Kalau yang mengenali ana di social media mesti perasan kan, ana ni peminat bawal. Walaupun pelbagai era dan jenis tudung muncul tapi hati tetap pada bawal. Bukan apa, pertamanya ana ni tak pandai nak berbelit-belit dan cepat rasa rimas. Dengan bawal ni mudah sangat tak perlu belit-belit dah pin je mana yang patut dah siap.

Tapi kebanyakan tudung bawal ni memang perlu di gosok sebelum di pakai. Jangan silap gosok boleh naik darah di buat nya, ye lah sat lagi awning tak jadi mula lah stress kan hehe :) Wanita yang minat bawal ni sebenarnya nak sembunyi kan wajah yang bulat macam ana ni lah. Awning yang cantik dapatlah berikan kesan wajah yang tak berapa nak bulat akhirnya.




TiaraScarf.BeClassy - Gedung tudung bawal ironless 



Rupanya sekarang ni dah ada bawal yang anti kedut , yang tak perlu di gosok sebelum memakainya. Ana pun baharu sahaja mencuba tudung bawal ironless ni dari TiaraScarf.BeClassy . Tapi bukan ana yang rasmi kan, ana hadiahkannya untuk Adik Ika. Mudah lah sebab Adik Ika ni jenis easy going budaknya. Nak cepat je , nak-nak lagi kalau nak kelas kan. Ana bagi dia try sehelai dahulu TiaraScarf.BeClassy ni kalau serasi nanti bolehlah tambahkan koleksinya.




TiaraScarf.BeClassy ni hadir dalam pelbagai corak dan design terbaharu setiap bulan katanya. Makna nya boleh lah shopping tudung bawal ironless ni selalu sebab designnya bertukar-tukar. Iron less ni bermaksud tak perlu di gosok lah kan. Buka je plastik dah boleh terus pakai. Ia di buat dari fabrik Ciffon Korea dan sangat lembut namun boleh sahaja di bentuk naa... Jangan risau.




Tengok Adik Ika pakai semalam seharian dengan tudung TiaraScarf.BeClassy ni.ketika kami ke majlis wedding reception kemudian sampai petang di Balai Seni Lukis Negara. Alhamdulillah elok jer kejadiannya. Warna-warna pilihan pun sangat lembut dan sejuk mata memandang, tak lah terlalu serabut pada wajah dan mudah di gaya padankan dengan pelbagai corak dan fesyen pakaian. Bidang 45 dan boleh sahaja korang nak ikat ikut cara apa pun, ia mudah dibentuk dan mengikut serta beralun, gituew.




Haa.. sekiranya korang tinggal di Shah AlamTiaraScarf.BeClassy ni boleh sahaja COD ke kawasan kediaman korang dan kalau nak pos pun tak ada masalah kerana mereka boleh sahaja pos kan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Stok pun selalu habis kata Puan Roza, agen sah di Shah Alam. Jap!! Sebelum lupa, TiaraScarf.BeClassy sedang mencari mini agent dan juga dropship, kalau berminat boleh lah hubungi TiaraScarf.BeClassy di wasap.my/601121934980/tiarascarfbeclassy .




Korang boleh lah follow di Instagram @tiarascarf.beclassy/ untuk mengikuti design-design baharu yang akan di update setiap bulan , In Shaa Allah. Rugilah kan tak follow nanti terlepas pula design-design yang cantik nak di miliki. 





Meh tengok ni comel-comel dan nampak selesa meraka yang pernah menggayakan tudung bawal anti kedut dari TiaraScarf.BeClassy ni kan.. korang tak teringin ke :) 







7 Comments

  1. Minat tudung bawal juga sebab banyak variasi cara boleh digayakan :)

    ...

    ReplyDelete
  2. suka betul bila ada caption ironless. Jab g miza nak terjah Ig dorang boleh buat pakai pergi kerja. Tq kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa memang tu lah kan kalau boleh semua nak ironless , terjah miza order je kalau dah berkenan tu :)

      Delete
  3. Pakai bwal lagi onzz dari shawl. Tapi malasnya nak gosok aihhh.. Kalau dapat yang ironless memang best.

    ReplyDelete