Banyak ana terbaca perkongsian di media sosial tentang pokok-pokok di sekitar kediaman kita yang baik untuk kesihatan kucing. Patutlah kalau kita tinggal di kampung, kucing-kucing kampung ni suka merayap dan bermain dengan pokok-pokok di sekitar. Sebenarnya dari pembacaa ana di blog, kucing-kucing ini kalau sakit mereka akan keluar mencari dan makan rumput untuk mengubati sendiri . Begitulah kebijaksanaan Allah swt yang mencipta kan setiap kejadian di muka bumi nya ini. 

Selalu ana tengok sendiri kadang-kadang kucing ni makan rumput kemudian mereka muntahkannya semula. Mak pernah bagitau kucing ni makan rumput sebagai ubat mereka. Allah swt memberikan akal untuk mereka bertindak mengubati diri sendiri bila tak sihat. Subhanaallah. 






Pokok galak kucing 


Satu daripada tumbuhan atau pokok yang ana tahu baik untuk kesihatan kucing jika sakit ini ialah pokok galak kucing atau kucing galak. Ana sendiri tak pernah lihat depan mata tapi pernah terbaca ada kucing yang sakit teruk bila di berikan pokok galak kucing di letakkan di sekitar mereka, dengan izin Allah swt, kembali sihat dan bertenaga. Dari perkongsian tersebut juga menyatakan akar pokok galak kucing ni yang akan di hidu oleh si kucing kemudian memberikannya tenaga. 

Memandang kan ana sendiri belum pernah melalui pengalaman mengenainya, tak tahu nak cerita kan bagaimana tapi bolehlah cari di internet perkongsian mereka yang pernah melaluinya sendiri. Menurut terbitan di https://marynsnowy.wordpress.com/2017/12/22/pokok-galak-kucing-untuk-kucing/ menyatakan khasiat pokok galak kucing antaranya ialah menambah tenaga kucing, mengubati masalah pencernaan kucing, merawat kesihatan kucing yang sakit, menghilangkan stress dan menggembirakan kucing-kucing. Teringin pula nak cari benih pokok galak kucing ni dan tanam di rumah kan. 


Selain pokok galak kucing ni, rumput juga salah satu sumber ubatan buat kucing secara semulajadi. Kucing akan makan rumput dan muntahkannya semula. Rumput di bawah ni antara yang selalu ana lihat di makan oleh kucing-kucing di kampung mahupun di rumah ana ni sendiri. Kemudian mereka akan muntah semula. Kadang-kadang ada kesan muntah di parkir kereta di hadapan rumah cairan bercampur rumput. Mak ana kata ia bagaikan kaedah membersihkan usus depa lah, ye atau tidak tu waallahu a'lam. Mak bercakap atas pengalaman hidupnya sahaja yang sangat rapat dengan alam dan kucing. Pasti ada penjelasan saintifik untuk info yang lebih jelas kan. 



Bila ana cari di internet, rupanya siap ada dijual rumput untuk makanan kucing ni, grass pet namanya. Amboi, kan main kan. Alhamdulillah di rumah ni depa duk makan lah mana-mana rumput kat laman tu dan muntah balik. Jimat belanja, depa pun faham dan berdikari sendiri lah tu, tahu mama depa tak mampu nak beli rumput mahal, makan je lah rumput yang ada ye.. hehe :) 

Apapun begitulah khazanah alam yang kaya dan bermanfaat buat penghuni dunia dari pelbagai makhluknya. Setiap kejadian dan ciptaanNya tidak ada yang sia-sia pasti ada sebab kewujudannya, sama ada kebaikan sesama penghuni alam. Namun manusia lah yang paling banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dengan kerakusan tangan-tangan mereka sendiri. Alam ni perlu ada perkongsiannya sesama makhluk bukanlah kita sahaja yang bisa mentadbirnya sesuka hati. 

6 Comments

  1. Grass pet tu patut la kucing suka sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun baru tahu ada jual grass pet ni ain hehe :)

      Delete
  2. Sebab tu kalau banyak bela kucing, rumput di sekeliling rumah jangan diracun

    ReplyDelete
  3. Rumah Zumal pokok kucing galak ni selalu tumbuh. Memang pernah tengok kucing berebut nak makan.

    ReplyDelete
  4. nak sikit sape yg ada pokok kucing galak tu.

    ReplyDelete