Jujur ana katakan mungkinlah atas faktor usia yang kian meningkat yang di pinjamkan Allah swt ni, ana dan suami amatlah jarang menonton tv di rumah. Boleh di katakan tak on pun tv tu sepanjang hari. TV hanya berbunyi bila anak-anak balik cuti sem atau cuti hujung minggu. Itu pun depa sendiri jarang menonton juga banyak masa streaming internet dan youtube. Sudahnya setiap bulan kami bayar bil bulanan Astro tanpa tontonan.

Suami duk kata dah bagaikan satu pembaziran sangat lah kan bayar seratus lebih tapi tak ada orang nak tengok, suami cadangkan untuk kami menamatkan sahaja lah langganan Astro, jimat juga lah kos komitmen, boleh hala ikut lain pula kan. Ana pun hubungilah Astro untuk menamatkan langganan di talian 03-9543 3838 . Macam biasa lah mana-mana hotline pun bila call, tekan sana tekan sini sehinggalah di sambungkan kepada pegawai khidmat pelanggan.





Bila ana nyatakan hasrat untuk menamatkan langganan, pegawai bertugas menawarkan kepada kami untuk bertukar kepada Astro NJOI dengan hanya sekali bayaran sahaja berjumlah RM15.90. ( ana tak pasti sama ada ini harga semasa atau ada tawaran istimewa untuk tempoh tertentu, sila hubungi Astro untuk pengesahan ) .  Ermm!! Ana siap tanya lagi tu, tak ada bil tambahan ke lepas ni sebab sebelum ni ana di fahamkan kos untuk pemasangan NJOI adalah lebih kurang RM400 juga kan. Tak ada jawab cik adik manis , cuma RM15.90 sahaja kerana rumah telah ada peralatan lengkap Astro cuma kos untuk software sahaja.

Cara bertukar dari langganan Astro kepada NJOI 


Ana bincang semula dengan suami, daripada tak ada channel langsung kira okay sangat lah kan adanya NJOI ni. Sudahnya tak ada siapa nak tonton pun benda tak perlu di bayar. Ana hubungi sekali lagi dan pihak Astro meminta untuk kami jelaskan bil semasa terakhir langanan dan tambah kan RM15.90 . Dalam masa dua hari, proses penukaran akan dilakukan.





Selepas membuat pembayaran, ana tunggu lah dua hari tapi masih belum ada penerimaan siaran. Kali ini ana cuba pula hubungi mereka melalui live chat di www.astro.com.my . Berbual melalui live chat dengan pegawai khidmat pelanggan ni pun sama juga lebih mudah dan cepat. Rupanya dalam masa 24jam lagi kena tunggu. Tak pe kita tunggu sahaja lah, no problem.

Cara menghubungi Astro 


Dan akhirnya pagi semalam, ana dah boleh menonton siaran di Astro NJOI ni. Walaupun tak banyak pilihan channel tapi boleh lah kan, asal ada. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya bila ada tetamu boleh lah on TV hehe. Bagi korang yang ingin menghubungi Astro untuk sebarang urusan dan pertanyaan di bawah ini ana sertakan beberapa cara :

1. Hubungi melalui panggilan telefon di 03-9543 3838

2. Live Chat di www.astro.com.my/contactus 

3. Twitter di www.twitter.com/astroline

4. Facebook : www.facebook.com/Astro

5. Self portal di www.astro.com.my/selfservice