Jujur ana katakan mungkinlah atas faktor usia yang kian meningkat yang di pinjamkan Allah swt ni, ana dan suami amatlah jarang menonton tv di rumah. Boleh di katakan tak on pun tv tu sepanjang hari. TV hanya berbunyi bila anak-anak balik cuti sem atau cuti hujung minggu. Itu pun depa sendiri jarang menonton juga banyak masa streaming internet dan youtube. Sudahnya setiap bulan kami bayar bil bulanan Astro tanpa tontonan.

Suami duk kata dah bagaikan satu pembaziran sangat lah kan bayar seratus lebih tapi tak ada orang nak tengok, suami cadangkan untuk kami menamatkan sahaja lah langganan Astro, jimat juga lah kos komitmen, boleh hala ikut lain pula kan. Ana pun hubungilah Astro untuk menamatkan langganan di talian 03-9543 3838 . Macam biasa lah mana-mana hotline pun bila call, tekan sana tekan sini sehinggalah di sambungkan kepada pegawai khidmat pelanggan.





Bila ana nyatakan hasrat untuk menamatkan langganan, pegawai bertugas menawarkan kepada kami untuk bertukar kepada Astro NJOI dengan hanya sekali bayaran sahaja berjumlah RM15.90. ( ana tak pasti sama ada ini harga semasa atau ada tawaran istimewa untuk tempoh tertentu, sila hubungi Astro untuk pengesahan ) .  Ermm!! Ana siap tanya lagi tu, tak ada bil tambahan ke lepas ni sebab sebelum ni ana di fahamkan kos untuk pemasangan NJOI adalah lebih kurang RM400 juga kan. Tak ada jawab cik adik manis , cuma RM15.90 sahaja kerana rumah telah ada peralatan lengkap Astro cuma kos untuk software sahaja.

Cara bertukar dari langganan Astro kepada NJOI 


Ana bincang semula dengan suami, daripada tak ada channel langsung kira okay sangat lah kan adanya NJOI ni. Sudahnya tak ada siapa nak tonton pun benda tak perlu di bayar. Ana hubungi sekali lagi dan pihak Astro meminta untuk kami jelaskan bil semasa terakhir langanan dan tambah kan RM15.90 . Dalam masa dua hari, proses penukaran akan dilakukan.





Selepas membuat pembayaran, ana tunggu lah dua hari tapi masih belum ada penerimaan siaran. Kali ini ana cuba pula hubungi mereka melalui live chat di www.astro.com.my . Berbual melalui live chat dengan pegawai khidmat pelanggan ni pun sama juga lebih mudah dan cepat. Rupanya dalam masa 24jam lagi kena tunggu. Tak pe kita tunggu sahaja lah, no problem.

Cara menghubungi Astro 


Dan akhirnya pagi semalam, ana dah boleh menonton siaran di Astro NJOI ni. Walaupun tak banyak pilihan channel tapi boleh lah kan, asal ada. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya bila ada tetamu boleh lah on TV hehe. Bagi korang yang ingin menghubungi Astro untuk sebarang urusan dan pertanyaan di bawah ini ana sertakan beberapa cara :

1. Hubungi melalui panggilan telefon di 03-9543 3838

2. Live Chat di www.astro.com.my/contactus 

3. Twitter di www.twitter.com/astroline

4. Facebook : www.facebook.com/Astro

5. Self portal di www.astro.com.my/selfservice




44 Comments

  1. oo mudah aje caranya tq ye sharing

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Daripada membazir tiap² bulan bayar tanpa ditonton.. Elok terminate je. Njoi lagi berbaloi... Sekarang senang... Dengan data yang banyak yang pihak telco tawarkan... Ramai yg prefer menonton secara online je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu lah fiza, mana yang boleh jimat kita jimat kan ye tak :)

      Delete
  3. Replies
    1. jimat habis dah tu WP tak yah bayar bil dah hehe :)

      Delete
  4. Iye jugakkan. Takde sape nak tengok baik tukar.. Jimat sikit. Janji ada siaran dan boleh tengok berita kan kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu lah Kinah jimat lah seratus lebih sebulan hehe :)

      Delete
  5. Kalau tiada bosan, kalau ada jarang pulak tengokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah AJ, tapi kak ana ni jenis dah tak layan tv dah hehe :)

      Delete
  6. Tapi njoi kalau ada promosi free mcm skrg ni tak dpt la semua siaran hehe. Tapia da sikit2 tu dah okay dah. tak tertengok pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sekarang ada promosi free semua channel kan kat astro dua minggu :)

      Delete
  7. Owh.. murahlah pertukaran astro ke njoi.. Sebelum nie nak pasang je beratus.. Sudahnya Sha pakai myfreeview je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Sha, banyak alternatif lain sekarang ni untuk tontonan kita :)

