Wanita dan solekan berpisah tiada. Siapa tak nak cantik kan, tapi cantik yang selamat lah semestinya. Dalam menatarias wajah setiap hari, kita sebagai wanita ni perlu lah bijak memilih solekan yang sesuai dengan wajah kita, sesuai dengan acara yang bakal di hadiri mahupun solekan asas untuk ke pejabat atau keluar bersiar bersama keluarga dan tersayang. Paling tidak pun macam ana sendiri menggunakan rutin penjagaan wajah harian seperti penyegar dan pelembab, kemudian tepek lah bedak asas dan sedikit gincu bibir. Itu ana lah yang dah berusia ni, kalau anak-anak pula rajin bersolek kalau nak keluar berjalan. Kadang-kadang ayah depa nii sempat tidur sementara menanti anak-anak gadisnya bersiap. Nasib lah yer :) 




Tapi walau bagaimana pun nak bersolek, bila sampai waktu solat, ana akan pastikan atau pesan kat anak-anak kena bersihkan solekan di wajah dan terus solat. Kebanyakan solekan ni agak sukar di tanggalkan dan bimbang tak kena air wuduk pada wajah, sebab tu mereka perlu menggunakan pembersih solekan ataupun Micellar Cleansing Water, agar solekan benar-benar hilang dari wajah sebelum mengambil wuduk. Bukan itu sahaja Micellar Cleansing Water ini juga wajib di gunakan untuk membersihkan solekan selepas balik ke rumah. Haa.. di rumah wajah tu biarlah bersih dan bebas dari solekan, kesian wajah kan asyik dilitupi solekan sepanjang hari, berilah ia bernafas gitu. 


EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water


Bercakap tentang Micellar Cleansing Water, kali ini ana nak perkenalkan dengan wanita dan gegadis semua salah satu jenama yang tak asing lagi dalam penjagaan wajah iaitu EVERSOFT™ . Mesti korang pernah dengar atau pun pernah menggunakannya sendiri beberapa rangkaian produk EVERSOFT™  ni kan ? Produk farmasi mestilah di ketahui ramai. EverSoft kini mempunyai 3 pilihan variasi Micellar Cleansing Water. Jom ana perkenalkan satu persatu dan ketahui apakah kelebihannya EVERSOFT™ Micellar Cleansing Waterdengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik.





Proses menanggalkan solekan kini lebih mesra kulit dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water. Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.

Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.




Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 




Jika korang dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, korang boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang digemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.


EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING





Jika korang mengalami kulit kering, korang mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit . Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.



EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT




Jika korang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, korang boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika korang merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah korang juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.

Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.

*Harga termasuk 6% SST.

8 Comments

  1. Macam2 dah cleanser ada di pasaran kan? Brand eversoft pun dh lama ada di pasaran. Harga dia pulak mampu milik kan kak ana. menarik cleanser ni boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nora, yang penting ia selamat di gunakan dan mudah di beli di mana2 pasaraya dan farmasi :)

      Delete
  2. Penting ni untuk tanggalkan make up 😊 kalau pakai make up tanggal tak betul kulit cepat kusam. ☺️😬😬

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing Kak Ana, berkenan pula dengan cleansing water tomato tu..

    ReplyDelete
  4. Macam nak try pulak yang ini laaa...Sis biasa guna yang korea punya tu je, yang biasa-biasa tu jer...tenkiu Kak Ana sharing ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh lah nanti SL try pula Eversoft kan :)

      Delete