Resepi Sambal Halia Nasi Ayam
Kalau makan nasi ayam di Restoran Nasi Ayam terkenal tu, paling suka bila pilih menu Nasi Ayam Hainan kerana ada sambal halia tu. Dia bukanlah sambal sebenarnya cuma salah satu side dish untuk menu nasi ayam selain sambal cili, kicap dan sup ada juga sambal halia untuk melengkapkan hidangan. Sedap , ana dan anak-anak suka pula makan nasi ayam dengan adanya sambal halia ni. Kalau restoran Dik Non kat Batang Kali tu pun set nasi ayam dia pasti ada diberikan sambal halia ni. Ada yang kata ni set nasi ayam Hainan, ana pun tak pasti ye ke idak.
Hari tu, ana sajalah nak masak nasi ayam kat rumah, teringat pula nak sertakan sambal halia ni dalam menu nasi ayam ana. Hasil dari carian di internet, dapatlah resepi dan cara nak buat sambal halia ala nasi ayam Hainan ni, tapi bukan lah original nasi ayam Hainan kerana ayamnya ana grill dalam oven. Ni resepi caca marba lah kiranya, ikut sesedap rasa je. Yang ana nak kongsikan di sini cuma resepi dan cara buat sambal halia tu. Mana lah tahu ada juga yang nak mencuba macam kami kan. Senang sangat rupanya tak perlu di masak pun.
Resepi Sambal Halia Nasi Ayam
Bahan-bahan yang diperlukan :
Halia - ikut banyak mana yang di perlukan dalam 1 inci pun cukup kalau nak sedikit sahaja sambalnya
Bawang putih - 2 ulas
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
Hirisan daun bawang ( tak ada pun tak apa )
Cara masak sambal halia nasi ayam
1. Blenad atau tumbuk lumat halia dan bawang putih. Campurkan air sedikit .
2. Tapis dan buang airnya .
3. Masukkan garam , kacau rata.
4. Panaskan minyak masak, bila dah betul-betul panas, tuangkan ke dalam campuran halia tadi.
5. Taburkan daun bawang dan sedia untuk di nikmati bersama nasi ayam ala-ala Hainan, gituew :)
Selamat mencuba .
2 Comments
Betul kak ana. Sambal halia ni kena ada kalau tak tak lengkap nasik ayam tu. tp jarang al jmpa kedai yg bg sambal halia ni
ReplyDeleteada sesetengah kedai nasi ayam sahaja yang ada sambal halia ni kan MM :)
Delete