      Delete
  8. tengah promoto kot kak? yelah sekarang ada beberapa negeri kan dah berhentikan siaran tv analog dan cuma siaran tv digital je dapat tengok. Kalau pasang njoi sekali bayar je. Kira murah sangat tu 15.90 selalunya rm300 lebih tak silap dana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana di fahamkan harga ni sebab kak ana dah ada peralatan astro seperti piring dan dekoder tu yang cuma bayar harga pertukaran software je Dana :)

      Delete
  9. Saya dah lama guna njoi, sebabnya susah nak dpt siaran yg berkualiti kalo pakai arial tv yg biasa, nak2 tv nipis tu lagilah tak dpt channel masa tu, rasa dah 8 tahun kot kami guna njoi., kalo sesekali nak tonton channel berbayar just beli topap dia boleh dpt nak rm10 ke, rm20, rm30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Azimah tu lah kalau teringin ke anak2 balik bercuti ke boleh top up langganan kan :)

      Delete
  10. Dah lama tak tengok tv rasa kalau ada rezeki nak beli tv la

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli tv kena beli dekoder sekarang ni zumal semua siaran secara digital dah kan hehe :)

      Delete
  11. pada masa akan datang TV sudah tidak perlu lagi.

    yang ada mungkin HP sebesar TV supaya boleh menonton TV di mana sahaja berada hehehe

    ReplyDelete
  12. TQ info nya AJ.. teringin juga nak tukar ke NJOY ni..cuma tulah bila terfikir agak leceh nak berurusan terus tak jadi.. rupanya senang ja kan prosesnya..
    lepas ni nak cuba lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye atie, mula2 memang susah betul nak tembus talian astro ni semua bercakap dengan robot, baru ni je dapat thru dengan mudah melalui panggilan mahupun live chat tu :)

      Delete
  13. macam saya sekarang ni mmg tv tu perhiasan je. mmg tak bukak dah melainkan kalau family datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sama lah kak ana pun aerill tu yang sudahnya tukar kepada njoi dah jimat duit hehe :)

      Delete
  14. samalah kat rumah ni pun tukar ke njoi ..x larat bayar ratus2 orang tontonya x de. kurang nak tonton tv kak ana. asalkan internet kena ada hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann gitu lah Wani,kalau ada yang nengok tak kisah sangat kan :) ni bayar saja sudahnya :)

      Delete
  15. nak tukar tapi tulah rumah ni ramai kaki bola

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak leh tukar kalau macam tu Sal sebab ada yang menontonnya :)

      Delete
  16. masih setia denga Astro..tiap2 mlm layan cite korea kat on demand :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu terasa gak JM tapi bila fikir dah tak ada siapa nak tonton tekad tukar terus hehe

      Delete
  17. I really happy found this website eventually. Really informative and inoperative, Thanks for the post and effort! Please keep sharing more such blog. Searhching the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

    ReplyDelete
  18. Lepas potong Astro ingatkan nak tukar ke NJOI tapi guna aerial biasa je lah sebab takde siapa pun nak tengok TV dekat rumah. Mudah rupanya proses dia. Boleh kot try lepasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni semua siaran dah digital FJ aerial biasa dah tak leh terima dah hehe :)

      Delete
  19. Nice sharing kak . Saya dalam proses nak cut cost expenses . Astro bayar saje bulan-bulan . Tak tengok pun . Bile family datang melawat baru la ada function tv tu kat rumah nie . Heheheh . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah macam tu lah juga dengan kak ana Suhana sebab tu tukar je kepada Njoi bebas dari bil dah :)

      Delete
  20. bagus sharing ini, dh lama nk tukar dok tangguh bayar bulan2 dh boleh jimat 1k..

    ReplyDelete
  21. baru convert dan caj penukaran naik kepada rm50. buat duit sungguh astro ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke, mungkin masa saya tukar tu masih dalam harga promosi tapi tak apalah pas ni dah tak perlu bayar apa2 kan :)

      Delete
    2. Sama la.. Baru tukar.. Pakai astro dri tahun 2004..Rm50 ringgit conversion fee.. Tp dh tunggu 3 hari bekerja.. Xdpt lagi siaran njoi nih.. Adeh

      Delete
  22. Saya pun pengguna Njoi.. sebab guna Njoi, sama dgn kenapa AJ hentikan langganan Astro... sekarang, saya sendiri lebih banyak melayari internet berbanding tonton tv... tambahan lagi husband yang lebih gemar tonton movie guna hardisc... hahaha berbaloi² la guna Njoi... Tapi Njoi ni pun rajin jugak buat promosi dan paksa kita bayar bulan² tu.. hehehe... kami sentiasa tolak tawaran tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. ada njoi pun jarang gak tonton tv :)

      Delete