Cantiknya Menara Condong Teluk Intan berwajah baru
Ater nak cerita pasal kampung dia lagi laa tu kan ?? Ia kali ni ana nak bercerita dengan korang kisah mercu tanda kebanggaan kami warga Teluk Intan atau pun dedulu di kenali sebagai Teluk Anson ni. Apa lagi kisah Menara Condong tu laa. Bila sebut Teluk Intan je mesti terbayang sebuah menara pagoda yang condong. Dan kalau korang ke Teluk Intan, jangan lupa ke tengah-tengah pekan ( bandar kami panggil pekan ) adalah tersergam Menara Condong nya di dataran.
Untuk ana sendiri dah melihat pelbagai perubahan dilakukan di sekitar menara ni. Dari kecil lagi menara ni kami panggil jam tinggi. Sebab nya memang ada jam kat atas tu yang akan berdetik satu bandar setiap lima belas minit. Serius korang jam tu masih hidup atau berfungsi lagi walaupun dah beratus tahun usianya. Memang terjaga sungguh, syabas buat mereka yang dipertanggung-jawabkan melakukan pengendalian yang terbaik lah.
kredit buat pemilik foto |
Wajah baru Menara Condong, Teluk Intan
Sehari dua ni, viral di Facebook group-group Teluk Intan yang berkongsi gambar wajah terbaharu Menara Condong Teluk Intan di waktu malam. Menara ni nampak cantik pada waktu malam lah di mana sebelum ini, di hiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warnanya. Dan terkini yang ana dpaat tahu, seluruh menara telah bertukar kepada warna kuning keemasan. Kiranya nampak macam emas lah kan suluhan lampunya. Cantik sungguh aihh!! Tak sabar rasanya nak balik kampung buat video :)
Di sekitar Menara Condong ni adalah sebuah dataran di mana waktu malamnya meriah dengan pelbagai aktiviti santai khasnya di hujung minggu. Cuma tak best kalau ada aktiviti karnival di dataran ni, di mana didirikan khemah-khemah jualan, tenggelam lah menara dan tak cantik untuk bergambar. Tapi bukan selalu lah, ikut lah musim perayaan atau sambutan keraian.
Fakta dan sejarah Menara Condong, Teluk Intan
Disini ana nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang Menara Condong Teluk Intan yang ana perolehi daripada sumber sahih www.mpti.gov.my .
Menara Jam ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara. Ia dibina pada tahun 1892 . Tuu diaa aihh!! Lama dah kan berkurun dah tu. Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong dan kontraktor Ceylon telah membina dan penderma utama.Dermaan daripada penduduk tempatan untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.
kredit Infografik Bernama |
Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:
~ Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.
~ Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau
~ Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British)
~ Sebagai penentu waktu "Time Keeper" dan mercu tanda bandar Teluk Intan.
Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah "Pagoda". Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkat; sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki. Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
(sumber rujukan : http://www.mpti.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/menara-condong-teluk-intan)
Apapun semoga mercu tanda kebanggaan anak-anak jati Teluk Intan ini akan kekal terpelihara sebaiknya untuk tatapan generasi akan datang, In Shaa Allah. Sama-sama lah kita warga tempatan dan juga pengunjung menara bersejarah ini menjaga kebersihan dan persekitarannya agar terus menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kalau Itali bangga dengan menaro Pisa nya kami anak-anak Teluk Intan amat lah bangga dengan menara condong kami ni.
8 Comments
Tak berpeluang lagi untuk ke Teluk Intan ni.
ReplyDeletemeh lah JR jenjalan kampung kak ana pula hehe :)
Deletemesti orang-orang teluk intan mementingkan waktu.
ReplyDeletehaha dulu route bas ke bandar ni ikut time kat jam ni laa ARZ, bila detik setiap setengah jam tu tanda bas nak gerak dah kena cepat2 kalau tak kena tunggu next trip lagi setengah jam gitu hehe :)
Deletesaya ni namanya kawen dgn orang perak. baru sekali LALU DEPAN menara condong ni.. Nak singgah banyak plak songeh si suami ni..
ReplyDeletehaha suami Perak kat mana tu Han hehe :)
DeleteCantik Menara Condong ni. Memang langkah yang brilliant untuk tourism 😉
ReplyDeletekann daya tarikan baharu kat sini :)
Delete