    ReplyDelete
  4. Jiran cina pun datang? Mudah-mudahan dotang dapat hidayah.

    ReplyDelete
  5. Jiran sepakat membawa berkat :)
    Bagus kawasan kejiranan AJ ni, sy suka.

    ReplyDelete
  6. Seronok aktiviti macam ini..

    ReplyDelete