Last balik kampung halaman ana di Teluk Intan ni masa Hari Raya Aidil Adha yang lepas, agak lama jugalah kan dekat dua bulan lebih. Sekarang dah Rabiul Awal dah. Lepas sahaja hari raya haji tu, ana agak sibuk menguruskan urusan anak-anak masuk sem baharu pengajian. Agak tak bernasib baik di awal permohonan kolej dua-dua telah gagal mendapatkan kolej kediaman dan kena tunggu keputusan rayuan. Lepas dua minggu baharu lah dapat masuk semula ke kolej kediaman. Nak tak nak dua minggu jugalah adik dan kak long kena sewa bilik siap bayar deposit lagi sebulan + sewa 1 bulan. Kemudian bila dapat masuk kolej burnt laa deposit dengan duit sewa. Tak apa lah bukan rezeki depa kali ni.

Agak bercelaru jugalah lari bajet kata orang, dalam hati ni rindu sangat dah nak balik kampung jumpa mak dan abah. Suami pun agak sibuk dengan urusan kerja dan banyak kali kena outstation. Alhamdulillah cuti Deepavali lepas, kami dapatlah balik kampung berjumpa mak, abah dan saudara mara. Seronok sangat, masak makan je lah kerja kami kalau dah balik kampung ni kan. Tak ke mana pun.






Pagi Ahad tu suami ajak pi Pasar Tani Teluk Intan. Saja jenjalan katanya kut jumpa apa-apa  yang rare. Lepas round pasar tani dan dapatlah beli ikan masin, kacang rebus dan kuih dangai. Lama dah tak jumpa kuih dangai ni. Bagi kat anak-anak merasa depa tak suka lah pulak, " kelapa parut bakar je bu, " ermmm.. Inilah menu orang dulu-dulu kan.



Bandar Teluk Intan


On the way nak balik kereta, kami seberang jalan berhadapan bangunan Pejabat Pos dan HSBC tu ternampak lah pula ada jeti turun ke sungai. Ada beberapa pelancung China agaknya naik dari situ. Ana ajak suami pi tengok, ingat kan ada lokasi baharu ke tepi sungai ni. Rupanya ada restoran terapung yang masih berlum beroperasi. Jumpa dua remaja duk sedang mengail udang galah katanya. Depa duk bawah pokok berembang.


pokok buah berembang 


Inilah pokok berembang bagi yang tak pernah tengok, Dulu masa kecil-kecil selalu juga makan buah berembang ni. Tak sedap pun, masam ya amat. Tapi ye lah masa tu bukan banyak pilihan buah-buahan yang ada. Apa yang ada di persekitaran itulah yang kami makan. Selalu makan buah berembang yang dah agak masak dan lembik, cicah dengan gula, cili dan kicap. Terliur lah pulak. Nak ambil sebiji buah berembang ni semuanya yang masih muda, kelat je rasanya. Lagi pun jauh pulak nak capai.


bot tambang Teluk Intan 

Sempatlah melihat sayup pandangan Sungai Perak di Teluk Intan ni pagi tu. Ada beberapa bot moden di tambat pada jeti dan nampak dari sini bot tambang ke Seberang Perak sana tu. Kalau dahulu sebelum adanya Jambatan Batu 6 menghubungkan Teluk Intan ke Sitiawan tu, mereka dari kampung seberang sana macam Kampung tok saudara ana di Kampung Sungai Rubana, nak datang ke pekan Teluk Intan, kenalah naik bot tambang. Rupanya masih ada lagi bot tambang ni.

Ana ajak suami ke satu lagi jeti dalam bandar Teluk Intan tempat turun naik bot tambang . Ia terletak berhampiran dengan Restoran Nasi Lambai yang femes ames kat Bandar Teluk Intan. Kat sinilah dahulunya jeti untuk penduduk ke seberang dengan menaiki bot, siap boleh angkut motor lagi. Rupanya bot tambang ni masih ada lagi perkhidmatannya. Tambang cuma 60 sen seorang dan RM1 untuk motorsikal.


River Cruise Teluk Intan






Dan jika sebelum ni ana selalu melihat posting-posting di Facebook, pagi tu berkesempatan melihat sendiri di jeti ni juga adanya River Cruise Jelajah Sungai Perak yang di usahakan oleh saudara Mohamad Shahrir. Kagum melihat kegigihan cikgu muda ini mempromosikan perkhidmatan Jelajah Sungai Perak dengan River Cruise Teluk Intan. Pelbagai inisiatif telah dan akan di lakukannya dengan mencari jejak-jejak dan destinasi menarik sepanjang persisir Sungai Perak di sekeliling Teluk Intan untuk di komersil kan satu hari nanti, In Shaa Allah.




Pagi tu ana tak berkesempatan lagi nak mengalami sendiri pengalaman River Cruise Teluk Intan tapi In Shaa Allah ada rezeki pasti akan mencuba nya nanti. Pelbagai pakej perjalanan pengembaraan di tawarkan dan pastinya ada lokasi-lokasi menarik untuk singgah antaranya ialah pulau bangau yang mula mendapat perhatian masyarakat tempatan dan luar negara. Semoga usaha dan kesunguhan Cikgu Shahrir dalam mengetengahkan keindahan Sungai Perak di Teluk Intan ini akan menjadi satu realiti dan menjadikan Teluk Intan sebagai destinasi pelancungan di negeri Perak selain daripada mercu tanda kebanggaan kami, Menara Condong. Aamiin. 


kredit foto FB River Cruise Teluk Intan 


Jadi sekiranya korang singgah ke bandar kesayangan ana, Teluk Intan ni dan teringin nak menerokai sendiri pengalaman Jelajah Sungai Perak dapatkan info terkini di FB : River Cruise Teluk Intan . Ana sangat bangga dengan usaha yang di lakukan oleh anak muda yang banyak manfaatnya kepada masyarakat setempat dan luar . All the best buat River Cruise Teluk Intan dan semoga akan terus sukses dan terkenal ke seluruh dunia.



Video sekitar pemandangan tepian Sungai Perak, Teluk Intan 


2 Comments

  1. kampung halaman adalah tempat yang paling indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kan WP paling indah tetap kampung halaman kita sendiri juga :)

      Delete