Pertama kali ana makan nasi serai ni ketika beraya ke rumah sepupu ana Lijah di Teluk Intan. Sedap juga ada aroma serai dan memang banyak Lijah buh serai dalam menu nasi tu. Makan pula dengan daging dendeng dan ayam masak merah. Kena sangat dah kan. Boleh jadi menu masakan majlis perkahwinan gak kan. Selalunya menu makan kenduri kahwin ni nasi minyak atau nasi beriyani, apa kata lepas ni try masak nasi serai pula. Banyak lah pula nak cari serai nya hehe :) 




Balik rumah beberapa minggu lepas, saja lah nak cuba masak nasi serai ni. Tapi ana olah mengikut citarasa ana sendiri sebab ana tak nak ada rempah ratus sangat dalam nasi ni. Biar dia ringan je dan cuma nak kan aroma dari beberapa batang serai yang di ketuk dan ditumis ke dalam nasi. Hasilnya, sedap juga kata suami dan anak-anak. Alaa.. senang cerita ni versi nasi serai tak cukup bahan je la..

Bagi yang nak cuba nasi serai mudah versi anajingga dot com, meh laa ana kongsikan resepinya. 


Resepi nasi serai mudah 


Bahan-bahannya : 

~ Beras - kalau ada beras basmati lagi cun. Ana guna beras biasa dalam 3 cawan sahaja , ikutlah korang nak masak banyak mana kan, kemudian ikut sukatan airnya macam biasa yang korang masak. 

~ Beberapa batang serai - diketuk 

~ Kiub pati ayam 

~ Bawang besar - dihiris

~ Bawang putih - diketuk 

~ Planta atau minyak masak untuk menumis

Cara masak nasi serai : 




1. Panaskan minyak atau cairkan planta dan tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih. 

2. Masukkan bebeapa batang serai yang di ketuk tadi ke dalam tumisan bawang.

3. Masukkan kiub pati ayam yang di hancurkan. 




4. Masukkan beras yang telah dibersihkan dan kacau sebati seketika. 

5. Barulah masukkan air secukupnya. 

6. Ana masak dalam periuk elektrik, jadi selepas masukkan air terus masakkan dalam periuk letrik dan masak sehingga masak lah kan. 




Tengahari tu, menu nasi serai ana makan dengan kari telur, ayam masak merah dan juga acar timun atau orang kampung kami panggil jelatah. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri sentiasa. 


6 Comments