Bagi warga kota dan sekitar Selangor ni pasti lah kenal sangat dengan kedai serbaneka myNEWS yang banyak cawangan nya di sekitar KL dan Selangor. Selalunya ia berada di gedung-gedung membeli belah dan juga hentian utama pengangkutan awam kan. Pelbagai produk di jual di myNEWS ni seperti makanan ringan, minuman,majalah, surat khabar dan sebagainya. 




Dan.. kalau korang nak tahu, sekarang ni myNEWS mart ni pun dah ada menyediakan menu-menu popular dari Jepun untuk pelanggan mereka. Al maklumlah kan, makanan ready-to-eat Jepun sekarang ni menjadi pilihan pelanggan khasnya penggemarnya lah. Jadi tak perlu risau lagi kerana pelbagai menu seperti onigiri, bento, minuman panas dan sejuk dan juga roti dan sandwich boleh sahaja di beli dari mana-mana cawangan myNews berhampiran dengan harga yang amatlah mampu beli, gituew.





myNEWS kini ada pilihan menu inspirasi dari Jepun 






Pada 2 hb Oktober 2019 yang lepas, ana sendiri berpeluang hadir ke majlis pelancaran FOOD PRODUCTION CENTRE untuk JAPANESE-INSPIRED-READY-TO-EAT ni bertempat di Ibu Pejabat myNEWS sendiri di Kota Damansara, Selangor. Ia merupakan pusat penyediaan pengeluaran makanan berinspirasi dari Jepun dengan jaminan penghasilan produk makanan yang berkualiti tinggi, bersih dan segar. Ia adalah di bawah subsidari myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd yang akan membekalkan pelbagai menu makanan sedai di makan atau Ready-To-Eat ke kesemua 600 cawangan myNEWS mart seluruh negara. 






Menurut Group CEO myNEWS Holdings Berhad, Mr Dang Tai Luk " Untuk membekalkan menu makanan Jepun dengan kualiti dan standard sebenar, mereka perlukan kepakaran dari Jepun sendiri untuk menyelia mutu pengeluarannya," .Mr DANG menambah, "Kami mahu para pelanggan kami mempunyai pengalaman serupa dengan kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand, di mana pelanggan boleh berjalan, mencari dan menikmati apa yang mereka mahu," 








Kini warga kota boleh lah menikmati menu-menu asli citarasa Jepun seperti onigiri, bento, pelbagai pilihan roti dan sandwich serta minuman panas dan sejuk di myNEWS' MARU CAFE.. Tidak di lupakan juga menu tempatan seperti nasi lemak dan laksa, serta mee kari dan sebagainya. 







Selain itu, myNEWS mempunyai kad membership atau kad keahlian. Turut boleh digunapakai ialah aplikasi myNEWS Malaysia . Denagn apps ni, myNEWS dapat menghargai pelanggan mereka melaui loyalty programe di mana pelanggan akan mendapat POINTS untuk pelbagai ganjaran.  Muat turun dan daftarkan di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids.





Bukan setakad beli dan makan di cawangan myNEWS mart sahaja kini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang malas nak keluar rumah, myNEWS DASH merupakan perkhidmatan penghantaran makanan secara online yang akan menghantar terus pesanan makanan ke depan pintu rumah korang. Jadi untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk makanan berinspirasikan menu Ready-To-Eat Jepun serta myNEWS DASH ni silalah layari ke laman web : www.mynews.com.my 








Untuk keraguan tentang status Halal menu makanan Ready-To-Eat myNEWS boleh baca sendiri penerangan di bawah ini merujuk sumber : http://www.mynews.com.my/


klik untuk besarkan foto 

15 Comments

  1. wah..siap ada delivery.
    nak bersaing dengan pasaran semasa, memang kena buat perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ujie sekarang ni mudah semua pun boleh delivery :)

      Delete
  2. Bestnya dah banyak makanan Jepun available dekat MyNews. Boleh la beli onigiri lepas ni. Katanya roti dia pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah FJ peminat makanan jepun kan, mudah dah nak beli ke myNews sahaja lah kan :)

      Delete
  3. PENGGEMAR MAKANAN JEPUN TAK SUSAH NK DAPATKANNYA DATANG SAJA SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu lah kan Paridah mudah nak makan dah :)

      Delete
  4. wah bestnya! kt tempat saya ni mcm susah nak cari mynews ni.

    ReplyDelete
  5. selalu ada kat mall2 kan aerill :)

    ReplyDelete
  6. syurga makanan ni kalo gi sini. Sedar tak sedar boleh berhabis banyak juga ni.Semua makanan sini betul2 sedap dan murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena singgah time betul2 nak makan je ina :)

      Delete
  7. family mart dah ada saingan. hehe. nanti nak try la kopi maru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu la dia Sal, dah ada pilihan dah untuk pengguna kan :)

      Delete
  8. fav kedai mynews ni..suka kedai die mcm mcm ade..excited nyer ada delivery dah

    ReplyDelete