Tiada siapa yang mahu di uji dengan kesakitan. Namun nasib dan bahagian kita berbeza di atas muka bumi. Ada yang di uji dengan sakit, dengan kemiskinan dan ada pula di uji dengan kekayaan dan kemewahan. Tempoh lah dengan penuh ketabahan. Lebih perit lagi, sudah jatuh di timpa tangga, dengan kekurangan wang di saku, ada pula di kalangan ahli keluarga yang perlu di jaga, perlu di beri rawatan. Makin mencabar ujian yang harus di tempohi. Namun, sebagai hambaNya, usah kita berputus asa, setiap ujian itu datang mengikut kemampuan kita, itu janjiNya. Perlu sentiasa sabar dan berusaha dan kekalkan doa tanpa jemu, kerana doa itu senjata kita umat Islam seluruh alam. 

Baru-baru ini, ibu saudara ana, tiba-tiba di serang sakit jantung dan selepas mendapat rawatan awal di Hospital Daerah Teluk Intan, Acu perlu mendapatkan rawatan lanjut ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Alhamdulillah...kos rawatan bukan lah satu masalah kerana bapa saudara ana seorang pesara kerajaan dan anak-anaknya juga kakitangan kerajaan. Segalanya di dalam pembiayaan kerajaan. Seminggu sebelum rawatan, Acu dah datang untuk temujanji di IJN, namun pihak IJN menetapkan temujanji rawatan hanya pada minggu hadapannya. Bermakna sekali lagi Acu perlu ke IJN dari Teluk Intan. 





Jika sebelum ini, Acu sekeluarga bermalam di rumah ana, namun untuk meneruskan rawatan secara angiogram Acik dan dua orang anak mereka memilih untuk menginap di Dormitory TNB di IJN sahaja. Ini kerana jarak dari rumah ana ke IJN agak jauh dan menempuh kesesakan trafik yang teruk untuk ke sana. Lebih-lebih lagi info tentang penginapan waris menjaga pesakit di IJN ini, kami dapati dari sepupu ana yang juga kakitangan kanan TNB yang merupakan penaung bagi projek kebajikan ini. Dan dari pengalaman ini, ana nak kongsikan semula di sini, semoga dapat memberi manfaat kepada waris-waris yang bakal menjaga insan-insan yang di sayangi ketika mereka mendapat rawatan di IJN suatu hari nanti.

Penginapan Waris Pesakit di Dormitory TNB , Institut Jantung Negara


Pada ana, ini satu insiatif yang amat positif yang di usahakan oleh Yayasan IJN dengan penaung TNB untuk meringankan beban yang di tanggung oleh waris pesakit yang kurang berkemampuan untuk menemani pesakit mendapatkan rawatan. Kos penginapan di hotel sekitar IJN bukanlah murah dan perlukan pengankutan pula untuk berulang-alik. Walaupun mungkin ada rumah saudara mara yang boleh di tumpang, tetapi lokasi IJN di Jalan Tun Razak yang sememangnya sesak sepanjang masa juga menjadi satu masalah. Dengan adanya kemudahan penginapan yang di sediakan, malahan sangat murah harganya serendah RM10 untuk semalam, dapat meringankan beban yang di alami.



Berikut ialah kadar bayaran semalam untuk penginapan di Dormitory IJN Foundation dan TNB . Harga adalah pada ketika entri ini di terbitkan, mungkin akan berlaku perubahan di masa akan datang. Untuk sebuah bilik keluarga RM50 , Katil Single RM20 dan Katil bertingkat pula cuma RM10. Sangat lah murah dan selesa pula kerana ia terletak di kawasan bangunan IJN itu sendiri. Di bawah dorm ini terdapat kafetaria yang memudahkan lagi makan dan minum serta harga makanannya juga berpatutan. Terdapat juga kemudahan surau di blog IJN ini untuk kita menunaikan ibadah solat dengan sempurna.




Namun menurut sepupu ana yang menyewa sebuah bilik keluarga ketika menemani Acu di sini, kena cepat membuat tempahan di kaunter kerana bilangan katil dan bilik yang terhad. Ia berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat' dan kalau ada katil kosong, In Shaa Allah tak akan ada masalah. Mereka menginap di sini selama tiga malam. Menurut laporan akhbar BH yang ana baca, projek naik taraf dormitory dari TNB ini membolehkan kemudahan menerima 56 penghuni pada satu-satu masa berbanding sebelumnya hanya seramai 25 orang sahaja.

Dormitori terletak di Bangunan Blok C IJN. Memetik status Facebook TNB Careline "Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalin usaha sama dengan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) untuk menaik taraf dormitori di kompleks Institut Jantung Negara (IJN) bagi kegunaan ahli keluarga atau waris pesakit sebagai satu lagi inisiatif Tanggungjawab Korporat TNB. “Better Brighter Dormitory IJN Foundation – Tenaga Nasional” ini mampu menampung seramai 56 penghuni dalam suatu masa. Terdapat 3 kategori pilihan penginapan antaranya; Bilik Keluarga, Katil Perseorangan dan Katil Bertingkat. Ia dilengkapi dengan kemudahan antaranya seperti pendingin hawa, mesin basuh, mesin pengering pakaian, pantry dan peti sejuk.Antara program Tanggungjawab Korporat TNB yang lain adalah Projek Mesra Rakyat, Projek Baiti Jannati (Rumahku, Syurgaku), Pendawaian Semula, Program Sekolah Angkat PINTAR serta Klinik Hoki untuk sekolah-sekolah yang dikenal pasti di seluruh negara."




kredit dua foto di atas FB TNB Careline

Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi IJN di talian  03-26178200

14 Comments

  1. Alhamdulillah.. Kemudahan yang sangat membantu dengan harga yang berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berpatutan kan Sha ketika insan yang sedang di landa ujian ada yang meringankan beban, Alhamdulillah

      Delete
  2. inisiatif yang bagus. semoga ramai dapat manfaat dari penginapan ni. Semoga ibu saudara kak ana kembali sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sihat dah Sal,cuma ada yang perlu di kawal pemakanan dan aktivitinya

      Delete
  3. Bagus buat cam nie. Waris ada alternatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu Hani, pilihan alternatif yang memudahkan dan meringankan beban bagi yang kirang berkemampuan

      Delete
  4. Bagusnya ada servis macam ni

    Terbaik, senang nak jaga keluarga yang tak sihat

    ReplyDelete
  5. Murahnya rm10 je. Lepastu katil pon cantik dan selesa je tengok. Memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat murah dan memudahkan kerana ia terletak di bangunan IJN itu sendiri, cuma penyewa perlu lah menjaga kemudahan yang di sediakan sebaik mungkin untuk keselesaan jangka panjang penghuni lain kelak kan

      Delete
  6. Replies
    1. Hi Phoebe,

      Saya di fahamkan Booking hanya secara walk in di kaunter dorm sahaja, atau Phoebe boleh cuba hubungi no tel IJN di dalam entri di atas. 03-26178200

      Delete
  7. dalam bilik family tu ada toilet sekali ke?

    ReplyDelete