Mana satu korang panggil, jelatah atau acar timun ? Dua-dua pun menggunakan timun sebagai bahan utama. Senang cerita kiranya salad orang Melayu lah kan :) Menu sampingan yang sering kali menjadi pilihan di majlis-majlis kenduri kendara atau pun pelengkap set menu makanan Malaysia kita. Cuba perhatikan, kalau set nasi dagang, nasi beriyani mesti kena ada acar timun atau pun jelatah ni, ye tak ?? 

Sebenar nya pada pendapat ana lah kan, jelatah ni panggilan di sesetengah negeri atau daerah dan cara presentation nya sahaja yang agak berbeza. Kalau di belah utara khasnya kat kampung ana lah, Teluk Intan, kami panggil jelatah. Di Teluk Intan ni kalau acar timun biasa nya yang di masak tumis timun tu baru kami panggil acar, yang mentah salad tu kami panggil jelatah. Tapi bila di Selangor atau pun belah Pantai Timur dikenali sebagai acar timun pulak. Tu je. Tapi bahan-bahan nya pun ada beza juga tau. 





Jelatah 





Di utara ni, jelatah selalunya timun tu kami buang kulit, garut dengan garfu bagi corak sikit belah luarnya dan dipotong bulat-bulat. Bahan sampingan pula selalunya nanas, bawang besar, cili, kacang tanah yang di tumbuk serta ada sesetengah orang masukkan juga udang kering yang di tumbuk. Rasakan dengan cuka, gula dan garam. Itu versi jelatah original kalau di Teluk Intan yang biasa ana jumpa dan mak selalu buat. 

Acar timun 




Berbeza sikit dengan acar timun belah Selangor atau Pantai Timur yang selalu ana makan. Timun nya di potong panjang-panjang segi empat tepat tu, kemudian di campur dengan lobak merah, bawang besar, cili dan di rasakan juga dengan cuka, garam dan gula. Haaa!! Kat situ sahaja bezanya kan. Lain tempat lain lah resepi dan caranya. Dari segi rasa lebih kurang je sebenarmya. 

Acar timun atau jelatah ni sebagai side dish laa untuk melengkap kan set hidangan sesuatu menu. Cuba makan nasi dagang tanpa acar timun mesti rasa tak lengkap kan. Begitu juga nasi beriyani pun kena ada acar timun buat potong lemak kata suami ana hehe :) Kalau dulu-dulu di kampung, kenduri tahlil atau orang kawin pun seronok lah merewang ramai-ramai hiris timun buat jelatah ni. 

Kalau kat rumah ni pun, bila dah buntu tak tahu nak masak sayur apa, ana suka buat acar timun atau jelatah ni je sebagai ulaman di makan dengan lauk dan nasi.  Begitulah kepelbagaian menu orang-orang kita ni. Cukup meriah dan sajian yang penuh nostalgianya. 

32 Comments

  1. Replies
    1. haah ada juga yang berpendapat macam tu cikgu :)

      Delete
  2. acar timun, jelatah sayur ke hujung2 benda yang sama jugak rupanya ;)

    ReplyDelete
  3. kalau tempat dana jelatah tu, timun+ nenas, lepas tu ada bawang, cili dan campuran bilis goreng tumbuk, itu style kat kampung dana...

    acar timun yang timun, nenas boh cuka, sos cili dan bawang gula garam semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa lebih kurang style kampung kak ana dah tu Dana hehe :)

      Delete
  4. dap dap!!! ingat sama, rupanya lain yer.

    ReplyDelete
  5. Hahaha , saya pun selalu confuse bab nie . Family saya belah utara jugak tapi panggil acar timun . Kalau jumpa membe-membe ramai yang panggil jelatah . Ehh , entah la asalkan benda tu sama je . Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue sama je sebenarnyakan lebih kurang jer :) tak yah pening

      Delete
  6. dulu xsuka sgt timun ni..
    skrg dh jd febret.. haha

    ratah mcm tu je pon sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mesti masa kecil ezy tak suka timun tu kan :)

      Delete
  7. makcik saya suka buat taruk asam boi instead of cuka. Sedap jugak sebab macam manis-manis asam boi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh macam sedap lak SAL, nanti kak ana nak try la buh asam boi :) maceh sharing naa :)

      Delete
  8. Suka makan ni..kecuali nanas tu mmg selalu tok tepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama kak ana pun tak gemar makan nanas Niely :)

      Delete
  9. tak baper suka menu jelatah ni, k.ana. rasa tak baper kena dengan selera.

    ReplyDelete
  10. kalau ada jelatah nie...

    tak perlu ada lauk sayur pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu MH :) sedap dah sebagai ulaman kan

      Delete
  11. Rindu pula dekat jelatah arwah mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sedih kak ana dengar DP, rindu yang tak ada penghujungnya..

      Delete
  12. kami panggil acar timun.. suka timun. kalau ada nanas, tak makan sangat takut gatal lidah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann nanas tu buat hilang rasa kat lidah , kak ana pun tak berapa suka Han :)

      Delete
  13. Saya panggil acar timun. Di Pantai Timur, selalunya lobak dan timun dipotong segi empat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann tu lah JR, acar timun pantai timur ada lobak dan potong pun panjang-panjang kan :)

      Delete