Apa yang sedap di Warung Kita Kg Melayu Sungai Buloh

Sabtu lepas memang plan nak jenjalan ke IKEA Damansara nak cari rak letak barang-kelengkapan dapur. Tahun ni Alhamdulillah rezeki banyak kepada food niche dan dapat hadiah barang-barang letrik seperti coffee maker, periuk nasi, toster, dapur gas dan sebagainya. Terima kasih buat semua penaja dan juga PR. Dah hujung tahun ni , juga dengan hasil dari blog, ana cadang nak beli rak bertingkat di Ikea dan boleh lah letak semua kat dapur. 

Dalam perjalanan nak ke Ikea Damansara, tengahari tu suami ajak makan tengahari kat Warung Kita di Kampung Melayu Sungai Buloh. Tempat kesukaan kami sekeluarga dan dah banyak kali juga ana terbitkan entrinya di blog picisan ni. Kat Warung Kita ni menu makanannya ada satu sahaja iaitu nasi Manggey. Tapi kalau pii time makan tengahari memang wajib lah beratur panjang. 

Nasi Manggey Warung Kita


Nasi Manggey Warung Kita Kg Melayu Sungai Buloh


Nasi Manggey ni pun simple sangat setnya iaitu ayam goreng di potong kecil-kecil, kuah kari dan sambal cili. Satu set ni cuma berharga RM 5.50 sahaja tapi sekarang ni semua menu ada +SST lah pulak 😕😕 , cuma ia masih murah lah kan. Dan kalau beli nasi Manggey ni depa akan siap-siap bungkus dalam kertas beralas  daun pisang. Maknanya kalau korang makan kat sana ke atau tapau ke sama je kekdah bungkusannya. 

Air Kelapa Baldi  Warung Kita 



Air Kelapa Baldi, Warung Kita

Selain dari nasi Mangey, menu kesukaan kami atau menu signature Warung Kita juga adalah Air Kelapa Baldi. Haa!! Idak lah buh dalam baldi mandi tu, dakkk aihhh 😁😁😁. Buh dalam baldi aluminium kecil tu je. Ada isi kelapa dan air kelapa asli bersama ais batu. Cukup menyegarkan tekak kalau waktu tengah panas terik tu. Harga satu baldi kecil tu cuma RM3.50 sahaja. Kalau korang singgah makan sini wajib try naa .

Coconut Shake Warung Kita 



Dan kesukaan anak-anak ana di Warung Kita ni pula adalah Coconut Shake. Hat ni memang sedaplah kan. Ada air kelapa di campur susu dan topping macam biasa lah ais krim vanila. Coconut Shake Warung Kita berharga RM4.50 + SST. 


kredit foto FB Warung Kita

Jadi kalau korang jenjalan area Kampung Melayu Sungai Buloh atau ziarah ke Hospital Sungai Buloh atau pun pii beli pokok bunga kat Nursery Sungai Buloh sana jangan lupa try nasi Manggey, Air Kelapa Baldi atau pun Coconut Shake kat Warung Kita ni. Memang awesome. Warung Kita sekarang ni pun ada banyak cawangan sekitar KL dan Selangor. Korang waze sahaja pasti dapat di kesan. Satu lagi nak pesan, ia dibuka dari tengahari dalam kul 10 pagi macam tu sampailah lebih kurang pukul 4 petang atau selagi stok masih ada gituew. Warung Kita adalah milik perniagaan Muslim naa, don't worry.. Halalan Toiyiban.. Alhamdulillah.

Apa yang sedap di Warung Kita Kg Melayu Sungai Buloh  Apa yang sedap di Warung Kita Kg Melayu Sungai Buloh Reviewed by Ana Jingga on December 30, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Tengok gambar pun dah terasa dekat tekak. Sedap musim-musim panas dapat air kelapa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul SAL pekena air kelapa dalam baldi kecil tu nyaman sungguh laaa :)

      Delete
  2. kalau sebut nasi mangge, ipoh juga yang terbayang bayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ipoh tu nasi vanggei kedai mamak UN hehe :)

      Delete
  3. menarik geram tengok ayam gorengnya tuh kak, cumanya dana jarang sangat sampai ke sungai buloh tu...

    ReplyDelete
  4. Oh kalau kau Ampang ada jg rupa mcm nasi maggey tu.. tapi kat AMpang ni panggil Nasik Kukus Pok Nik.. sebijik lauk mcm tu.. ayam goreng potong kecik2 ada sambal pedas power mcm tu. Btw, nanti boleh lah try makan kat Warung Kita pulak ;)

    ReplyDelete
  5. Nasi Manggey...sama mcm set nasi kukus, makan panas dgn air kelapa tu..mmg sedap 😋

    ReplyDelete
  6. Nak try la lepas2 ni.. Tak pernah try lagi nasi Manggey...Jarang2 menghala ke sungai buluh.. Biasanya lepak Shah Alam & Meru/Setia Alam je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setia Alam ada rasa kak ana cawangannya Han cuba waze :)

      Delete
  7. wahhh lapar pulak tengok gambar gambar nih!

    ReplyDelete
  8. wowww semuanya nampak sedapp oo

    ReplyDelete
  9. penah dgr nasi manggey ni tp x penah try

    ReplyDelete

Powered by Blogger.