Perkara yang perlu kita tahu untuk melawat pesakit di IJN
Sekali lagi ana dan suami ke Institut Jantung Negara. Kalau hampir 10 tahun lepas atas urusan rawatan jantung Angiogram abah di sini dan kemudiannya dua tahun lepas pula mak saudara ana pula mendapatkan rawatan yang sama, kali ini biras ana pula menjalani pembedahan by-pass jantung. Allahu.. tiada siapa inginkan di uji dengan kesakitan namun inilah kehidupan. Tak kira betapa kaya pun engkau, betapa muda atau tua bila itu kententuanNya maka terimalah dengan redha dan berusaha untuk kembali pulih dan meneruskan perjalanan kehidupan sehingga ke akhirnya.
Banyak yang ana kongsikan tentang pengalaman ana ketika berada disini. Kalau nak kira kisah insan-insan yang ada di sini pelbagai cerita dapat kita teladani. Syukur juga abah, mak saudara ana dan juga biras ana ada anak yang merupakan kakitangan kerajaan. Jadi kos rawatan perubatan bukan lah kekangan buat mereka. Dan syukur juga kesemua rawatan telah berjaya di jalani dan masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa cuma perlu pengawalan kesihatan dan makanan di samping terus mendapatkan bekalan ubat serta kesan-kesan sampingan dari risiko rawatan.
Waktu lawatan di Institut Jantung Negara ( IJN )
Bila bertandang ke IJN bukan sebagai pesakit ni iaitu kita datang untuk melawat, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu agar tidak berlaku kesulitan khasnya mereka yang datang dari luar bandar ataupun yang pertama kali ke sini. Pertama nya untuk pengetahuan waris yang ingin menunggu ahli keluarga yang sedang menjalani rawatan di IJN ni, terdapat kemudahan dormitory atau dorm sewa bilik dengan kadar serendah RM10 seorang ( harga mungkin berubah ) yang hanya bersambungan dengan komplek IJN ini. Entrinya pernah ana terbitkan di SINI .
Kedua, waktu lawatan untuk waris dan pelawat di benarkan masuk ke wad IJN adalah seperti berikut :
Waktu lawatan ke wad biasa :
10:00 am to 2:00 pm
4:30 pm to 8:00 pm
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hanya di benarkan masuk mulai 6:00 pm - 8:00 pm sahaja.
Waktu lawatan ke Intensive Care Unit (ICU) & Coronary Care Unit (CCU) :
12:30 pm to 1:30 pm
6:00 pm to 8:00 pm
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun TIDAK dibenarkan masuk atau pun berada di ruang menunggu di aras ini.
Tapi tak perlu risau lah kalau terpaksa menunggu di ruang lobi IJN terdapat banyak cafe, kedai serbaneka dan juga ruang menunggu di sediakan. Kalau nak yang bajet murah boleh lah ke food centre di sebelah kiri kompleks menuju ke surau dan juga dorm berdekatan kawasan parkir bertingkat.
kadar parkir kereta di IJN |
Jelas kan. Sebab ana terbitkan ia disini ialah ramai di antara pelawat khasnya yang dari luar serta pertama kali ke sini terpaksa menunggu lama dan membawa anak-anak kecil dan tidak di benarkan masuk jika bukan waktu yang di benarkan. Mungkin ada yang tercari-cari informasi nya di internet akan terjumpa dengan entri ini, In Shaa Allah.
Suka juga ana nak kongsikan disini kadar parkir kenderaan di sini juga adalah mengikut jam dan menggunakan mesin Touch & Go. Sediakanlah baki Touch & Go secukupnya untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Semoga ia bermanfaat buat rujukan kita semua.
10 Comments
teringat masa 2014 jaga aiyan dekat 2 minggu kat IJN
ReplyDeletei ye ke Dana, kak ana dah kali ketiga lah masuk yang ni berkampung di IJN ni sebab tu kak ana suka kongsikan dalam blog untuk mereka yang belum pernah ke sini kan. Semoga bermanfaat, aamiin.
Deletesaya pernah masuk sekali nak melawat orang. banyak info berguna ni kalau first time pi kan.
ReplyDeletebetul tu ZT, sebab itu kak ana terbitkan semoga bermanfaat bagi yang sedang mencari info2 di atas
DeleteSA 3 bulan berumahtangga kat sini kak ana jaga mak yang bypass dan ada komplikasi selepas pembedahan..dah hafal semua ceruk IJN ni dah...skrg 3 bulan sekali mesti pergi untuk ambil ubat
ReplyDeleteKak ana dua tahun duk berulang ambil ubat untuk abah, kemudian abah datang check up setiap 6 bulan lepas dua tahu baharu sambung check up dan ubat di Hospital Teluk Intan. Tu laa SA naik hafal dah segenap ruang di IJN dari wad, cafe, OT, ICU dan segalanya.
DeletePernah makan di ruang parkir IJN sebab masa tu dah malam dan kitorang baru sampai dari kampung. Kenangan yang tak boleh lupa sampai bila-bila..
ReplyDeletebegitulah AI setiap yang hadir ke IJN bukanlah untuk berseronok kan pasti ada kenangan tersingkap :(
Deletetak pernah lagi melawat ke sana... banyak info berguna ni kalau first time ke sana.
ReplyDeletesemoga bermanfaat hendaknya Han, in shaa allah
Delete