Ini bukanlah kali pertama ana buat donut kampung ni, dah pernah try buat beberapa kali dan boleh lah untuk makan sendiri kata orang. Tapi baru-baru ni , ana balik kampung arwah mertua di Kuala Lipis, Pahang, adik ipar ana, Fiza ada kongsi resepi donut versi dia. Katanya hat ni paling senang nak buat sebab tak perlu tunggu sampai yis naik baru nak masuk tepung. Cara Fiza ni kita boleh masukkan semua bahan dan tunggu yis naik sekali jalan je. 

Haa.. Menarik kan. Sebab sebelum ni, kalau ana buat donut kena tunggu yis naik 2 kali ganda baru boleh masukkan tepung, pastu tunggu lagi sekali yis naik pula, baru boleh uli dan adunkan donut. Penat juga tu. Dan apa yang Fiza ajar kan ni nampak mudah dan menjadi juga resepi nya. Donut pun naik comel, gebu geban dan lembut dalam nya. Alhamdulillah. 





Macam selalu ana terbitkan semula di sini untuk rujukan masa depan, gitueww!! Sambil-sambil tu boleh lah share2 untuk mereka yang sedang mencari resepi donut mudah, cepat tapi tetap gebu. Donut kalau tak gebu tu bukan donut lah namanya kan. Terima kasih makdik ajarin kakak ipar mu, resepi ni. Pas ni guna resepi hat ni sahaja lah kan, dah mudah dan sedap. 

Resepi donut mudah 




Bahan-bahan : 

2 cawan tepung gandum
1 sudu ovalette 
3 sudu susu pekat
1 sudu marjerin 
separuh paket yis mauripan
secubit garam
Gula untuk sadur donut 

Cara buat donut  :


1. Satukan kesemua bahan di atas dan adunkan sehingga menjadi seperti serbuk roti. 

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat satu adunan doh. Adunan doh donut ni masih melekat di tangan ye sebab kita perlukan kelembapan adunan untuk yis naik. 

3. Perap adunan di dalam suhu bilik sehingga adunan naik 3 kali ganda saiz asal. 

4. Bila adunan dah naik, boleh lah mengulinya seketika sehingga kenyal. 

5. Rehatkan seketika dalam 1/2 jam lagi sehingga doh naik sekali lagi. 

6. Taburkan papan pencanai dengan tepung gandum dan boleh lah terapkan adunan doh. 

7. Potong donut dengan acuan pemotong donut dan biarkan ia naik seketika. Kalau tak ada acuan donut, pandai-pandai lah nak bentuk kan donut ye, guna kan kreativiti dengan bahan yang ada di dapur tu :) 

8. Panaskan minyak, gorenglah donut sehingga naik gebu-geban. 

9. Sementara itu bolehlah blend kan gula atau pun gunakan gula halus untuk menyadur donut. 

Siaplah satu resepi donut mudah tapi lembut. Sedap di makan menu petang dan panas-panas lah kan. Selamat mencuba. 

8 Comments

  1. Mudah ni..sebab tak perlu tunggu beberapa step kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi ni mudah nampaknya PC tapi still kena tunggu naik juga lah hehe :)

      Delete
  2. tiba tiba macam mau makan donut

    ReplyDelete
  3. Donut ni kan org kata ( kasar sikit dengar) tenyeh dgn kaki pun jadi. Tu bahasa manager tempat kak kerja satu masa dulu. Tapi dgn kak tak mau menjadi. Satu hari nak try juga sampai jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha :) betul kak , kadang-kadang tak berani mau jadi juga kan :) kalau cuaca sejuk pun lambat naik adunan nya hehe :)

      Delete
  4. boleh try resepi kak ana ni.. tggu tangan ok sikit..

    ReplyDelete