Pagi minggu lepas, Kak Long belanja ibunya nasi lemak bungkus. Satu bungkus berharga RM1.20. Tak lah bungkus dengan daun pisang cuma dengan alas plastik dan surat khabar di luarnya. Bila tengok sambal pun dah boleh agak sedap gak ni, cuma ana ni tak berani sangat kalau pedas dan berminyak, kuat sangat kena  gastrik laa nii. Faktor usia lah, bila dah 40 ke atas ni usia pinjaman dariNya badan cepat alah pada makanan, banyak yang dah tak boleh di terima. Apapun tetap bersyukur akan segala nikmat yang di kurniakanNya termasuklah selera dan kesihatan, sikit-sikit tu normal lah kan, jaga lah pemakanan agar tak memudaratkan diri sendiri, ye tak :) 

Balik cerita nasi lemak bungkus ni, bila ana buka adalah dalam saiz secawan kecil, ada sambal dan sehiris telur. Kalau satu bungkus tak jadi apa lah pada ana, dapat dua bungkus, Alhamdulillah boleh lah alas perut. Sedap nasinya cukup lemak dan sambal secukup rasa. Kak Long kata ni lah nasi lemak meletop bu, ada nama rupanya. 


Nasi Lemak Bungkus 




Nasi lemak bungkus ni bagaikan mengimbas kenangan lalu ketika ana masih bersekolah di Teluk Intan. Memang nasi lemak sebegini lah yang di jual ketika itu, lauk sambal ikan bilis, telur rebus dan timun dan ada juga yang letak kacang tanah goreng. Dulu harganya dalam 30 sen atau 50 sen sebungkus. Era tu kalau di Teluk Intan ni, memang tak ada lagi yang jual nasi lemak berlauk macam sekarang ni. Semua pun pesen bungkus sambal bilis tu sahaja. Sekarang ni macam-macam pilihan lauk akan, ada rendang, sambal kerang, sotong, ayam dan sebagainya. Harga pun ikut tempat ada yang masih murah dan ada juga yang berbelas ringgit sepinggan. 

Nasi lemak ni sedap pada sambalnya lah. Ana ni kalau sambal yang pedas , biji cili bertabur tu memang tak boleh nak makan. Ikut selera masing-masing kan. Ada yang suka pedas, ada yang tak. Tapi bila balik kampung, nasi lemak air tangan mak juga lah yang paling sedap di makan. Cuma kita ni tak boleh lah hari-hari nak makan nasi lemak, kena jaga juga kesihatan kan, Sedap ni sekadar di mulut je, Waallahu a'lamm.. 

6 Comments

  1. Rindu woo nasi lemak camni. sekarang jumpa kat pasar malam je.. tu pon mahal dah

    ReplyDelete
  2. Kat sini masih ada naki lemak seringgit

    ReplyDelete
  3. saya ada jumpa nasi lemak macam ni..tapi dibalut dalam kertas coklat dan daun pisang...harga rasanya rm1.50...sedap lahai....beli satu tak cukup XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sekali sekala pekena sedap juga kan Cuya

      Delete