Masyaa Allah, tak tahu dimana silapnya, perjalanan trafik bermula dari hari Jumaat sebelum perayaan Hari Raya Haji tahun 2019 ni memang mencabar pengguna jalanraya. Boleh di katakan sejak Jumaat, Sabtu malah ana sendiri sekeluarga balik malam raya pun masih terperangkap dalam kesesakan trafik menghala ke Teluk Intan. Bila baca status rakan-rakan di FB majoriti mengeluh lamanya terperangkap dalam jemm. Bayangkan perjalanan yang hanya mengambil masa 3 jam dari Rawang ke Ipoh, jiran ana sampai dalam masa 8 jam. Nak ke Batu Kurau sampai 10 jam sedangkan perjalanan hari biasa paling lewat pun 4 jam sahaja. Dugaan sungguh kan. Kami sendiri balik malam raya sangkat dari Behrang ke Slim River hampir sejam kat situ sahaja. 




Laluan Alternatif  Dari Teluk Intan ke  Slim River Melalui Kuala Bikam 



Bila nak balik ke Rawang semula ni, suami dah bagitau jom balik siang sikit, gerak lepas waktu Asar mana tahu semua balik serentak tak ke naya, pukul berapa pula nak sampai ye tak ? Kami gerak dari Teluk Intan lebih kurang jam 6:30 petang dan memang jarang menggunakan PLUS. Lebih selesa ikut jalan lama sebab banyak masjid atau surau boleh berhenti untuk Maghrib nanti berbanding ikut lebuhraya ni. Lagi pun lebuhraya takut sangkut jemm teruk pergerakan dari utara semua tu. Kebetulan sepupu ana dah gerak awal jadi depa update lah kat group whatsapp laluan mana yang clear. 




Sepupu ana Intan bagitau suruh masuk ikut Kuala Bikam ( Laluan shortcut Teluk Intan-Sungkai  ) terus sampai simpang keluar tu ikut kanan ke Felda Besout, jangan ikut laluan kiri seperti selalu tu nanti sangkut kat pekan Sungkai katanya. Suami pun on waze dan sama juga suruh kami ambil laluan kanan di akhir simpang Kuala Bikam nanti menuju Changkat Sulaiman, Felda Besout. Dalam beberapa KM selepas simpang Kuala Bikam tu , ada simpang 3 ada papan tanda menunjukkan laluan ke KL dan MRSM Trolak. Haa korang ikut sahaja haluan tu, ana pun tak perasan sangat sebab kami ikut arahan waze. 




Nanti dalam 10 km laluan kampung, tapi agak sunyi dan gelap juga lah kalau waktu malam, sampai lah ke lampu isyarat betu-betul depan MRSM Trolak. Ambil kanan menuju ke KL. Melalui jalan Besout 5 ni kita tak perlu melalui bandar Sungkai yang selalu sangkut jemm depan Petronas dan jambatan berhadapan nasi buloh tu. Lega sikit kan ada laluan alternatif ni. Kalau sesat korang on sahaja waze, In Shaa Allah jumpa jalan keluar. Bila sampai ke pekan Slim River boleh lah buat pilihan nak masuk hiway PLUS atau pun terus melalui jalan lama. ( google maps link )




Banyak dah shortcut dari Teluk Intan nak ke Slim River nampaknya dari sebelum ini kena melalui Bidor pun tak payah dah sejak ada jalan masuk Kuala Bikam ke Sungkai, kini kami dah tahu pula laluan tanpa masuk Sungkai dan terus ke Slim River. Cuma jalan tu kalau malam pada ana takut juga lah sunyi dan gelap kan. Sekurang-kurangnya kita dah tahu laluan alternatif sekiranya jalan jemm teruk khasnya waktu perayaan. Semoga bermanfaat kay. 

8 Comments

  1. Patutnya kalau laluan hw jem,pluss tak boleh kutip tol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya lah kan WAK tapi tak mungkin lah kan hehe :)

      Delete
  2. Hehe kitorang pernah lalu sini kak. Memang dia potong jalan. Tak yah dah nak bersesak kat pekan sungkai tu. Ingatkan kak ana tahu jalan ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau laluan besout ke kg bikam tu selalu lah kami guna Kinah ke depan lagi ni tak pernah, ni kali pertama :)

      Delete
  3. Cuti raya dan cuti sekolah sekali itu sebabnya jemm teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mein, selalunya kak ana mmg elakkan ikut hiway time gitu :)

      Delete
  4. Rasanya pernah lalu area MRSM Trolak dan Felda, Besout ni. Macam ingat-ingat lupa jalan Kak AJ share ni.

    Harapnya dgn kesusahan yg kita hadapi nak balik berjumpa org tua terutamanya diberi ganjaran oleh-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, in shaa allah, haah laluan ni betul2 depan MRSM tu dan keluar ikut kg bikam Bidor sana :)

      Delete