Nostalgia Hospital Lama Teluk Intan

Terjumpa sekeping foto usang yang cukup menggamit nostalgia silam. Alhamdulillah ana pernah melalui layar kehidupan di era itu. Lama amat lama rasanya malahan kisahnya pun dah tak berapa elok dalam catatan memori, namun masih berbaki lalu ana ceritakannya semula di sini. Inilah dia gambar Hospital Daerah Teluk Intan yang asal sebelum wujudnya Hospital Daerah Teluk Intan yang baharu di Jalan Changkat Jong yang hanya lebih kurang 1 km sahaja jaraknya dari kediaman kampung halaman ana waktu ini. 

Sebelum terbinanya Hospital Daerah Teluk Intan yang sedia ada ketika ini, di sinilah warga Teluk Anson dahulunya mendapatkan rawatan perubatan. Dan di sinilah tercatat di sijil kelahiran, ana dan adik lelaki ana, Lan di lahirkan oleh bonda tercinta. Kami lahir pada tahun 1970-an . Lokasi nya ialah di Jalan Bandar, Teluk Intan. Berdekatan dengan Pasar Besar Teluk Intan sekarang ini. Dibina lebih 92 tahun yang lalu, hospital lama ini telah dipindahkan kerana sering dilanda banjir, kawasan yang sempit untuk aktiviti pembesaran dan bagi memenuhi keperluan semasa untuk memenuhi peningkatan pesakit. 


Banguanan Hospital Lama Teluk Intan


Bangunan Hospital Daerah Lama Teluk Intan ni masih ana ingati dengan senibena era kolonial British zaman dahulu. Wad-wad terpisah di antara satu sama lain dan seingat ana, wad lelaki ni jenis yang terbuka luas tingkap-tingkap kayunya dengan deretan katil sepanjang wad. Namun wad wanita dan ibu bersalin nya pula tertutup di bahagian hujung kawasan hospital berhampiran dengan Sungai Perak. Paling ana ingat ialah wad 1st class nya di bangunan paling hadapan dengan Unit Kecemasan iaitu di dalam gambar di atas tu. Ini kerana dahulu adik ana, Lan ni mengalami masalah kesihatan dan selalu di tempatkan di wad Kelas Pertama kerana dia pelajar sekolah rendah waktu itu. Wad tu kira istimewa lah sikit dari wad-wad lainnya dan agak tinggi dari bangunan wad yang lain.

Nostalgia sungguh kan. Di hadapan pintu utama hospital ini ada satu bulatan kecil atau pun round about yang diletakkan papan arah wad-wad untuk laluan pengunjung hospital. Betul-betul di seberang jalan bangunan hospital ni ialah S.K Horley Methodist, Teluk Intan. Sekolah lelaki kerana pelajar perempuan akan bersekolah di S.K Perempuan Methodist (MGS), sekolah ana lah tu :)


Hospital Teluk Intan ( kredit foto Suara.TV ) 


Kini semua itu hanya lah satu coretan kenangan silam yang terabadi di dalam ingatan. Bangunan hospital ini telah lenyap sama sekali dan di lokasi ini kini di didirikan Klinik Kesihatan Teluk Intan untuk kemudahan orang-orang yang tinggal di kawasan bandar Teluk Intan kerana Hospital Daerah yang baharu kini agak jauh dari bandar iaitu terletak di Jalan Changkat Jong lebih kurang 4 km dari pusat bandar Teluk Intan. Tak lah jauh mana pun kan.


Klinik Kesihatan Teluk Intan 



Merujuk sumber : http://htintan.moh.gov.my/index.php/mengenai-kami/latar-belakang . Hospital Teluk Intan telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 25 Ogos 1987.Hospital Teluk Intan memberikan perkhidmatan kepada penduduk Daerah Hilir Perak. Manakala perkhidmatan kepakaran hospital ini meliputi Daerah Hilir Perak, Sabak Bernam, Batang Padang, Selatan Manjung dan Daerah Perak Tengah. Hospital ini juga bertindak sebagai hospital rujukan kepada Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Hospital Tapah, Hospital Slim River dan sebahagian dari Hospital Manjung dan Hospital Changkat Melintang.


Nostalgia Hospital Lama Teluk Intan Nostalgia Hospital Lama Teluk Intan Reviewed by Ana Jingga on October 31, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Kenangan indah yang x luput dari ingatan kan kak Ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA, Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengimbaunya kembali :)

      Delete
  2. Memori yang tak akan dilupakan sehingga kini kan.

    ReplyDelete
  3. sejarah ni..jangan dibuang gambar lama. Bagus juga abadikan cerita di sini untuk generasi akan datang membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la SAL zaman dulu susah nak dapat gambar kan

      Delete
  4. cantiknya bangunan lama tu .. kalau dijaga rapi dari dulu pasti boleh lagi menarik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak wujud dah tatie dah di bangunkan klinik kesihatan di kawasan ni :)

      Delete
  5. cantik bangunan lama hospital tu . Dari jalan cerita sis , saya terbayang beberapa babak dalam filem P Ramlee yang menggunakan hospital , Susunan katilnya , bilik doktor dan pakian nurse waktu tu .

    ReplyDelete
  6. nostalgia betul gambar lama tu kak, yang sekarang baru nampak lebih besar dan moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar dan moden Dana Hospital Pakar juga ni

      Delete

Powered by Blogger.