Menu kesukaan kanak-kanak - Pasta ayam keju

Kak Long balik hujung minggu lepas, dia keluar tahu-tahu beli pasta bentuk corak-corak tu. Katanya comel sangat bu, tu sebab kak long beli . Boleh pulak macam budak bertuah ni. Dah tu beli pasta semata ermm.. anak..anak. Macam-macam karenah. Rupanya tu kid's pasta dari Prego. Dia kata teringin nak makan mac & cheese. Tapi ana tak berapa suka pasta jenis kering ni, jadi ana pi pasaraya dan cari bahan buatkan kuah. 




Menggunakan Prego tin kuning iaitu Cheese & Herbs, ana olahkan jadi pasta ayam berkeju. Janji basah atau berkuah barulah kena dengan selera ana. Lebih kurang sos carbonara je cuma kita tak menggunakan sos Prego carbonara sebaliknya Cheese & Herbs yang lebih rasa kejunya. Jadi, tak perlu tambah keju dalam menu ni. Jom ana kongsikan resepi pasta ayam berkeju yang simple ni. Ana yakin pasti kanak-kanak menyukainya kan.. 


Resepi pasta ayam dan keju:





Sepeket pasta - pasta jenis apa pun boleh ikut citarasa masing-masing
Dada ayam - potong dadu
Brokoli
Cendawan butang
Lobak merah
Sos Prego Cheese & Herbs ( tin kuning)
Bawang besar
Bawang putih
Lada sulah
Garam

Cara masak pasta ayam berkeju : 

1. Pasta di rebus dan toskan.




2. Semua sayuran dan bawang di potong dadu dan kecil2 untuk senang di makan.




3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.

4. Masukkan ayam dan lobak merah.

5. Masukkan brokoli dan cendawan butang.

6. Masukkan se tin sos Prego Cheese & Herbs




7. Tambahkan 1 tin air.

8. Kacau sebati.

9. Rasakan dengan lada sulah dan garam secukupnya.

10. Masak hingga mendidih.




Boleh dimakan berkuah atau gaulkan terus pasta ke dalam sos tadi.





Video masakan boleh lah korang tonton di sini :




Selamat mencuba :) 
Menu kesukaan kanak-kanak - Pasta ayam keju Menu kesukaan kanak-kanak - Pasta ayam keju Reviewed by Ana Jingga on October 12, 2019 Rating: 5

5 comments:

  1. WOW NAMPAK SEDAP SGT TU ANAK2 MESTI SUKA ...BENTUK PASTA PUN CANTIK

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu. nak try la nanti.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa!
    colourful sgt.. menarik minat ank2 nk mkn ni..
    kite yg dewasa ni pon tertarik! haha

    ReplyDelete
  4. alamak ni salah satu feveret kitewww jugak ni kak anaaaaaa nyummmmmmy hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa.. boleh try utk anak nti.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.