Embah Jid & Joget Kuasa Cinta - Nafas Baharu Irama Malaysia 2020

Di ketika ini , negara  kita agak kurang penyanyi yang berminat untuk mengembalikan semula keindahan muzik dan lagu dalam kategori irama Malaysia. Pada ana sendiri, yang jiwa kemelayuan yang agak kuat dalam diri, amatlah suka pada alunan dan kemerduan lagu-lagu irama Malaysia ini. Dari sekolah rendah lagi, jiwa seni dalam tarian irama Melayu khasnya zapin, joget atau inang dah sebati dalam diri. Di bawah didikan cikgu tarian kami, dahulu memang setiap tahun akan mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah. 

Kini tak semua anak muda boleh menyampaikan lengguk lagu dalam keindahan seni irama Malaysia dengan begitu asli dan baik sekali. Lagu irama Malaysia ni ada seni yang tersendiri dengan lunak dan kelembutan serta iringan muzik nusantara mesti pun di moden kan tetap akan zahir keaslian iramanya. Agar ianya tidak akan terus tenggelam, perlu untuk anak muda mengenali dan meneruskan kesinambungan irama muzik dan tarian Irama Malaysia ini agar terus kekal di nusantara. Dan terbaharu yang ana nak kongsikan dengan pembaca hari ini ialah kemunculan seorang lagi pencinta seni lagu dan tarian Irama Malaysia yang berhasrat untuk mengetengahkan semula kemasyuran Irama Malaysia. Jom kita berkenalan dengan EMBAH JID.. Siapa kah EMBAH JID ni ?? 




SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK?





Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID". Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".




KENAPA EMBAH JID???

*Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah




PROFIL EMBAH JID :-

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga 
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga 
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga  
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL  
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga 
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 




Dari profile Embah Jid ni dapat kita simpulkan kita harus  berasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".




LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA




Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.





Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia. Warisan etnik kreatif kita perlu lah digilap semula agar tidak lapuk ditelan zaman. Anak-anak muda macam kita ni perlu tahu wujudnya lagu irama Malaysia. 



Ikuti perkembangan terkini EMBAH JID di 

PROFIL EMBAH JID :




Embah Jid & Joget Kuasa Cinta - Nafas Baharu Irama Malaysia 2020 Embah Jid & Joget Kuasa Cinta - Nafas Baharu Irama Malaysia 2020 Reviewed by Ana Jingga on September 23, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Wahh dulu kak ana aktif ye. Bukan senang nak lengguk badan. Hehe. Semoga embahjid dpt menarik minat ramai ank muda zaman skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa sekolah rendah Ena hehe :) laa nii keras dah kut :)

      Delete
  2. semoga lagu2 irama Malaysia terus bertahan..moga Embah Jid akan dpt melahirkan generasi muda yg berminat utk mempelajari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Atie mudah-mudahan irama Malaysia terus berkumandang

      Delete

Powered by Blogger.