Jelatah atau acar timun?
Mana satu korang panggil, jelatah atau acar timun ? Dua-dua pun menggunakan timun sebagai bahan utama. Senang cerita kiranya salad orang Melayu lah kan :) Menu sampingan yang sering kali menjadi pilihan di majlis-majlis kenduri kendara atau pun pelengkap set menu makanan Malaysia kita. Cuba perhatikan, kalau set nasi dagang, nasi beriyani mesti kena ada acar timun atau pun jelatah ni, ye tak ??
Sebenar nya pada pendapat ana lah kan, jelatah ni panggilan di sesetengah negeri atau daerah dan cara presentation nya sahaja yang agak berbeza. Kalau di belah utara khasnya kat kampung ana lah, Teluk Intan, kami panggil jelatah. Di Teluk Intan ni kalau acar timun biasa nya yang di masak tumis timun tu baru kami panggil acar, yang mentah salad tu kami panggil jelatah. Tapi bila di Selangor atau pun belah Pantai Timur dikenali sebagai acar timun pulak. Tu je. Tapi bahan-bahan nya pun ada beza juga tau.
Jelatah

Di utara ni, jelatah selalunya timun tu kami buang kulit, garut dengan garfu bagi corak sikit belah luarnya dan dipotong bulat-bulat. Bahan sampingan pula selalunya nanas, bawang besar, cili, kacang tanah yang di tumbuk serta ada sesetengah orang masukkan juga udang kering yang di tumbuk. Rasakan dengan cuka, gula dan garam. Itu versi jelatah original kalau di Teluk Intan yang biasa ana jumpa dan mak selalu buat.
Acar timun

Berbeza sikit dengan acar timun belah Selangor atau Pantai Timur yang selalu ana makan. Timun nya di potong panjang-panjang segi empat tepat tu, kemudian di campur dengan lobak merah, bawang besar, cili dan di rasakan juga dengan cuka, garam dan gula. Haaa!! Kat situ sahaja bezanya kan. Lain tempat lain lah resepi dan caranya. Dari segi rasa lebih kurang je sebenarmya.
Acar timun atau jelatah ni sebagai side dish laa untuk melengkap kan set hidangan sesuatu menu. Cuba makan nasi dagang tanpa acar timun mesti rasa tak lengkap kan. Begitu juga nasi beriyani pun kena ada acar timun buat potong lemak kata suami ana hehe :) Kalau dulu-dulu di kampung, kenduri tahlil atau orang kawin pun seronok lah merewang ramai-ramai hiris timun buat jelatah ni.
Kalau kat rumah ni pun, bila dah buntu tak tahu nak masak sayur apa, ana suka buat acar timun atau jelatah ni je sebagai ulaman di makan dengan lauk dan nasi. Begitulah kepelbagaian menu orang-orang kita ni. Cukup meriah dan sajian yang penuh nostalgianya.
32 Comments
Timun menyejukkan badan
ReplyDeletehaah ada juga yang berpendapat macam tu cikgu :)
Deletemakan kenduri wjaib ada
ReplyDeletekannn Anum :)
Deleteacar timun, jelatah sayur ke hujung2 benda yang sama jugak rupanya ;)
ReplyDeletetuu laa sama je sebenarnya hehe :)
Deletekalau tempat dana jelatah tu, timun+ nenas, lepas tu ada bawang, cili dan campuran bilis goreng tumbuk, itu style kat kampung dana...
ReplyDeleteacar timun yang timun, nenas boh cuka, sos cili dan bawang gula garam semua
haa lebih kurang style kampung kak ana dah tu Dana hehe :)
Deletedap dap!!! ingat sama, rupanya lain yer.
ReplyDeletehaha lebih kurang je mummy :)
DeleteHahaha , saya pun selalu confuse bab nie . Family saya belah utara jugak tapi panggil acar timun . Kalau jumpa membe-membe ramai yang panggil jelatah . Ehh , entah la asalkan benda tu sama je . Heheh
ReplyDeletesue sama je sebenarnyakan lebih kurang jer :) tak yah pening
DeleteSuka ratah macam tu je kak.
ReplyDeletesedap kan PC macam ulam gak ni :)
Deletedulu xsuka sgt timun ni..
ReplyDeleteskrg dh jd febret.. haha
ratah mcm tu je pon sedap ni!
haha mesti masa kecil ezy tak suka timun tu kan :)
Deletemakcik saya suka buat taruk asam boi instead of cuka. Sedap jugak sebab macam manis-manis asam boi tu
ReplyDeleteeh macam sedap lak SAL, nanti kak ana nak try la buh asam boi :) maceh sharing naa :)
DeleteSuka makan ni..kecuali nanas tu mmg selalu tok tepi...
ReplyDeletehaha sama kak ana pun tak gemar makan nanas Niely :)
Deletetak baper suka menu jelatah ni, k.ana. rasa tak baper kena dengan selera.
ReplyDeletelaa ye ke Fiez hehe :)
Deletekalau ada jelatah nie...
ReplyDeletetak perlu ada lauk sayur pun boleh
haah betul tu MH :) sedap dah sebagai ulaman kan
Deletekalau kat kenduri khawin ni,
ReplyDeletelaju je mkn
tuu laah penambah selera :)
DeleteRindu pula dekat jelatah arwah mak.
ReplyDeletealahai sedih kak ana dengar DP, rindu yang tak ada penghujungnya..
Deletekami panggil acar timun.. suka timun. kalau ada nanas, tak makan sangat takut gatal lidah.hehe
ReplyDeletekann nanas tu buat hilang rasa kat lidah , kak ana pun tak berapa suka Han :)
DeleteSaya panggil acar timun. Di Pantai Timur, selalunya lobak dan timun dipotong segi empat.
ReplyDeletekann tu lah JR, acar timun pantai timur ada lobak dan potong pun panjang-panjang kan :)
Delete