Selagi diberikanNya pinjaman usia ini, selagi itulah kita akan cuba memperbaiki diri hari demi hari. Dari usia kecil lagi kita di ceritakan tentang kisah kerasulan Nabi Muhammad saw , perjalanan hidup baginda, perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah Islam. Hari demi hari kecintaan ini makin kuat buat Ya Rasul. Insan yang sentiasa dirindui meski tak pernah bersua. Mengharapkan pertemuan abadi di alam kekal nanti, menggapai harapan memperolehi syafaat baginda di alam akhirat kelak.

Tak pernah jemu  menadahkan doa, menggapai impian untuk ana jejaki tanah suci bumi kelahiran baginda satu hari nanti, menziarahi Raudhah dan Kaabah, namun itu masih satu impian yang ana sendiri tak pasti bila akan di realisasikan dengan hitungan kehidupan kami masa ini. Namun ana yakin jika izinNya jua tak ada suatu yang mustahil akan terjadi, Aamiin Ya Rabb. 

Pameran Artifak Rasulullah saw dan sahabat



Bila ana dapat tahu, di PWTC sedang berlangsungnya pameran Artifak Rasulullah saw dan para sahabat, Tuhan sahaja yang tahu bergejolaknya hati, penuh harapan ingin sangat ke sana. Diceritakan di pamerkan artifak peribadi baginda Rasul dan sahabat, tak sabar rasanya untuk melihatnya sendiri di depan mata. Ana minta sangat suami bawa kan ana ke sana dan di rezekikan pula kami ke sana dengan Man, Ida dan baby Raisha. Alhamdulillah sampai ke Dewan Tun Razak 4, PWTC lebih kurang jam 6 petang. Sampai di kaunter tiket, rupanya Ida dah bayarkan tiket. Dewasa RM20 seorang, pelajar IPTA / IPTS/ STPM RM10 dan kanak-kanak RM5 sahaja. 

Bayarlah kan berapa pun untuk melihat sendiri khazanah peribadi baginda Rasul dan sahabat baginda. Alangkan belanja makan lagi kita boleh berhabis inikan pula untuk menambah kecintaan dan mengenali Nabi saw dengan lebih dekat yang mana artifak-artifak ini di datangkan dari luar negara seperti Turki, Jordan dan sebagainya, ia tersimpan di sana. Dan berpeluang ketika berada disini lah dapat kita melihatnya. 

Masuk ke dewan terdapat tour guide yang bercerita tentang artifak-artifak yang di pamerkan. Pengunjung tidak dibenarkan untuk merakam gambar atau pun menyentuh artifak. Ini kerana artifak di pamerkan telah pun berusia lebih seribu tahun. Ikut sahaja lah kiraan tahun Hijrah kita sendiri telah pun 1440 tahun. Kalau di benarkan di sentuh tak mustahil ia akan rosak akhirnya. 

Pertama kali ana melihat bentangan kiswah kain penutup Kaabah dari pelbagai zaman hingga lah yang terkini. Dapatlah di bayangkan betapa besarnya saiz Kaabah yang belum pernah ana lihat depan mata. Terdapat juga gambar keadaan di dalam Kaabah itu sendiri, replika Hajarul Aswad dan batu nya. 

Sayunya jiwa melihat lusuhnya serban hijau baginda Rasulullah saw, uzurnya sudah capal baginda dan bekas tapak kaki Rasul saw yang berpijak di atas batu. Tak tertahan mengalir airmata melihat janggut baginda dan helaian rambut baginda Rasul. Dinyatakan sekali disisi artifak bahawa ianya adalah tulen dengan pengesahan dari pihak yang bertanggung jawab menganalisis. 



Gerunnya jiwa melihat serpihan batu hitam ababil yang diceritakan di dalam Al-Quran yang memusnahkan tentera bergajah Abrahah ketika menyerang kota Mekah. Begitu juga mengamati lekukan kerosakan pada pedang-pedang panglima perang Islam seperti Amru Al'as ,Muaz Bin Jabal dan sahabat ketika berjuang dalam peperangan bersama baginda. 

Turut ana lihat replika makam baginda Rasulullah kedudukannya secara gambaran di sisi bilik Sayidatina Aisyah RA bersebelahan makam Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al Khathab RA. syukur sangat sekurang-kurangnya ana dapat melihat bagaimana keadaannya di tanah suci yang masih dalam anganan dan impian untuk ke sana suatu hari nanti. Doakan ye, semoga direzekikanNya ana ke sana nanti, Aamiin. 

Pameran telah pun berakhir Ahad 4hb Ogos 2019 dan bakal menjelajah ke destinasi lain kelak. Kalian yang cinta dan rindukan Rasulullah, ambillah peluang yang ada dengan kunjungi lah pameran seindah ini di kesempatan yang hadir. Ia bagaikan satu ujian sejauh mana cinta kita dapat di zahirkan walaupun hanya melihat tinggalan artifak baginda dan sahabat. Begitulah kalau benar kita menyintai, pasti jiwa akan bergetar walau hanya melihat tinggalan baginda. Allahu Akhbar. 

6 Comments

  1. Alhamdulillah.
    Semoga kita mendapat syafaatnya di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb itu yang kita doakan sepanjang detik waktu

      Delete
  2. Teringinya nak tengok. Tempat saya belum ada pameran seumpama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, semoga satu hari nanti Kak Mala dierikanNya kesempatan untuk melihat sendiri peninggalan Junjungan Rasul saw Aamiin

      Delete
  3. ALhamdulillah moga ada kesempatan nak pergi di masa depan kak

    ReplyDelete